Apabila doktor menyatakan “Anda disahkah menghidap masalah kencing manis jenis 1”, pernah tak terfikir apakah mungkin perbezaan antara diabetes jenis 1 dan 2, ya?
Kalau ingin tahu mengenainya, teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.
Diabetes jenis 1 dan 2
Kencing manis jenis 1 dan jenis 2 biasanya dicirikan dengan kadar gula dalam darah yang tinggi. Tetapi punca dan perkembangan kedua-dua jenis penyakit diabetes adalah berbeza.
Secara umumnya, seseorang individu adalah tidak jelas tentang jenis diabetes yang dihidapi.
Sebagai contoh, pesakit diabetes jenis 2 biasanya diandaikan mempunyai berat badan yang berlebihan dan tidak perlu mengambil suntikan insulin, manakala pesakit diabetes jenis 1 adalah kurang berat badan.
Walau bagaimanapun, andaian ini tidak semestinya benar. Kira-kira 20% pesakit diabetes jenis 2 mempunyai berat badan yang sihat semasa didiagnosis, dan kebanyakan mereka adalah bergantung pada insulin.
Pada masa yang sama, pesakit diabetes jenis 1 juga berkemungkinan mempunyai berat badan yang berlebihan.
Perbezaan antara Diabetes Jenis 1 dan 2
Ciri-ciri di bawah merupakan panduan kasar untuk mengenalpasti perbezaan diabetes jenis 1 dan jenis 2.
Diabetes Jenis 1
- Biasanya didiagnosis dalam zaman kanak-kanak
- Tidak semestinya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan
- Biasanya dikaitkan dengan kadar keton yang tinggi
- Dirawat dengan suntikan atau pam insulin
- Tidak dapat dikawal tanpa pengambilan insulin
Diabetes Jenis 2
- Biasanya didiagnosis pada umur 30 tahun ke atas
- Biasanya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan
- Biasanya dikaitkan dengan tekanan darah dan/atau tahap kolesterol yang tinggi
- Rawatan awal adalah tanpa perubatan atau pil
- Berkemungkinan dirawat tanpa perubatan diabetes
Perkembangan Diabetes Jenis 1
Apa lagi perbezaan antara diabetes jenis 1 dan 2 ya?
Diabetes jenis 1 merupakan sesuatu penyakit autoimun, yang mana sistem imun merosakkan sel-sel yang sihat dalam badan.
Dalam kes ini, sistem imun merosakkan sel beta dalam pankreas sehingga pankreas tidak dapat menghasilkan insulin sendiri.
Walau bagaimanapun, tiada bukti saintifik yang menjelaskan kenyataan tersebut.
Diabetes jenis 1 memerlukan suntikan insulin secara kerap untuk mengimbangi kematian sel beta, jadi semua pesakit diabetes jenis 1 adalah bergantung pada insulin.
Perkembangan Diabetes Jenis 2
Dalam kes masalah diabetes jenis 2, sistem imun tidak merosakkan sel beta.
Sebaliknya, diabetes jenis 2 dikategorikan sebagai ketidakupayaan badan untuk bertindak kepada insulin, yang juga dikenali sebagai penolakan terhadap insulin.
Badan akan menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengimbangi insulin yang tidak berkesan, tetapi ia masih tidak dapat menghasilkan kuantiti insulin yang mencukupi.
Dalam jangka masa yang panjang, ketegangan sel beta akan merosakkan dan mengurangkan penghasilan insulin.
Diabetes Jenis 2 dan Suntikan Insulin
Pesakit diabetes jenis 2 yang memerlukan suntikan insulin biasanya adalah 2 sebab utama:
Kurang kepekaan kepada insulin
Berat badan yang berlebihan akan mengurangkan kepekaan anda kepada insulin.
Tidak sensitif kepada insulin bermakna insulin tidak dapat mengurangkan kadar glukosa darah yang sepatutnya.
Pesakit yang kurang kepekaan kepada insulin biasanya mengambil suntikan insulin untuk mengelakkan kadar glukosa yang berlebihan.
Baca juga: