backup og meta

Tanda Jangkitan HIV Lelaki Pada Seluruh Tubuh Badan, Bukan Alat Sulit Sahaja!

Tanda Jangkitan HIV Lelaki Pada Seluruh Tubuh Badan, Bukan Alat Sulit Sahaja!

HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah sejenis penyakit yang menyerang sistem imun badan. Tanda tanda HIV lelaki bukan sahaja muncul pada alat sulit sahaja, ia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh badan.

Semua orang perlu tahu apakah tanda-tanda HIV positif bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini. HIV yang tidak dirawat boleh menjadi sindrom kurang daya tahan penyakit (acquired immunodeficiency syndrome – AIDS). 

Bagaimanapun, dengan rawatan, penghidap HIV boleh hidup sama seperti orang lain dan tidak berupaya menjangkiti orang lain walaupun menerusi hubungan seksual. 

Dalam artikel kali ini, kami akan menerangkan beberapa tanda fizikal jangkitan HIV yang lazim berlaku kepada lelaki. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, sila klik di sini.

9 Tanda tanda HIV lelaki

Tahukah anda, pengesanan awal adalah kunci untuk mengawal jangkitan HIV? Penghidap HIV juga berupaya mempunyai hidup yang berkualiti, sama seperti orang lain. 

Jangan sesekali abaikan perubahan yang berlaku pada tubuh anda. Dengan mengenal pasti tanda-tanda HIV positif, anda mampu menyelamatkan nyawa. 

Kaum Adam yang mengalami simptom seperti ruam, demam berpanjangan atau masalah pernafasan perlu mendapatkan pemeriksaan segera. 

Antara tanda tanda HIV lelaki yang perlu diperhatikan ialah:

1. Ruam dan luka pada kulit 

Ruam merah atau berbintik-bintik merupakan tanda awal HIV.
Ruam merah atau berbintik-bintik merupakan tanda awal HIV.

Salah satu tanda tanda HIV pada kulit adalah munculnya ruam. Ruam ini selalunya nampak seperti bintik atau tompok-tompok berwarna merah. 

Ia biasanya muncul dalam masa dua hingga empat minggu selepas jangkitan awal. 

Ruam ini lazimnya terdapat di bahagian atas badan, seperti di kawasan dada dan belakang badan. Namun, ia boleh merebak ke kawasan muka dan anggota badan lain. 

Selain ruam, lelaki dengan HIV juga mungkin mengalami luka atau ulser di bahagian mulut, tekak atau lidah. Luka yang berlaku disebabkan HIV adalah menyakitkan dan sukar untuk sembuh.  

2. Demam yang berpanjangan

Demam yang tidak reda walaupun selepas mengambil ubat merupakan antara tanda awal HIV.

Dalam masa yang sama, pesakit juga akan kerap berpeluh terutamanya pada waktu malam. Selalunya, pesakit akan berpeluh teruk sehingga cadar dan baju mereka basah. 

3. Kelenjar pada leher membengkak

Penghidap HIV kadangkala akan mengalami bengkak pada kelenjar yang terletak di leher, ketiak dan pangkal paha. Ia boleh menyebabkan rasa lenguh atau sakit. 

Kelenjar tersebut membengkak disebabkan jangkitan. Ia juga menandakan bahawa badan sedang berusaha untuk melawan jangkitan.  

Tanda tanda HIV lelaki 4: Masalah sistem penghadaman

Penghidap HIV berpotensi alami masalah penghadaman.
Penghidap HIV berpotensi alami masalah penghadaman.

Lelaki yang menghidap HIV mungkin akan alami masalah penghadaman seperti cirit-birit yang berterusan, sering rasa loya dan kerap muntah. 

Cirit-birit yang berlarutan lebih seminggu perlukan dirawat secepat mungkin. Jika tidak, ia boleh menyebabkan dehidrasi dan keletihan yang melampau. 

[embed-health-tool-vaccination-tool]

5. Berat badan turun dengan mendadak

Lelaki yang menghidap HIV namun tidak mendapatkan rawatan boleh mengalami penurunan berat badan yang mendadak walaupun mereka makan tepat pada masanya. 

Tubuh penghidap HIV sukar untuk menyerap nutrisi. Oleh itu, pesakit berupaya kehilangan banyak kalori disebabkan jangkitan berulang. 

Penurunan berat badan ini turut dikenali sebagai wasting syndrome. Ia merupakan tanda-tanda HIV positif telah memasuki tahap yang lebih serius.  

6. Keletihan berpanjangan

Selain itu, tanda tanda HIV lelaki adalah keletihan dan kelesuan berpanjangan.

Pesakit juga mungkin akan rasa letih dari segi mental dan juga fizikal sehingga menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti harian. 

7. Sering alami masalah pernafasan

Pneumonia merupakan antara masalah pernafasan lazim bagi penghidap HIV.
Pneumonia merupakan antara masalah pernafasan lazim bagi penghidap HIV.

Lelaki yang dijangkiti HIV berisiko tinggi mendapat jangkitan paru-paru, misalnya pneumoniaDalam pada itu, mereka juga berupaya mengalami batuk kering berpanjangan dan sesak nafas. 

Masalah pernafasan ini boleh menjadi lebih serius jika sistem imun pesakit terus merosot tanpa sebarang rawatan.  

Tanda tanda HIV lelaki 8: Gusi dan mulut berdarah 

Antara tanda-tanda HIV positif ialah luka pada kawasan mulut dan gusi. Salah satunya adalah kulat oral (oral thrush) yang nampak seperti lapisan putih dalam mulut. 

Selain itu, pesakit juga berkemungkinan mengalami gusi bengkak, berdarah atau sakit. Sistem imun yang lemah menyebabkan jangkitan bakteria atau kulat mudah menjangkiti mulut. 

9. Alami gangguan mental

Walaupun penghidap HIV mempunyai masalah imun, mereka juga berpotensi mempunyai gangguan saraf.  Pesakit mungkin akan rasa kebas pada tangan atau kaki. Mereka juga sukar untuk fokus dan mengingat. 

Selain itu, antara tanda tanda HIV lelaki yang sering diabaikan adalah masalah mental. Penghidap HIV juga berpotensi mengalami masalah mental seperti kemurungan disebabkan tekanan emosi yang mereka hadapi.  


  • Ramai lelaki tidak tahu mengenai tanda awal HIV kerana simptomnya yang menyerupai demam biasa.
  • Pengesanan awal sangat penting terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi. 
  • HIV bukanlah hukuman mati – ia boleh dikawal dengan rawatan yang betul. 
  • Rawatan juga dapat membantu mengurangkan risiko menyebarkan virus kepada orang lain.  

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. HIV and AIDS. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hiv-aids/symptoms-causes/syc-20373524. Diakses pada Oktober 13, 2024. 
  2. Symptoms of HIV. https://www.hiv.gov/hiv-basics/overview/about-hiv-and-aids/symptoms-of-hiv. Diakses pada Oktober 13, 2024. 
  3. What is HIV and AIDS? https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/aids-and-hiv. Diakses pada Oktober 13, 2024. 
  4. HIV & AIDS. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4251-hiv-aids. Diakses pada Oktober 13, 2024. 
  5. What are the symptoms of HIV & AIDS? https://www.plannedparenthood.org/learn/stds-hiv-safer-sex/hiv-aids/what-are-symptoms-hivaids. Diakses pada Oktober 13, 2024.

Versi Terbaru

18/10/2024

Ditulis oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Durex, MAF Lancar Program Positive Living, Sokongan Menyeluruh Buat Penghidap HIV

Hentikan Diskriminasi, Pesakit HIV Diseru Tampil Dapatkan Rawatan Di Klinik HIV Maya, Percuma!



Disemak pada 5 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan