backup og meta

Ganja Bukan Saja Buat Ketagih, Tapi Juga Boleh Buat Lelaki & Wanita Mandul, Benar Ke?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/10/2021

    Ganja Bukan Saja Buat Ketagih, Tapi Juga Boleh Buat Lelaki & Wanita Mandul, Benar Ke?

    Ganja, jenis dadah yang sering diambil untuk individu rasa relaks dan ‘melayan perasaan’ terutamanya jika mereka sedang stress dan ingin melarikan diri daripada realiti.

    Di Malaysia, ganja adalah tidak sah di sisi undang-undang. Namun begitu, penggunaan ganja masih berleluasa dalam kalangan masyarakat.

    Dadah sudah diketahui secara umum bahawa ianya berbahaya. Pelbagai kesan sampingan boleh terjadi sekiranya dadah ini disalahgunakan.

    Namun tahukah anda, jenis dadah ini juga boleh membuatkan seseorang wanita sukar hamil?

    Kenali apa itu ganja

    Dadah jenis ganja atau turut dikenali sebagai kanabis ini paling kerap disalahgunakan dalam kalangan masyarakat.

    Ganja dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai marijuana ini merujuk kepada daun-daun yang kering, bunga dan benih daripada tumbuhan bernama cannabis sativa atau cannabis indica.

    Tumbuhan ini mengeluarkan sejenis damar yang meliputi bahagian pohon yang berbunga dan dedaun di sebelah atas.

    Tumbuhan ini mengandungi bahan tetrahydrocannabinol (THC) sejenis kimia yang mampu mengubah kimia otak.

    Damar juga mengandungi satu sebatian psikoaktif THC yang mana kepekatannya berbeza mengikut bahagian pada tumbuhan tersebut.

    Cara penggunaan dadah ini biasanya sama ada dihisap atau disebut. Selain itu, ia boleh digulung seperti rokok dan disedut seperti shisha.

    Bagi tujuan perubatan pula, ia digunakan untuk mengurangkan rasa sakit dan menjadi rawatan paliatif bagi pesakit kanser terutamanya pesakit di peringkat terakhir.

    Namun, tahukah anda salah satu daripada kesan sampingan pengambilan ganja ialah boleh menyebabkan masalah kesuburan dan boleh menyukarkan wanita hamil?

    Betul ke dadah punca susah hamil?

    hamil

    Bahan aktif yang terkandung di dalam ganja dikenali sebagai THC ini akan memberikan kesan sampingan terhadap organ pembiakan dalaman terhadap kedua-dua jantina, baik wanita mahupun lelaki.

    Fahami risiko-risiko di bawah:

    • Ganja akan mengurangkan bilangan sperma lelaki

    Penggunaan ganja bagi kaum Adam akan mengurangkan jumlah sperma dalam air mani.

    Jumlah sperma akan berkurangan sebanyak 29% jika anda mengambil ganja lebih daripada sekali dalam masa seminggu.

    Namun apa yang menariknya, terdapat kajian kecil yang menunjukkan bahawa jumlah sperma lelaki yang pernah mengambil ganja lebih tinggi jika mahu dibandingkan dengan mereka yang tidak pernah menyentuh ganja.

    Tetapi kajian ini masih belum mencukupi. Lebih banyak kajian harus dilakukan bagi memahami kesan-kesan jangka pendek serta panjang disebabkan ganja terhadap kesihatan sperma lelaki.

    • Ganja mampu mengganggu proses ovulasi wanita

    Bagi kaum Hawa pula, ganja boleh menghalang atau melambatkan proses ovulasi.

    ovulasi

    Menurut Pakar Sakit Puan, Dr. Felice Gersh, jumlah THC yang tinggi akan mengurangkan pengeluaran estrogen dan tanpa jumlah yang mencukupi, ovulasi tidak akan terjadi.

    Kehamilan terjadi dengan proses ovulasi, pelepasan sel telur ke tiub falopio untuk bertemu dengan sperma.

    Jika proses ini terganggu, persenyawaan juga tidak akan terjadi dan ini menjadi punca seseorang itu susah untuk hamil.

    Ada kajian membuktikan, ganja mampu memperlahankan proses ovulasi sekiranya seseorang wanita mengambil dadah ini lebih daripada 3 kali dalam tempoh 3 bulan.

    • Ganja dapat memburukkan lagi masalah kesuburan yang ada

    Bagi individu yang sudahpun mempunyai masalah kesuburan, ganja berpotensi untuk memburukkan lagi masalah ini.

    Menurut Gersh, ganja berupaya untuk mengganggu sistem endocannabinoid yang normal.

    Ia juga memberikan kesan kepada sistem biologi yang kompleks yang melibatkan setiap aspek kesuburan seperti ovulasi, penyediaan lapisan rahim serta penanaman embrio yang tepat pada tahap blastokista.

    Oleh itu, potensi bagi ganja merosakkan lagi peluang untuk mengandung bagi individu yang kurang subur itu tinggi dengan menyerang sistem-sistem reproduktif yang terlibat.

    Rumusan

    Sekiranya anda sememangnya diharuskan menggunakan ganda atas faktor perubatan, anda perlu menimbang tara risiko dan kebaikan penggunaan dadah ini secara teliti.

    Pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat doktor atau golongan profesional bagi mengetahui solusi terbaik jika anda merancang untuk hamil kerana pengambilan ganja boleh menyukarkan perancangan untuk membina keluarga.

    Pengambilan dadah ini sememangnya berisiko dalam mempengaruhi keupayaan pasangan untuk menimang cahaya mata.

    Bagi pasangan yang ingin menimang cahaya mata di luar sana terutamanya yang pernah terlibat dengan pengambilan dadah ini, anda dinasihatkan untuk mengelak dan menjauhi ganja bagi kebaikan pada masa hadapan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/10/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan