Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Bacaan Gula Asyik Melambung Masa Puasa Lagi-lagi Waktu Berbuka? Ini Cara Kawal Supaya Tak Hyper
Cara kawal gula dalam darah ialah langkah penting bagi pesakit diabetes supaya bacaan gula kekal stabil sepanjang hari, termasuk ketika berpuasa. Cara kawal gula dalam darah yang betul membantu badan kekal bertenaga, mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan keadaan terlalu tinggi atau terlalu rendah ketika berpuasa. Sebelum beralih kepada aspek lain, kita perlu memahami dahulu realiti penyakit diabetes itu sendiri sebelum belajar mengawalnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kencing Manis, klikdi sini.
Adakah kencing manis boleh hilang?
Ramai pesakit berharap diabetes boleh hilang sepenuhnya. Dari sudut perubatan, diabetes jenis 1 tidak boleh sembuh, manakala diabetes jenis 2 boleh mencapai remission jika pesakit berjaya mengawal berat badan, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal secara konsisten.
Beberapa perkara yang boleh membantu mengawal atau menurunkan risiko komplikasi:
Walaupun diabetes tidak “hilang” atau sembuh, ia boleh dikawal sehingga bacaan gula normal tanpa gejala.
Bila gula darah terlalu tinggi?
Semak bacaan gula darah anda secara rutin.
Gula dianggap tinggi apabila bacaan random melebihi 11.1 mmol/L atau bacaan sebelum makan lebih daripada 7.0 mmol/L. Ketika berpuasa, peningkatan mendadak juga boleh berlaku kerana:
Makan terlalu banyak karbohidrat ketika sahur atau berbuka
Jika bacaan gula tidak turun walaupun sudah berjaga-jaga, pesakit perlu semak kembali pola pemakanan dan berbincang dengan doktor mengenai pelarasan ubat.
Cara kawal gula darah: petua turunkan gula dalam darah dengan cepat
Minum banyak air kosong untuk mengawal gula darah.
Petua ini membantu sementara, tetapi rawatan utama tetap perlu mengikut nasihat doktor:
Minum air kosong mencukupi untuk kurangkan kepekatan gula
Lakukan senaman ringan selepas berbuka seperti berjalan
Elakkan makanan tinggi gula dan tepung putih
Ambil makanan tinggi serat seperti sayur dan buah rendah GI
Pastikan pengambilan ubat diabetes tepat waktunya
Petua turunkan gula dalam darah dengan cepat tidak menggantikan rawatan, tetapi ia membantu menstabilkan bacaan dalam masa singkat.
Cara kawal gula darah: makanan untuk menurunkan gula dalam darah
Beberapa makanan boleh membantu memperlahankan kenaikan gula:
Mulakan berbuka dengan kurma dan air kosong, kemudian makan secara sederhana
Elakkan air manis, kuih muih berkrim dan makanan bergoreng berlebihan
Perbanyakkan senaman ringan. Senaman selepas tarawih sangat membantu kawal gula
Pesakit diabetes wajib memeriksa gula walaupun berpuasa (tidak membatalkan puasa).
Jika bacaan melebihi 16 mmol/L, doktor sarankan berbuka demi keselamatan.
Dengan cara ini, risiko hyper dapat dikurangkan dan pesakit boleh berpuasa dengan lebih selamat.
Antara cara berkesan untuk menurunkan bacaan gula darah.
Kesimpulan
Mengamalkan cara kawal gula dalam darah yang betul merupakan langkah penting untuk pesakit diabetes berpuasa dengan selamat.
Dengan pemantauan bacaan gula, pemilihan makanan yang tepat, dan disiplin mengambil ubat, risiko hyper atau komplikasi lain dapat dicegah.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Tips Kesihatan Kepada Pesakit Diabetes Ketika Berpuasa. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/03/13/tips-kesihatan-kepada-pesakit-diabetes-ketika-berpuasa/. Diakses Disember 12, 2025.
Hyperglycemia (High Blood Sugar). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9815-hyperglycemia-high-blood-sugar. Diakses Disember 12, 2025.
High Morning Blood Glucose: Understanding and Management. https://diabetes.org/living-with-diabetes/high-morning-blood-glucose. Diakses Disember 12, 2025.
Diabetes and fasting. https://idf.org/about-diabetes/diabetes-management/diabetes-and-fasting/. Diakses Disember 12, 2025.
How to Lower Morning Blood Sugar. https://diatribe.org/diabetes-management/how-lower-morning-blood-sugar. Diakses Disember 12, 2025.
Versi Terbaru
27/01/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim