Disfungsi erektil adalah kegagalan seorang lelaki untuk memulakan ereksi atau mengekalkan ereksi sehingga cukup untuk melakukan hubungan seksual.
Gagal untuk ereksi sekali-sekala adalah normal bagi lelaki.
Namun, jika berlaku secara berterusan, ia boleh menyebabkan tekanan dan menjejaskan keyakinan diri serta mungkin boleh merosakkan rumah tangga.
Jadi, apakah punca disfungsi erektil?
Ia terbahagi kepada dua, iaitu punca disfungsi erektil dalam aspek fizikal dan psikologikal!
Punca mati pucuk fizikal
Penyakit-penyakit berikut boleh jadi punca disfungsi erektil:
- Penyakit jantung
- Merokok
- Tekanan darah tinggi
- Kadar kolesterol tinggi
- Obesiti
- Diabetes
- Penyalahgunaan dadah atau alkohol
- Komplikasi pembedahan di kawasan pelvis
- Masalah tidur
- Sesetengah ubatan tertentu
Punca mati pucuk psikologikal
Otak memainkan peranan penting dalam membolehkan proses ereksi untuk berlaku.
Punca psikologikal juga tidak kurang kerap berlaku hampir sama banyak dengan punca fizikal.
Punca dari aspek psikologikal termasuklah:
- Kemurungan, kebimbangan, kegelisahan atau keadaan kesihatan mental yang lain
- Masalah rumah tangga disebabkan stres, masalah komunikasi atau masalah-masalah yang lain
- Stres dan tekanan
Jangan pandang rendah masalah ini!
Masalah disfungsi erektil ini adalah masalah yang serius.
Jangan malu untuk mendapatkan bantuan dan nasihat perubatan dari doktor di hospital.
Jika tidak dibendung, stres dan tekanan yang anda hadapi akan semakin bertambah dari hari ke hari sehingga akhirnya menjejaskan kehidupan rumah tangga dan sosial anda secara umum.
Kini, banyak pusat perubatan yang menyediakan nasihat dan rawatan kepada masalah ini.
Jangan risau, ia adalah masalah yang boleh diuruskan!