Bagi individu dengan diabetes, ada cara pemakanan kencing manis yang penting untuk mereka tahu agar tidak timbul komplikasi yang boleh buat kondisi jadi lebih teruk.
Bagaimana pula jika individu dengan diabetes ingin cuba menurunkan berat badan? Ada yang mungkin akan menyarankan mereka untuk mengamalkan jenis diet tertentu.
Namun, ada ura-ura yang kata diet jenis Intermittent Fasting sebagai cara pemakanan kencing manis mungkin tidak sesuai. Jom terus baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!
Apa itu jenis diet Intermittent Fasting?
Untuk pengetahuan anda semua, Intermittent Fasting (IF) adalah metode yang akan mengawal atau mengatur pola makan individu dengan cara berpuasa pada beberapa waktu.
Sebagai contoh yang jelas, anda mungkin hanya boleh makan dari waktu pagi sehingga petang dan berpuasa dari waktu petang sehingga malam atau mungkin juga sebaliknya.
[embed-health-tool-bmr]
Berbeza dengan istilah diet yang biasa merujuk kepada aspek pengurangan atau pembatasan kadar makan, metode ini lebih cenderung kepada perubahan waktu makan individu.
Jika diet lain lebih menumpukan kepada apa dan berapa yang anda makan, IF pula akan lebih menumpukan kepada bila anda makan. Jadi, ia adalah jenis diet yang amat unik.
Persoalannya, adakah diet jenis ini akan bawa manfaat atau mudarat buat pesakit kencing manis?
Pesakit diabetes juga boleh amal diet IF?
Seperti mana yang kita semua sudah tahu, pesakit diabetes tak makan banyak benda. Antara yang paling jelas tentu sahaja gula, karbohidrat serta lemak kerana ia tidak bagus.
Pun begitu, ini juga tidak akan menghalang pesakit diabetes untuk mengamalkan jenis diet seperti intermittent fasting kerana ia mungkin tidak bermudarat malah bermanfaat.
Dahulu, ramai saintis dan pakar diet yang kata IF adalah praktis yang negatif buat pesakit kencing manis kerana khuatir jika ia akan mendatangkan komplikasi pada kondisi itu.
Kini, Pakar Nefrologi Jason Fung menyatakan bahawa telah wujud banyak kajian terbitan baharu yang setuju jika pesakit kencing manis tiada masalah untuk amalkan diet jenis IF.
Apa pula kata pakar tentang perkara ini?
Cara pemakanan kencing manis agak berbeza dengan individu yang tidak mengalaminya kerana ada banyak benda yang mungkin pesakit diabetes tak makan seperti orang lain.
Namun pakar telah setuju bahawa diet IF adalah antara cara pemakanan kencing manis yang bagus kerana telah dibuktikan melalui pelbagai kajian terbitan jurnal yang baharu.
Jurnal Clinical Diabetes and Endocrinology pada Februari 2021 menyatakan diet ini mungkin mampu untuk membantu mengurangkan kadar glukosa di dalam darah individu.
Jurnal Hormone and Metabolic Research pada Ogos 2021 mengatakan diet ini juga mampu untuk membantu mengurangkan masalah rintang insulin pada individu.
Diet ini juga mungkin masih ada risiko…
Dalam masa yang sama juga, tidak kurang ramai pakar diet yang khuatir jika diet jenis IF akan beri risiko atau kesan negatif jika ia ingin diamalkan oleh pesakit kencing manis.
Ini kerana cara pemakanan kencing manis jenis ini memerlukan anda untuk ‘puasa’ pada waktu tertentu dan kesannya ia akan menyebabkan kurang tenaga, badan lemah serta menjejaskan kadar glukosa.
“Ketidakseimbangan kadar gula dalam darah adalah satu isu yang paling besar jika individu itu ada masalah diabetes jenis 2. Disebabkan itu juga, amat penting untuk tahu dan amalkan cara pemakanan kencing manis yang sesuai untuk jaga serta kawal glukosa”, jelas Pakar Diet Vandana Sheth.
Ketidakseimbangan yang dimaksudkan ini adalah glukosa boleh jadi sangat rendah sehingga mungkin masuk ke tahap hipoglisemia sekali gus memburukkan lagi kondisi itu.
Alternatif lain untuk pesakit kencing manis!
Sebenarnya, tiada jenis diet yang lebih ideal buat pesakit kencing manis ini melainkan diet khas diabetes jenis 2. Ia adalah pilihan yang tidak perlu semua individu sangkal lagi.
Ini kerana ia sangat sesuai dengan apa yang pesakit diabetes tak makan dan minum selain amat penting di dalam aspek untuk menjaga dan mengawal kadar gula dalam darah.
Tidak cukup dengan itu, diet ini juga dalam masa yang sama mampu menurunkan berat badan. Dalam erti kata lebih mudah, ia adalah serampang dua mata buat para pesakit.