backup og meta

Simpan Telefon Pintar Dalam Poket Pun Boleh Jejaskan Sperma? Lelaki Sila Berwaspada!

Simpan Telefon Pintar Dalam Poket Pun Boleh Jejaskan Sperma? Lelaki Sila Berwaspada!

Buat semua makhluk yang bernama lelaki, sperma berkualiti dan berkuantiti adalah perkara yang sangat penting.

Tanpanya, maka hasrat untuk mereka memanjangkan zuriat keturunan mungkin akan terbantut dan terjejas teruk.

Namun demikian, inilah masalahnya kerana semakin ramai lelaki kini yang mengalami masalah sperma ekoran gaya hidup yang tidak sihat.

Antara perkara yang dikatakan boleh mendatangkan masalah sperma kaum lelaki adalah telefon pintar! Kenapa?

Ketidaksuburan akibat masalah sperma kaum lelaki

Setiap kali berbicara tentang hal ketidaksuburan, sudah pasti golongan wanita yang akan selalu dipersalahkan.

Salah, ia bukanlah 100% salah mereka kerana anda sebagai lelaki juga memainkan peranan yang sangat penting.

Jika tiada sperma berkualiti dan berkuantiti daripada kaum Adam, maka mana mungkin pasangan anda mampu untuk hamil kandungan yang sihat dan kuat.

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak masalah sperma yang dihadapi lelaki zaman sekarang termasuklah:

Oligozoospermia

Masalah kuantiti sperma dalam air mani yang sangat rendah lantas mengurangkan kemungkinan membuat pasangan mengandung.

Asthenozoospermia

Masalah mobiliti sperma yang akan menyebabkan hanya sekitar 50% daripada sperma mampu bergerak secara aktif.

Teratozoospermia

Masalah morfologi sperma yang akan menyebabkan rupa dan bentuk sperma mengalami kecacatan yang abnormal.

kualiti sperma

Oligoasthenoteratozoospermia

Gabungan masalah kuantiti dan 2 lagi aspek kualiti sperma iaitu mobiliti dan morfologi sperma yang tidak normal.

Azoospermia

Ia adalah masalah sperma yang paling teruk dialami oleh lelaki ekoran tiada langsung terdapat sperma di dalam air mani yang dihasilkan.

Persoalannya, apakah antara perkara yang mungkin menyebabkan masalah-masalah ini berlaku kepada lelaki?

Perkara yang menjejaskan kesuburan lelaki

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kriteria terkini untuk kiraan kandungan sperma dalam air mani lelaki adalah sekitar 15 juta per mililiter.

Pun begitu, angka ini dikatakan telah menurun secara mendadak daripada kiraan kandungan sebelumnya pada dekad yang lalu iaitu sekitar 20 juta per mililiter.

Mengapa? Ia dikaitkan dengan gaya hidup kaum Adam masa kini!

Selain daripada faktor genetik, sebenarnya terdapat beberapa perkara lain yang turut boleh menjadi punca yang menyebabkan masalah sperma kaum lelaki antaranya:

#1. Aktiviti berbasikal tidak bagus untuk sperma?

Menurut Dr Chong Kian Tai yang merupakan Pakar Urologi dari PanAsia Surgery, aktiviti berbasikal mungkin boleh menjatuhkan kiraan kandungan sperma lelaki.

Bukan itu sahaja, apa yang turut membimbangkan adalah ia dikatakan akan menjadi punca kepada masalah ereksi zakar ekoran tekanan pada saraf Alcock zakar.

ujian sperma

Jadi, beliau mencadangkan agar kalian yang mempunyai hobi ini untuk menggunakan pelindung kemaluan (scrotal guard) ketika berbasikal.

#2. Seluar dalam yang terlalu ketat

Menurut kata dua orang pakar iaitu Dr Danny Tan dan Dr Janice Tung, seluar dalam yang terlalu ketat mungkin boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma.

Ini kerana ia mungkin akan mengakibatkan testis mengalami suhu yang agak panas selain menolak buah zakar itu terlalu ke atas sekali gus merosakkan DNA sperma.

Menurut mereka lagi, pemakaian seluar dalam yang lebih longgar seperti boxer adalah alternatif yang terbaik untuk mengelakkan perkara ini terus berlanjutan.

#3. Tabiat meminum alkohol & menghisap rokok

Tidak perlu dijelaskan lagi, tabiat meminum alkohol dan menghisap rokok sememangnya tidak bagus untuk kesihatan secara umum termasuklah pada sperma!

Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh laman sesawang kesihatan global Healthline, tabiat buruk ini boleh menurunkan kadar hormon testosteron lelaki.

Ia bukan sahaja akan menjejaskan sperma dalam air mani malahan juga menyebabkan masalah ereksi, ejakulasi serta kesihatan alat sulit lelaki secara total.

#4. Penggunaan telefon pintar!

telefon pintar

Berbalik semula kepada tajuk utama artikel ini tentang kaitan di antara masalah sperma lelaki dengan telefon pintar.

Buat anda yang masih keliru dengan penyataan ini, ketahuilah bahawa sebenarnya bukan penggunaan telefon pintar itu yang menjadi masalah tetapi penyimpanannya.

Ini kerana ramai individu yang gemar menyimpan gadjet mereka itu di dalam poket seluar yang kita semua tahu berada sangat dekat dengan alat sulit.

Kajian pada tahun 2014 menyatakan bahawa radiasi daripada telefon pintar terbabit akan merosakkan DNA sperma lelaki lantas mengurangkan kualiti dan kuantitinya.

Konklusinya, kaum Adam wajarlah mengelakkan 4 perkara ini dalam usaha menjamin kesihatan sperma okay!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.urologyhealth.org/urologic-conditions/male-infertility
  2. https://www.aafp.org/afp/2015/0301/p308.html
  3. https://www.news-medical.net/health/Sperm-Production-Problems.aspx
  4. https://www.healthymale.org.au/files/resources/semen_analysis_fact_sheet_healthy_male_2019.pdf
  5. https://cnalifestyle.channelnewsasia.com/wellness/sperm-health-men-cycling-boxers-smoking-drinking-eating-13147176

Versi Terbaru

29/03/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

7 Sebab Orang Lelaki Kena Buat Ujian Kiraan Air Mani, Boleh Tahu Subur Ke Tidak!

Cik Abang Ada Masalah Sperma? Teknik Pembedahan Ini Mungkin Solusi Yang Anda Cari!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/03/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan