Diet Intermittent Fasting, IF Berkesan Turunkan Berat Badan, Tapi Bagaimana Caranya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda dengar mengenai cara diet intermittent fasting? Sempena tahun baru, pasti ramai mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk menguruskan badan.

Mungkin ada yang berminat dan ingin mencuba intermittent fasting. Katanya, diet ini bukan sahaja dapat menguruskan badan, malah ada banyak lagi kebaikan lain yang dapat dinikmati oleh pengamalnya.

Tambah lagi, disebabkan kita masih lagi berada di dalam pandemik COVID-19, penjarakan sosial masih lagi merupakan langkah yang terbaik untuk mengurangkan penyebaran virus.

Sebagai seorang individu yang bertanggungjawab dan prihatin, duduk di rumah pada waktu ini merupakan langkah yang paling selamat untuk membantu membendung penyebaran wabak COVID-19.

Oleh sebab itu, mungkin ramai yang sudah mencari informasi tambahan mengenai intermittent fasting. Disebabkan ramai yang sudah biasa berpuasa, diet jenis ini mungkin lebih mudah untuk diikuti.

Walau bagaimanapun, bagaimana intermittent fasting dapat menurunkan berat badan seseorang? Selain itu, sejauh manakah kemujaraban diet ini?

Sebelum kita sentuh topik ini secara lebih mendalam, mari kenali apa itu intermittent fasting.

Apa maksud intermittent fasting?

diet berkesan

Intermittent fasting merupakan tempoh berpuasa pada masa yang sama setiap hari ataupun minggu. Ada beberapa pendekatan yang popular untuk diet jenis ini, antaranya adalah:

  1. Berpuasa selang sehari. Makan secara normal pada satu hari dan berpuasa sepenuhnya pada hari seterusnya.
  2. Puasa 5:2. Makan secara normal 5 kali seminggu dan berpuasa 2 hari kemudiannya.
  3. Makan dalam masa terhad. Makan secara normal, namun hanya dalam jangka masa 8 jam setiap hari. Sebagai contoh, tidak mengambil sarapan dan makan tengah hari, tetapi makan malam seperti biasa.

Intermittent fasting bukanlah satu diet yang boleh diikuti oleh semua orang. Ia mungkin sukar pada mulanya. 

Tetapi, apabila badan telah menyesuaikan diri, anda akan kurang rasa lapar dan lebih mudah mengawal nafsu makan.

Selain itu, ada juga individu yang tidak digalakkan untuk melakukan intermittent fasting. Amalan mengurangkan makan tidak baik untuk ibu mengandung ataupun mereka yang mempunyai masalah batu karang, gastrik atau diabetes.

Untuk pengetahuan anda, diet ini amat berkesan jika anda berhenti makan pada siang hari dan elakkan mengambil apa-apa makanan pada waktu malam, termasuklah snek.

Kebanyakan mereka yang berjaya menurunkan berat badan selalunya hanya akan makan di antara pukul 10 pagi hinggalah 6 petang.

Bagaimana cara diet ini menurunkan berat badan?

Kebanyakan orang faham tentang konsep makan sedikit untuk menurunkan berat badan.

Makan sedikit bermaksud kalori yang diambil juga berjumlah sedikit. Oleh sebab itu, badan akan membakar lebih banyak lemak untuk membekalkan tenaga kepada badan.

Makanan yang kita ambil akan dipecahkan oleh enzim di dalam perut dan berakhir sebagai molekul kecil di dalam saluran darah.

Kemudiannya, semua molekul ini akan dipecahkan menjadi gula dan ditukarkan pula kepada tenaga untuk digunakan sepanjang hari.

Walau bagaimanapun, jika gula ini tidak digunakan, ia akan disimpan di dalam badan sebagai lemak. Tetapi, untuk disimpan sebagai lemak, badan memerlukan hormon insulin untuk membawa molekul gula tersebut untuk disimpan.

Jika kita tidak mengambil sebarang makanan dalam satu jangka masa yang panjang, tahap insulin dalam badan akan menurun. Disebabkan ini, sel lemak akan mula melepaskan gula dalam simpanan untuk digunakan sebagai tenaga.

Apabila tahap insulin kekal rendah, lebih banyaklah lemak yang dapat dibakar oleh badan. Proses ini jika berlaku berulang kali akan menyebabkan penurunan berat badan. 

Bolehkah intermittent fasting buatkan kesihatan jadi lebih baik?

diet berkesan

Menurunkan berat badan dan aktif bersenam dapat merendahkan risiko anda untuk menghidap sebarang penyakit yang berkaitan dengan obesiti seperti diabetes, apnea tidur, dan beberapa jenis kanser.

Diet ini bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, malah, mereka yang melakukan intermittent fasting juga boleh merendahkan kolesterol, mengurangkan lemak pada organ hati dan memperbaiki tekanan darah.

Intermittent fasting berkesan untuk mereka yang ingin berdiet tanpa mengira kalori. Ketika berpuasa, anda masih boleh minum air kosong untuk mengalas perut.

Namun, berbeza dengan diet lain, ketika tempoh 8 jam yang dikhaskan untuk makan, anda boleh makan apa sahaja yang disukai.

Tapi, pastikan anda sentiasa bersederhana dan makan seperti normal dan bukannya ‘balas dendam’ pula, ya!

Cara diet yang lebih sihat dan berkesan

diet berkesan

Sekarang, anda sudah tahu serba sedikit tentang intermittent fasting. Jika dilakukan dengan betul, cara diet ini boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan dengan lebih sihat dan berkesan.

Selain itu, ada beberapa informasi tambahan yang mungkin dapat membantu jika anda berminat untuk melakukan intermittent fasting:

  1. Elakkan pengambilan makanan bergula. Sebaiknya, makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  2. Biarkan badan anda membakar lemak di antara dua masa makan. Jangan sesekali makan snek. Jika anda ingin membakar lemak dengan lebih pantas, lakukan senaman dan kekal aktif sepanjang hari.
  3. Tidak perlu berpuasa secara ekstrem. Jangan berlebihan jika ingin berpuasa. Sebagai manusia, kita perlu makan untuk kekal bertenaga. Intermittent fasting akan jadi lebih berkesan jika anda mula berpuasa pada awal pagi (7 pagi – 3 petang).
  4. Elakkan makan snek pada waktu malam.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tips Kurus Untuk Mereka yang Ingin Kelihatan Menarik

Terdapat pelbagai tips kurus yang sering dikongsikan, tetapi adakah cara-cara yang dikongsikan itu benar-benar berkesan kepada diri anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 23/08/2019 . 9 minit bacaan

Tanpa Diet Anda Masih Boleh Kurus, Jom Ikut 10 Tip Menurunkan Berat Badan Ini, Pasti BERJAYA!

Tips kurus yang boleh anda cuba walaupun tidak berdiet. Ini kerana nak kurus bukan hanya perlu jaga pemakanan sahaja tapi gaya hidup sihat juga diperlukan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 17/04/2018 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

rasa lapar false hunger

Asyik Rasa Lapar Saja? Anda Mungkin Makan Banyak Sebab NAFSU! Ini Cara Nak Elak

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
diet pritikin

Lupakan Atkins, IF @ Keto, Ada Diet Lebih Berkesan Turunkan Berat Badan, Elak Penyakit Jantung Juga!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan
turun berat badan

Pssttt.. Rahsia Nak Turun Berat Badan Cuma Jaga Tidur Saja? Orang Nak Kurus Wajib Baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
jenis diet

Azam Tahun Baru Nak Kuruskan Badan? Haa… Ini Ada 5 Diet Terbaik Boleh Anda Cuba, Pasti BERKESAN!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/01/2020 . 3 minit bacaan