Bagi ibu bapa, mendapat berita bahawa anak menghidap diabetes jenis 1 merupakan sesuatu yang merisaukan. Diabetes yang lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak ini bukannya disebabkan oleh gaya hidup atau pemakanan, tetapi kerana kekurangan hormon insulin dalam badan. Salah satu perkara yang perlu ibu bapa cari ialah contoh menu makanan untuk diabetes Malaysia.
Kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 1 perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Malah, mereka juga perlu makan seperti orang biasa – sebanyak 3 kali sehari untuk menyokong tumbesaran mereka dan mengawal kadar gula dalam darah.
Jadi, ibu bapa perlulah sediakan makanan yang mengandungi vitamin, mineral dan lengkap dengan nutrisi lain. Walau bagaimanapun, anak perlulah diajar untuk berjaga-jaga dengan makanan dan minuman yang mengandungi karbohidrat.
Tetapi, makanan apakah yang mengandungi karbohidrat? Makanan bergula seperti kek, gula-gula dan minuman berkarbonat merupakan antara contoh makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan jenis ini akan menyebabkan gula dalam darah naik dengan cepat.
Sebagai panduan, kami akan senaraikan beberapa jenis makanan atau contoh menu makanan untuk diabetes Malaysia. Barulah mudah untuk ibu bapa sediakan makanan untuk anak!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.
Contoh menu makanan untuk diabetes Malaysia
Sama seperti kanak-kanak yang lain, mereka yang menghidap diabetes jenis 1 juga memerlukan makanan yang kaya dengan nutrisi untuk pastikan mereka membesar dengan sihat.
Dalam sehari, anak digalakkan untuk mendapatkan 10-20% kalori daripada protein, 25-30% daripada lemak sihat dan 50-60% lagi daripada karbohidrat.
Namun, ibu bapa digalakkan untuk mendapatkan pendapat pakar mengenai jumlah sebenar karbohidrat yang boleh diambil untuk anak.
Di bawah, kami berikan contoh menu makanan untuk diabetes Malaysia:
- Sertakan karbohidrat yang berserat. Roti, pasta, kentang, nasi, capati atau bijirin sarapan penuh merupakan makanan wajib yang perlu diambil setiap hari. Elakkan mengambil makanan yang mempunyai gula atau garam tambahan.
- Tambah protein dalam makanan. Daging, ikan, kekacang dan telur merupakan makanan yang baik untuk penghidap diabetes jenis 1. Jika boleh, makan ikan seperti sardin, salmon atau kembung 2 kali seminggu untuk lemak sihat.
- Makan 3 hidangan produk tenusu 3 kali sehari, seperti susu, yogurt atau keju. 1 hidangan = 125g yogurt, 30 g keju atau 200 ml susu.
- Elakkan makanan yang tinggi gula. Namun, itu tidak bermaksud pesakit tidak boleh makan gula langsung. Pesakit boleh makan gula tapi dalam jumlah yang sederhana.
- Makan 5 hidangan sayur dan buah setiap hari. Buah segar, sejuk beku, kering atau dalam tin semuanya boleh diambil oleh pesakit diabetes jenis 1. Namun, elakkan buah-buahan yang manis atau mengandungi gula tambahan.
- Pilih lemak yang sihat seperti minyak zaitun, bunga matahari atau biji sesawi (rapeseed).
- Jika anda ingin makan snek, pastikan ia mengandungi tidak lebih 10 g karbohidrat.Berbincang dengan doktor terlebih dahulu tentang snek sihat yang boleh diambil antara waktu makan.
Rekomendasi makanan lain untuk penghidap diabetes jenis 1
Selain pengambilan makanan yang betul, kanak-kanak yang menghidap diabetes jenis 1 juga mempunyai pantang-larangnya yang tersendiri.
Walaupun anak anda tidak perlu mengelakkan makanan tertentu, tip ini mungkin membantu lebih-lebih lagi untuk mengelakkan sebarang reaksi yang tidak diingini:
- Elakkan minuman manis. Kalau boleh, minum air kosong. Namun, minuman yang mempunyai karbohidrat yang rendah, bebas gula atau mempunyai gula gentian boleh diambil secara sederhana.
- Jangan sesekali tinggalkan atau skip waktu makan.
- Tambahkan serat dalam makanan untuk mengawal kadar gula dalam darah. Serat juga mempunyai banyak lagi manfaat lain terhadap kesihatan, terutamanya untuk penghidap diabetes.
- Pilih karbohidrat sihat dan cuba padankan makanan tersebut dengan lemak dan protein. Antara contoh karbohidrat sihat ialah pasta, beras perang dan buah-buahan.
Baca juga:
- Nak Tambah Barang Dapur? Ini 10 Kategori Makanan Mesra Diabetes Boleh Dibeli
- 25 Senarai Makanan Untuk Penderita Diabetes Jenis 1! (15 Perlu Elak & 10 Perlu Ambil)
Kesimpulan
Sebenarnya, ada banyak lagi contoh menu makanan untuk diabetes Malaysia. Ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidap diabetes jenis 1 perlulah lebih kreatif dalam penyediaan makanan.
Malah, jangan jadikan diabetes sebagai penghalang untuk ibu bapa menyediakan makanan yang pelbagai untuk anak. Ada banyak buah-buahan segar, sayuran, protein dan lemak sihat yang ada dijual di pasaran, sesuai untuk anak-anak yang menghidap diabetes.
Ibu bapa juga boleh cari contoh menu makanan untuk diabetes Malaysia yang lain secara atas talian!
[embed-health-tool-bmi]