backup og meta

Nampak Sihat Tapi Dalam Tak Tahu, Ini Check-Up Lelaki Kena Buat Bila Dah 50 Tahun

Masuk usia 50 tahun, lelaki sering dianggap semakin matang, tenang dan stabil. Namun, dari sudut kesihatan, inilah fasa kritikal di mana pelbagai perubahan fizikal dan hormon boleh berlaku. Dalam pada itu, isu berkaitan kesuburan dan fungsi tubuh juga perlu dipantau. Ramai tidak sedar bahawa tanda lelaki tidak subur boleh muncul tanpa sebarang gejala jelas.

Justeru, penting untuk lelaki berusia 50 tahun ke atas mula memberi perhatian terhadap pemeriksaan kesihatan berkala, khususnya berkaitan jantung, prostat, hormon, dan juga kesuburan.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, klik di sini.

Pemeriksaan hormon lelaki: testosteron semakin menurun

tanda lelaki tidak subur
Seorang pakcik yang sudah berusia di kampung.

Selepas umur 50, tahap hormon testosteron dalam tubuh lelaki mula menurun secara semula jadi. 

Keadaan ini dipanggil andropaus. Antara kesannya termasuklah:

  • Hilang tenaga dan keletihan melampau
  • Penurunan nafsu seksual
  • Mudah stres dan cepat marah
  • Masalah tidur

Penurunan hormon juga berkait rapat dengan tanda lelaki tidak subur, kerana hormon ini memainkan peranan penting dalam penghasilan sperma

Sekiranya anda mengalami simptom ini, pemeriksaan darah untuk tahap testosteron disarankan.

Masalah kesuburan selepas usia 50 tahun: masih subur atau ada tanda lelaki tidak subur?

Walaupun lelaki tidak mengalami menopaus seperti wanita, tahap kesuburan mereka tetap boleh menurun. 

Umur subur lelaki biasanya lebih panjang berbanding wanita, namun kualiti sperma boleh terjejas seiring usia atau umur subur lelaki. 

tanda lelaki tidak subur
Jenis penyakit kronik yang boleh sebabkan lelaki mati pucuk.

Beberapa tanda lelaki tak subur selepas usia 50 termasuklah:

  • Jumlah sperma rendah
  • Masalah ereksi atau ejakulasi
  • Penurunan libido
  • Kesukaran mendapatkan zuriat selepas mencuba selama lebih setahun

Antara punca tak subur dalam kalangan lelaki warga emas ialah penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, obesiti dan kesan ubat-ubatan tertentu.

Pemeriksaan prostat: jangan tunggu ada simptom

Kanser prostat merupakan salah satu kanser paling biasa dalam kalangan lelaki. 

Ramai yang tidak sedar sehingga penyakit telah berada di tahap serius. 

Lelaki berusia 50 tahun ke atas disarankan menjalani ujian PSA (Prostate-Specific Antigen) sebagai langkah saringan awal.

Antara gejala awal penyakit ini ialah:

  • Sukar atau kerap kencing pada waktu malam
  • Aliran air kencing yang lemah
  • Rasa tidak puas selepas membuang air kecil

Jangan abaikan tanda awal ini, lebih-lebih lagi jika ada sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser prostat.

Pemeriksaan jantung dan diabetes: kesihatan dalaman tak boleh nampak dari luar

tanda lelaki tidak subur
Mesin untuk memeriksa tekanan darah.

Masalah jantung dan diabetes sering dipandang ringan, lebih-lebih lagi jika seseorang tidak mengalami simptom jelas. 

Namun, statistik menunjukkan lelaki berusia lebih berisiko.

Pemeriksaan tekanan darah, paras gula dan kolesterol perlu dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali. 

Kedua-dua penyakit ini boleh menjejaskan fungsi seksual dan juga menjadi antara punca tak subur yang tidak disedari ramai.

Pemeriksaan kesihatan mental dan emosi: lelaki pun tak terkecuali

Isu mental seperti kemurungan dan kegelisahan sering dipandang sebagai ‘masalah wanita’. 

Namun hakikatnya, lelaki juga mengalami perubahan emosi akibat faktor hormon, tekanan kerja atau perasaan ‘hilang arah’ selepas bersara.

Tekanan yang berpanjangan boleh menjejaskan hormon, hubungan suami isteri dan turut menjadi penyumbang kepada tanda lelaki tidak subur. 

Pemeriksaan kesihatan mental serta sokongan emosi juga penting untuk kesejahteraan menyeluruh.

Kesimpulan

Selepas usia 50, lelaki perlu lebih proaktif menjaga kesihatan, bukan tunggu jatuh sakit baru bertindak. 

Pemeriksaan hormon, prostat, jantung dan kesuburan harus dijadikan rutin, bukan lagi pilihan. 

Jangan abaikan tanda lelaki tidak subur kerana ia mungkin petanda kepada isu kesihatan yang lebih besar.

Kesihatan lelaki bukan hanya tentang fizikal, tetapi juga emosi dan hubungan keluarga. 

Lebih awal anda bertindak, lebih besar peluang untuk kekal sihat dan aktif dalam usia emas.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Health screenings for men ages 40 to 64. https://medlineplus.gov/ency/article/007465.htm. Diakses pada Mei 26, 2025. 

Men’s health: Checkups, screenings key. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/mens-health-checkups-and-screenings-are-key. Diakses pada Mei 26, 2025.

6 Crucial Diagnostic Tests For Men Over 50. https://www.medanta.org/patient-education-blog/6-crucial-diagnostic-tests-for-men-over-50. Diakses pada Mei 26, 2025.

Prevention Guidelines for Men 40 to 49. https://www.cedars-sinai.org/health-library/prevention-guidelines/prevention-guidelines-for-men-40-to-49.html. Diakses pada Mei 26, 2025.

Health Screening for Men. https://ufhealth.org/conditions-and-treatments/health-screenings-for-men-ages-40-to-64. Diakses pada Mei 26, 2025.

Versi Terbaru

27/05/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Lebih Kerap Seks Dan Ereksi Zakar = Lebih Rendah Risiko Lelaki Mati Pucuk?

Tidak Hanya Besarkan Kemaluan, Vakum Zakar Juga Boleh Rawat Mati Pucuk?


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Dikemas kini 27/05/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan