Terdapat satu ura-ura yang diutarakan di laman media iaitu manfaat ambil ganja akan dapat meningkatkan kesuburan lelaki. Adakah ia merupakan fakta atau mitos?
Persoalan ini amat sukar untuk ditafsirkan dan ditentukan kesahihannya. Jom ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.
Apakah yang dimaksudkan dengan benda ini?
Ganja berasal daripada sejenis pohon yang bernama ‘cannabis sativa’ atau ‘hemp’. Ia merupakan sejenis dadah yang paling kerap disalahgunakan termasuklah di negara kita, Malaysia.
Meskipun fungsi utamanya adalah untuk tujuan perubatan, ia juga seringkali disalahgunakan untuk tujuan relaksasi dan memberi si pengguna perasaan yang seronok.
Antara contoh kegunaan sebenar ganja adalah mengurangkan sakit yang dihadapi oleh individu selain menjadi rawatan paliatif bagi mereka yang menghidap kanser di peringkat akhir hayat.
Ganja merupakan dadah yang paling popular dan pelbagai nama digunakan oleh penagihnya seperti ‘marijuana’, ‘pot’, ‘weed’, ‘dope’, ‘hashish’ atau ‘hash’ untuk mengaburi pihak berkuasa.
Manfaat ambil ganja untuk kesuburan lelaki?
Saintis di Amerika Syarikat telah membuat kesimpulan bahawa terdapat kaitan antara manfaat ambil ganja dengan kesuburan lelaki.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bloomberg, ada kajian yang dapat menyokong perkaitan tersebut.
Kajian itu dilakukan terhadap 600 lelaki yang mengunjungi klinik kesuburan untuk membuat pemeriksaan dan hasilnya, lelaki yang mengambil ganja mempunyai kiraan sperma yang lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak pernah mengambilnya.
Kajian ini merupakan kajian yang terbaharu dan telah melibatkan 1,143 sampel air mani yang diambil dari sejumlah 662 lelaki dalam lingkungan tahun 2000 sehingga 2017.
Daripada jumlah berkenaan, 55 peratus mengaku pernah mengambil ganja dan 11 peratus lagi masih lagi mengambilnya. Baki 44 peratus lagi pula mengaku pernah menyalahgunakan dadah untuk tujuan yang lain.
Kajian ini mempunyai dapatan yang sangat berbeza dengan kajian sebelumnya yang menyimpulkan bahawa ganja akan menjejaskan kesihatan reproduktif lelaki yang mengambilnya.
Menurut analisis kajian itu melalui sampel air mani lelaki-lelaki tersebut, lelaki yang pernah mengambil ganja mempunyai kepadatan sperma sebanyak 62.7 juta sel per mililiter manakala lelaki yang tidak pernah mengambil ganja 45.5 juta sel per mililiter.
Hasil kajian ini menunjukkan lelaki yang pernah mengambil ganja mempunyai tahap kesuburan yang lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak pernah mengambil ganja.
Ganja bagus atau tidak sebenarnya?
Hakikatnya, ganja merupakan bahan yang diharamkan di negara kita Malaysia. Bahan ini juga sebenarnya mendatangkan kesan sampingannya yang tersendiri kepada penagihnya seperti:
- Ketagihan
- Masalah paru-paru
- Daya ingatan merosot
- Mulut menjadi kering
- Kepala menjadi pening
- Selera makan meningkat
- Hilang motivasi diri
- Kemurungan dan keresahan
Meskipun kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa manfaat ambil ganja itu mungkin dapat meningkatkan kesuburan lelaki, kita perlu peka dengan kesan sampingannya terhadap tubuh badan serta akur pada undang-undang negara yang tidak membenarkan sebarang penyalahgunaan ganja.
Sebaiknya, berjumpalah dengan pakar perubatan untuk mendapatkan khidmat rawatan atau nasihat yang sebetulnya!