backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Diabetes Insipidus

Fakta Disemak oleh Nurul Halifah


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 06/08/2021

Diabetes Insipidus

Definisi

Apa itu penyakit diabetes insipidus

Diabetes insipidus merupakan keadaan yang menyebabkan kerap membuang air kecil dan dahaga yang melampau.

Penyakit diabetes insipidus boleh mencegah anda daripada tidur malam dan boleh menyebabkan anda kencing malam.

Gejala-gejala yang sama dengan diabetes mellitus namun puncanya adalah berbeza.

Diabetes mellitus disebabkan oleh masalah dengan insulin dan gula darah tinggi manakala diabetes insipidus disebabkan bagaimana buah pinggang anda mengawal air kencing.

Kedua-duanya tidak berkaitan.

Apakah kebarangkalian penyakit diabetes insipidus?

Kencing manis insipidus merupakan penyakit yang tidak biasa dan jarang berlaku.

Penyakit ini biasanya terjadi kepada lelaki berbanding wanita. Penyakit ini boleh terjadi pada mana-mana peringkat umur.

Anda boleh mengehadkan keupayaan anda mendapatkan penyakit ini dengan mengurangkan faktor-faktor berisiko.

Selalu berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom penyakit diabetes insipidus?

Tanda-tanda biasa dan gejala-gejala diabetes insipidus bagi para pesakit adalah kerap membuang air kecil dan dahaga yang melampau.

Gejala-gejala yang lain pula mungkin termasuk:

penyakit diabetes insipidus

Bagi bayi dan kanak-kanak, sebahagian tanda dan gejala boleh termasuk:

  • Demam, muntah atau cirit-birit;
  • Lampin basah yang luar biasa;
  • Lambat membesar;
  • Turun berat badan;
  • Kecerewetan yang tidak dapat dijelaskan atau tangisan yang tidak dapat ditenangkan;
  • Kulit kering yang sangat sejuk.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau gejala yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa jua gejala, sila runding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut berjumpa doktor anda jika anda menyedari yang anda membuang air kecil berlebihan dan dahaga yang melampau.

Status dan keadaan boleh berbeza-beza dalam kalangan individu.

Selalu bincang dengan doktor anda untuk ditetapkan kaedah-kaedah diagnostik, rawatan dan rawatan terbaik bagi anda.

Punca

Apakah Punca Diabetes Insipidus?

Penyakit diabetes insipidus boleh disebabkan oleh masalah dengan kelenjar pituitari anda dan/atau buah pinggang anda.

Biasanya, tubuh anda dapat mengawal selia keseimbangan berapa banyak cecair yang anda minum dan berapa banyak air kencing yang anda hasilkan.

Buah pinggang anda membuang lebihan cecair dengan mencipta air kencing, di mana ia disimpan sementara di dalam pundi kencing anda.

Apabila anda dinyahhidratkan, kelenjar pituitari menghantar satu hormon yang dipanggil sebagai hormon anti-diuretik (ADH) kepada buah pinggang untuk mengekalkan cecair dan kurangkan buang air kencing.

Hormon anti-diuretik, juga dikenali sebagai vasopressin, dibuat di hipotalamus anda dan disimpan di dalam kelenjar pituitari.

Ada pelbagai jenis diabetes insipidus yang ditentukan mengikut sebab-sebabnya. Ini mungkin termasuk:

  • Kencing manis insipidus pusat. Ini berpunca apabila kelenjar hipotalamus atau pituitari telah rosak. Ia mengganggu penyimpanan dan pembuangan ADH. Ini boleh juga terjadi daripada pembedahan, ketumbuhan, meningitis, kecacatan genetik atau kecederaan kepala.
  • Nephrogenic diabetes insipidus. Ini selalunya berpunca daripada kecacatan di tubula buah pinggang (struktur di mana air dikeluarkan atau dikekalkan di buah pinggang). Kecacatan ini mungkin berpunca daripada kecacatan genetik atau kecacatan buah pinggang yang kronik. Terdapat beberapa ubat yang boleh menyebabkan kerosakan di tubula buah pinggang. Ubat-ubat ini mengandungi litium dan demeclocycline.
  • Gestational diabetes insipidus. Ini terjadi ketika mengandung dan hanya sementara.
  • Polydipsia utama. Keadaan ini juga dikenali sebagai diabetes insipidus dipsogenik atau polydipsia psikogenik, ia berpunca daripada pengambilan cecair yang berlebihan. Ia tidak terlibat dengan mana-mana masalah pengeluaran ADH atau tindakbalas.

Untuk beberapa kes, punca sebenar tidak diketahui.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Diabetes Insipidus?

Beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda untuk penyakit diabetes insipidus boleh termasuk:

  • Jantina. Lelaki lebih berisiko mendapat diabetes insipidus berbanding wanita.
  • Faktor genetik. Ibubapa yang mengidap diabetes insipidus boleh menyebabkan anak-anak mereka berisiko mendapat penyakit yang sama.

Tanpa faktor-faktor berisiko tidak bermakna anda tidak boleh mendapat kencing manis ini. Anda patut berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit kencing manis insipidus didiagnosis?

Untuk diagnosis diabetes insipidus, doktor anda akan melakukan ujian darah dan air kencing.

Juga bergantung kepada teruknya penyakit itu, pesakit akan diminta melakukan MRI (resonans magnetik) pada otak dan beberapa ujian tambahan lain.

Bagaimana pesakit Diabetes Insipidus dirawat?

Pilihan rawatan untuk diabetes insipidus bergantung kepada keadaan anda dan puncanya. Beberapa pilihan rawatan boleh termasuk seperti berikut:

  • Terapi desmopressin. Selalunya jika kurangnya ADH, doktor anda mungkin menetapkan hormon sintetik iaitu desmopressin. Ubat ini boleh didapati sebagai semburan hidung, tablet lisan atau suntikan. Rawatan ini sangat sesuai untuk diabetes insipidus pusat.
  • Terapi diuretik. Rawatan ini digunakan untuk nephrogenic diabetes insipidus. Ubat ini digelar sebagai hydrochlorothiazide. Ini boleh digunakan secara asing atau sekali dengan ubat-ubat lain. Doktor anda mungkin menentukan anda dengan diet sodium rendah.
  • Merawat punca dasarnya. Jika gejala-gejala anda adalah pengambilan ubat, doktor anda akan mengubah perubatan anda ke alternatif yang berbeza. Jika keadaan anda berpunca daripada keadaan mental, doktor anda akan merawatnya terlebih dahulu. Sebagai tambahan, doktor anda akan mempertimbangkan untuk membuang ketumbuhan jika itu adalah penyebabnya.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Diabetes Insipidus?

Berikutnya merupakan gaya hidup dan rawatan sampingan di rumah yang boleh membantu anda mengatasi diabetes insipidus:

penyakit diabetes insipidus

  • Cegah penyahhidratan dengan minum air yang cukup bila dahaga.
  • Ambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor anda.
  • Berkomunikasi dengan doktor anda jika anda mengalami perubahan dengan keadaan anda.
  • Pergi ke hospital atau pusat kesihatan terdekat jika anda mengalami tanda-tanda demam panas, cirit birit, berpeluh atau anda kerap membuang air kecil ketika tempoh rawatan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Nurul Halifah


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 06/08/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan