backup og meta

Beras Parboiled Atau Beras Perang, Yang Mana Lebih Bagus Untuk Diabetes?

Beras Parboiled Atau Beras Perang, Yang Mana Lebih Bagus Untuk Diabetes?

Pernahkah anda dengar mengenai beras parboiled, beras tanpa kanji untuk kencing manis? Beras parboiled untuk kencing manis melalui cara pemprosesan yang sedikit berbeza berbanding beras biasa.

Beras ini juga dikenali sebagai beras rebus. Ia juga boleh didapati di pasar raya berdekatan. 

Beras parboiled direndam, distim dan dikeringkan ketika ia masih lagi di dalam sekam. Proses ini menjadikan sekam lebih mudah untuk dicabut. Ia juga membuatkan warna nasi berubah sedikit kekuning-kuningan.

Tekstur nasi parboiled juga berbeza. Ia lebih ringan dan tidak melekit berbanding nasi putih biasa.

Walau bagaimanapun, adakah benar nasi ini sesuai dimakan oleh semua orang, terutamanya oleh mereka yang menghidap kencing manis?

Mari ketahui kebaikan dan keburukan beras parboiled untuk kencing manis serta manfaatnya terhadap kesihatan kita.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

Apa maksud beras parboiled?

beras parboiled untuk kencing manis

Proses parboiled berlaku sebelum beras dikisar, iaitu sebelum bahagian sekamnya dibuang. Ada 3 proses utama untuk menghasilkan beras parboiled:

  1. Merendam. Beras yang mentah akan direndam di dalam air untuk meningkatkan kelembapannya.
  2. Mengukus. Beras tersebut akan dikukus hingga kandungan kanjinya bertukar menjadi gel. Proses kukus ini turut membantu membunuh bakteria dan mikroorganisma lain.
  3. Mengeringkan. Beras akan dikeringkan secara perlahan-lahan untuk mengurangkan kelembapannya supaya ia dapat dikisar.

Proses parboiled atau rebusan akan mengubah warna beras menjadi kekuning-kuningan. Walau bagaimanapun, warnanya tidak segelap beras perang.

Perubahan warna ini berlaku disebabkan pergerakan pigmen dari sekam ke dalam nasi. Proses parboiling juga boleh menyebabkan nasi berubah warna kepada coklat.

Secawan nasi parboiled (155 gram) mengandungi:

  • 194 kalori
  • 0.5 gram lemak
  • 41 gram karbohidrat
  • 1 gram serat
  • 5 gram protein

[embed-health-tool-bmr]

Beras parboiled juga merupakan sumber zat besi dan kalsium. Bukan itu sahaja, beras parboiled untuk kencing manis mengandungi kurang kalori dan karbohidrat serta lebih banyak serat dan protein.

Ini menjadikan beras tanpa kanji untuk kencing manis ini lebih sihat dan boleh diambil sebagai alternatif kepada beras putih tradisional.

Bukan itu sahaja, beras ini juga mempunyai vitamin B yang lebih banyak. Ini disebabkan proses parboil yang menyebabkan nutrisi dari bran bergerak memasuki endosperma beras.

Walau bagaimanapun, beras perang masih lagi berada di tangga yang teratas dari segi kandungan nutrisinya.

Beras parboiled untuk kencing manis atau beras perang?

beras parboiled untuk kencing manis

Jika anda sedang memilih antara beras parboiled dan beras perang, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.

Walau bagaimanapun, dari segi nutrisi, ada sedikit perbezaan antara beras perang dan beras parboiled

Jika anda memilih beras parboiled untuk kencing manis, ini adalah antara sifatnya yang sesuai untuk pengambilan pesakit diabetes.

Beras perang dan beras parboiled mempunyai karbohidrat, serat, lemak, protein dan kalori yang seakan-akan sama. Walaupun begitu, beras perang mempunyai nutrisi seperti magnesium, fosforus, potasium dan folat yang lebih tinggi.

Manakala, beras parboiled pula mempunyai kandungan kalsium yang lebih tinggi.

Tidak dinafikan, beras perang mempunyai nutrisi yang lebih banyak. Namun, jika anda tidak menggemari rasa dan teksturnya, anda boleh cuba beras parboiled yang mempunyai rasa yang seakan-akan beras biasa.

Antara perbezaan beras parboiled dan beras perang yang lain ialah masa memasaknya.

Beras perang selalunya perlukan masa selama 40 minit untuk masak, manakala beras parboiled hanya mengambil masa 20 minit sahaja.

Baca juga:

Kebaikan beras parboiled untuk kencing manis

Kajian menunjukkan, beras parboiled mungkin mempunyai beberapa manfaat untuk kesihatan. Antaranya:

1. Beras parboiled tahan lebih lama

beras parboiled untuk kencing manis

Ada sebabnya mengapa beras parboiled menjadi kegemaran ramai. Nasinya tidak melekit dan lebih gebu daripada biasa.

Malah, ia juga sesuai untuk mereka yang suka panaskan nasi sebelum makan. Anda juga boleh sejukkan nasi ini dan panaskan semula keesokan harinya.

Paling penting, nasi parboiled tidak mempunyai enzim yang dapat meleraikan lemak dalam nasi. Ini akan menyebabkan nasi tersebut lebih sedap. Jangka hayatnya juga lebih panjang berbanding nasi biasa.

Selain beras basmathi, cubalah beras parboiled untuk kencing manis. Ia tahan lebih lama dan rasanya juga lebih sedap.

2. Lebih banyak khasiat

Disebabkan proses penghasilannya yang berbeza, beras parboiled mengandungi banyak antioksidan dan asid fenolik yang berasal daripada endosperma dari isirong beras.

Berdasarkan kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Journal of Medicinal Food, beras parboiled mengandungi 127% komponen fenolik berbanding beras biasa. Malah, ia juga didapati dapat melindungi kita daripada radikal bebas.

3. Beras parboiled mengandungi banyak prebiotik

basmathi diabetes

Selain itu, beras tanpa kanji untuk kencing manis ini juga mengandungi prebiotik yang baik untuk badan.

Proses parboiling menghasilkan kanji yang lebih rintang. Kanji ini telah melalui proses fermentasi oleh bakteria yang dikenali sebagai probiotik.

Probiotik amat baik untuk kesihatan perut. Malah, ia akan memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan masalah pencernaan pada masa hadapan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 11 Impressive Benefits Of Brown Rice. https://www.organicfacts.net/health-benefits/cereal/brown-rice.html. Accessed on March 14, 2022.
  2. Diabetes Diet, Eating, & Physical Activity. https://www.niddk.nih.gov/health-information/diabetes/overview/diet-eating-physical-activity. Accessed on March 14, 2022.
  3. Eating white rice regularly may raise type 2 diabetes risk. https://www.hsph.harvard.edu/news/hsph-in-the-news/eating-white-rice-regularly-may-raise-type-2-diabetes-risk/. Accessed on March 14, 2022.
  4. Effects of parboiled rice diet on oxidative stress parameters in kidney of rats with streptozotocin-induced diabetes. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22510083/. Accessed on March 14, 2022.
  5. Parboiling. http://www.knowledgebank.irri.org/step-by-step-production/postharvest/milling/milling-and-quality/item/parboiling. Accessed on March 14, 2022.

Versi Terbaru

15/03/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Risau Nak Makan Nasi Sebab Ada Diabetes? Ini 2 Jenis Beras Yang Baik Untuk Kawal Gula Darah

Beras Putih Atau Perang, Yang Mana Satu Pilihan TERBAIK Untuk Atlet & Individu Kaki Gim?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 15/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan