Apa yang patut anda jangkakan pada temu janji dengan doktor?
Bawa nota anda apabila anda membawa ibu bapa anda berjumpa doktor. Selain itu, jangan lupa menyebutkan sejarah keluarga jika ada, rekod perubatan ibu bapa anda, dan ubat-ubatan mereka (jika ada). Ini boleh membantu doktor mengambil kira kemungkinan keadaan perubatan yang boleh menyebabkan kencing malam. Semasa temu janji, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal, penilaian neurologi, dan mengambil sampel air kencing untuk menganalisis kandungan. Ujian lanjut mungkin diperlukan jika sebarang masalah timbul.
Bagaimana untuk merawat terkencing malam dalam kalangan orang tua?
Ibu bapa anda akan memerlukan pakar urologi atau pakar gangguan tidur untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Kebiasaanya ubat sudah cukup berkesan dalam rawatan pesakit. Jika ibu bapa anda didiagnosis dengan masalah lemah kawalan kencing, mereka boleh mendapat manfaat daripada senaman otot lantai pelvik. Jika masalah kencing malam mereka disebabkan inkontinen, doktor mungkin akan mengesyorkan latihan semula pundi kencing dan ubat-ubatan antimuskarinik. Jika tiada rawatan konvensional berfungsi dan kebocoran menjejaskan kesejahteraan ibu bapa anda, pembedahan mungkin diperlukan untuk menangani masalah tersebut. Selain itu, ada boleh memantau pengambilan cecair mereka. Elakkan minum air yang banyak sebelum tidur untuk mengurangkan pengeluaran air kencing pada waktu malam. Di samping itu, hadkan pengambilan minuman berkafein. Walau bagaimanapun, ibu bapa anda masih memerlukan pengambilan cecair yang mencukupi. Anda hanya perlu berwaspada terhadap masa dan jenis cecair yang diambil.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen