backup og meta

Bukan Jenis 2 Sahaja, Pradiabetes Juga Boleh Membawa Kepada Diabetes Jenis 1?

Bukan Jenis 2 Sahaja, Pradiabetes Juga Boleh Membawa Kepada Diabetes Jenis 1?

Rasanya ramai dalam kalangan masyarakat kita yang sudah maklum tentang kondisi diabetes jenis 1 dan 2 namun kurang maklumat tentang apa itu pradiabetes.

Secara ringkasnya, pradiabetes ini adalah satu keadaan kesihatan yang mungkin akan berlaku pada individu sebelum mereka menghidap penyakit kencing manis.

Ia biasa dikaitkan dengan diabetes jenis 2 namun ada juga ura-ura yang mengatakan pradiabetes juga boleh membawa diabetes jenis 1. Benarkah?

Untuk tahu lebih lanjut tentang apa itu pradiabetes dan kesannya, jom teruskan membaca!

Apa itu pradiabetes?

Untuk pengetahuan anda, pradiabetes ini bukanlah sejenis penyakit namun hanya sekadar tanda amaran bahawa tahap gula dalam darah anda sudah agak tinggi.

Meskipun glukosa itu masih belum cukup tinggi untuk dikategorikan sebagai kencing manis, risiko itu akan meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Tubuh badan yang normal akan menghasilkan insulin untuk membantu mengawal glukosa namun sistem dan fungsi ini akan terjejas sekiranya anda ada pradiabetes.

Kondisi ini diakibatkan oleh tubuh badan yang tidak mampu menghasilkan insulin secukupnya atau tidak mampu bertindak balas terhadap insulin dengan betul.

apa itu pradiabetes

Juga dikenali sebagai ‘diabetes borderline’, penderita perlu lebih berwaspada dengan pengambilan gula dalam makanan untuk elak penyakit kencing manis berlaku.

Bagaimana kesan pradiabetes?

Punca sebenar kepada keadaan kesihatan ini mungkin masih kurang jelas, namun ia kerap dikaitkan dengan sejarah genetik serta gaya hidup individu yang tidak sihat.

Begitu juga dengan simptom pradiabetes yang sebenarnya kurang teruk jika hendak dibandingkan dengan gejala yang akan berlaku apabila menghidap diabetes.

Pun begitu, masih ada beberapa tanda untuk anda kesan bahawa pradiabetes telah berlaku iaitu:

Jika dibiarkan, apa itu pradiabetes mula akan memburuk dan menjadi tidak terkawal lantas membawa kepada masalah kencing manis yang banyak komplikasinya.

Ia akan membawa kepada kencing manis jenis 2?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, penghidap pradiabetes mempunyai tahap gula dalam darah tinggi sekali gus tinggi risiko terkena diabetes jenis 2.

Pun begitu, ia bukanlah suatu proses yang mesti akan terjadi kerana pada peringkat ini anda masih boleh mengawal dan mencegah glukosa itu daripada menjadi terlalu tinggi.

apa itu pradiabetes

Jika ia berlaku sekalipun, kondisi pradiabetes berubah kepada diabetes jenis 2 hanya akan berlaku setelah beberapa tahun berlalu (anggaran sekitar 10 tahun).

Jadi ini bermakna anda masih punya ruang dan peluang untuk memperbaiki gaya hidup merangkumi makanan, minuman, senaman dan lain-lain agar kekal sihat.

Paling penting, sentiasa berkomunikasi dan berkonsultasi dengan doktor untuk mengukur tahap gula dalam darah agar ia kekal stabil dan kurang risiko diabetes.

Ia juga membawa kepada kencing manis jenis 1?

Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu bahawa apa itu pradiabetes sebenarnya mungkin boleh membawa kepada kondisi kencing manis jenis 2 dan bukan jenis 1.

Pun begitu, ada kajian terbaharu oleh U.S. National Library of Medicine National Institute of Health yang percaya bahawa ia juga boleh membawa diabetes jenis 1.

Menurut data mereka, 5% ke 10% penderita diabetes jenis 2 juga turut menderita diabetes jenis 1 pada waktu yang sama sekali gus menimbulkan satu teori baharu.

Dalam erti kata lebih mudah, ada kemungkinan bahawa pesakit kencing manis jenis 2 ini pernah mengalami kencing manis jenis 1 dan pradiabetes sebelumnya.

Oleh itu, sila lebih berwaspada jika anda ada pradiabetes kerana kajian telah menunjukkan bahawa ia boleh membawa kepada kedua-dua jenis diabetes yang utama.

Berwaspada dengan pradiabetes!

apa itu pradiabetes

Bagi mengelakkan kondisi anda berubah menjadi semakin buruk, sila ubah gaya hidup anda dengan kadar segera agar ia dapat dikawal dan mungkin dielak.

Caranya, sila ikuti beberapa tip di bawah ini yang dapat mengubah hidup anda menjadi semakin baik:

  1. Kurangkan pengambilan gula.
  2. Kurangkan pengambilan lemak trans.
  3. Kurangkan pengambilan karbohidrat.
  4. Lebihkan pengambilan serat.
  5. Lebihkan pengambilan air kosong.
  6. Banyakkan bersenam dan menjadi lebih aktif.
  7. Pastikan berat badan anda sentiasa terkawal.
  8. Berhenti menghisap rokok dan meminum alkohol.
  9. Ambil insulin dengan preskripsi doktor (jika perlu).

Konklusinya, ada kemungkinan di mana pradiabetes boleh membawa kepada masalah kencing manis jenis 1 serta kencing manis jenis 2 jika dibiarkan begitu sahaja.

Oleh itu, sila kawal kondisi ini dengan lebih awal dengan mengamalkan tip-tip di atas tadi bagi menjamin kehidupan yang lebih sihat dan bebas daripada masalah diabetes.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.canr.msu.edu/news/prediabetes_can_be_associated_with_both_type_1_and_type_2_diabetes
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/prediabetes/symptoms-causes/syc-20355278
  3. https://familydoctor.org/condition/prediabetes/
  4. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21498-prediabetes
  5. https://www.imaware.health/blog/what-is-prediabetes

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ini Baik Buruk 5 Jenis Suplemen Untuk Penghidap Diabetes, MESTI Rujuk Doktor Sebelum Ambil!

Bacaan Gula Darah Selalu Tak Stabil? AWAS, Ia Mungkin Tanda Anda Alami Diabetes Rapuh!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan