5 Cara Suami Anda Boleh Mendapatkan Sperma Yang Lebih Berkualiti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Walaupun anda akan membawa bayi selama lebih sembilan bulan, suami anda juga mempunyai peranan yang penting kerana sperma akan menentukan sama ada anda akan hamil dan jika bayi tersebut akan sihat atau tidak. Untuk mengekalkan kesihatan bayi, ini adalah beberapa tip yang anda serta pasangan perlu tahu

Minum dengan terkawal

Ini tidak bermakna bahawa dia perlu berhenti, tetapi adalah lebih baik baginya untuk mengawal pengambilan alkohol jika ingin menjadi seorang ayah. Alkohol telah dibuktikan boleh mengurangkan penghasilan sperma dan menyebabkan kecacatan pada sperma. Sudah tentu 1-2 minuman sehari adalah dibenarkan.

Mengawal berat badan

Kurang berat badan atau berat badan berlebihan boleh memberi kesan negatif ke atas sperma seorang lelaki, dan ia boleh merosakkan kehidupan seks pasangan kerana masalah berat badan boleh mempengaruhi libido lelaki dan prestasinya. Kekalkan diet sihat yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, bijirin, dan tenusu. Selai itu, masukkan aktiviti fizikal di dalam jadual harian juga boleh membantu pasangan anda mencapai atau mengekalkan berat badan yang sihat.

Ambil lebih banyak asid folik

Asid folik bukan sahaja penting untuk wanita. Lelaki yang mengandungi tahap asid folik yang lebih rendah di dalam diet mereka mempunyai kadar kromosom tidak normal dalam sperma yang lebih tinggi. Apabila berlaku persenyawaan dengan sperma kromosom tidak normal, ia boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan kelahiran. Lebih separuh daripada kes keguguran trimester pertama adalah disebabkan oleh kromosom embrio yang tidak normal. Ini tidak bermakna lelaki anda perlu mengambil pil asid folik. Apa yang anda perlu lakukan ialah membekalkan pasangan anda dengan multivitamin yang baik atau makanan yang tinggi asid folik, seperti kacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin penuh, buah-buahan sitrus, dan bijirin folat yang diperkaya, roti, dan pasta. Makanan ini akan membantunya memenuhi keperluan asid folik seperti yang disyorkan iaitu  400 miligram sehari.

Jangan merokok

Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan anda secara keseluruhan tetapi juga boleh menyebabkan bilangan dan kualiti sperma yang rendah. Untuk meningkatkan air mani, suami anda perlu berhenti merokok. Lebih awal lebih baik tetapi yang pastinya adalah beliau perlu berhenti sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum anda cuba untuk hamil. Penghasilan sperma mengambil masa kira-kira tiga bulan. Jadi, sebarang perubahan pada seorang lelaki pada hari ini tidak akan muncul dalam air mani untuk sekurang-kurangnya tiga bulan.

Pemeriksaan berkala

Pemeriksaan menyeluruh sebelum cuba untuk hamil akan memberikan gambaran keseluruhan tentang status kesihatan dan kesuburan suami anda. Seperti dalam lawatan pranatal anda, beliau boleh menjangkakan perbincangan tentang indeks jisim badan (BMI), sebarang ubat-ubatan diambil, faktor-faktor gaya hidup yang boleh menjejaskan kesuburan dan kehamilan, sebrang gangguan genetik atau sejarah yang boleh memberikan risiko kepada bayi yang akan datang, dan apa yang beliau boleh lakukan untuk memastikan anda mempunyai kehamilan yang sihat. Beliau juga akan diberi imunisasi yang diperlukan untuk membantu menghalangnya daripada memindahkan penyakit seperti cacar air dan selesema bermusim kepada anda semasa hamil.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Vaksin COVID-19 Kini Telah Tiba! Kenali Jenis Vaksin Yang Bakal Anda Terima Nanti

    Semua boleh menarik nafas lega setelah negara kita mula melakukan pemberian vaksin atau imunisasi. Namun, adakah anda tahu jenis vaksin yang bakal diterima?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    COVID-19 03/03/2021 . 3 minit bacaan

    Tersiksa Apabila Terkena! Tapi Apa Punca BUASIR Buat Punggung Gatal & Sakit?

    Selalu alami namun tidak tahu sebab buasir gatal dan sakit? Ada sebab lain juga rupanya! Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Buasir 03/03/2021 . 3 minit bacaan

    Anda Ada Diabetes Dan Bekerja Shift Malam? Ini 15 Tip Kawal Gula Darah

    Kerja waktu malam bagi penghidap diabetes sebenarnya boleh jejaskan keadaan diabetes yang dialami. Ini tips kerja shift malam yang bersesuaian untuk anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diabetes Jenis 2 02/03/2021 . 3 minit bacaan

    Tak Perlu Makan Ubat? Legakan Gastrik Angin Dengan 6 Cara Ini Di Rumah!

    Bukan sekadar kena jaga waktu makan, terdapat beberapa penawar gastrik angin yang sebenar! Jom klik artikel ini untuk baca dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gastrik 02/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    adik beradik

    Adakah Anak Bersedia Dengan Kelahiran Adik Baru? Ibu Ayah, Ini Cara Elak Anak Terasa Hati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/03/2021 . 3 minit bacaan
    duduk terlalu lama

    Jangan Ambil Mudah Kalau Kaki Selalu Kebas, Kadang-Kadang Ia Petanda Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 03/03/2021 . 3 minit bacaan
    cara meningkatkan hormon testosteron

    Semakin Meningkat Usia, Semakin Menurun Testosteron, Kena Ambil Suplemen Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/03/2021 . 3 minit bacaan
    Info kesihatan wanita

    Kenali 4 Masalah Kesihatan Wanita Yang Selalu Terjadi, Orang Perempuan WAJIB Tahu Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 03/03/2021 . 5 minit bacaan