Kesan lain kadar testosteron rendah
Bukan sahaja kehidupan seks, kesihatan tubuh badan anda secara umumnya juga akan mengalami kesan akibat kadar testosteron yang rendah. Terdapat beberapa simptom kondisi ini yang perlu diberi perhatian.
- Pertambahan berat badan
- Keletihan
- Kandungan lemak meningkat namun otot merosot
- Depresi
- Kesukaran menumpukan perhatian
Kebimbangan terhadap kesihatan
Rendah testosteron kadangkala boleh menyebabkan implikasi jangka masa panjang yang serius terhadap tubuh badan. Kebanyakan individu yang mengalaminya akan lemah tulang lalu menyebabkan kondisi osteoporosis. Ini pula akan menyebabkan mereka lebih mudah mengalami kecederaan. Selain itu, kondisi ini juga akan menjadi pencetus kepada masalah jantung dan pelbagai penyakit lain.
Diagnosis
Jika anda perasan beberapa simptom seperti masalah ereksi dan keinginan seksual berlaku pada anda, segera berjumpa doktor. Ujian darah akan dilakukan untuk mengenal pasti kadar testoterin. Namun begitu, ia perlu dilakukan beberapa kali kerana ia mudah berubah-ubah setiap hari. Ujian darah selalunya dilakukan pada waktu pagi kerana ketika ini kadar testosteron berada pada tahap paling tinggi.
Rawatan
Anda mungkin akan disarankan untuk melakukan terapi jika anda mengalaminya. Kebanyakan lelaki dengan testosteron yang rendah boleh menggunakan gel untuk ditampal pada ketiak atau bahu mereka. Antara metode yang lain pula adalah mendapatkan suntikan ke dalam otot untuk meningkatkan kadar testosteron secara perlahan-lahan. Individu yang mengalami kanser prostat pula tidak digalakkan mendapatkan rawatan ini kerana ia boleh menerukkan lagi kondisi kanser mereka.
Bilakah anda perlu mendapatkan rawatan?
Apabila lelaki mula mencecah usia 40-an, anda perlu berjumpa doktor untuk melihat kadar testosteron anda normal atau tidak. Jika rendah, rawatan perlu dilakukan dengan segera.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen