Lindungi Anak Anda Dari Kemurungan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Memasuki usia baligh, para remaja perlu menghadapi pelbagai cabaran dalam aspek fizikal juga mental. Kemurungan merupakan masalah yang paling serius yang muncul pada usia remaja. Untuk mengatasi masalah ini, sokongan daripada ibu bapa amatlah penting.

Bina hubungan yang kuat antara ibu bapa dan anak-anak

Hubungan kekeluargaan yang rapat boleh membantu mencegah kemurungan dalam kalangan remaja. Untuk itu, ibu bapa boleh:

  • Berbual setiap hari bersama anak-anak
  • Berkongsi perasaan ataupun rahsia dengan mereka
  • Memberikan galakan dan pujian
  • Memberi maklum balas jika mereka berkelakuan tidak baik dengan cara yang positif

Galakkan mereka untuk meluaskan perhubungan yang lain

Persahabatan atau sokongan sosial juga memainkan peranan penting dalam mencegah dan menguruskan kemurungan dalam kalangan remaja. Biarkan anak anda menggunakan masa bersama sahabat baik mereka, menyertai kelab-kelab, turut serta dalam pasukan sukan atau khidmat masyarakat. Semua aktiviti ini boleh meningkatkan keyakinan diri mereka dan menajamkan kemahiran mereka. Bagi hubungan percintaan pula, beri nasihat dan bimbingan. Tekanan yang dialami dari masalah percintaan juga boleh menjadi faktor penyumbang dalam masalah kemurungan remaja.

Biarkan remaja terikat dengan aktiviti fizikal

Aktiviti-aktiviti fizikal telah terbukti berkesan dalam mengurangkan kegelisahan dan kemurungan. Sejam aktiviti setiap hari adalah sangat disyorkan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bermula dari yang ringan seperti berjalan, berjoging, sehingga ke aktiviti berat seperti memanjat gunung atau mengangkat berat adalah sangat digalakkan.

Hadkan penggunaan alat elektronik

Waktu menghadap skrin boleh menjejaskan kualiti tidur dan juga mengambil masa dari aktiviti kehidupan sebenar yang lain. Tambahan pula, jaringan sosial dan penggunaan internet membuatkan anak anda lebih cenderung kepada pembuli siber. Selain itu, terlalu terdedah kepada karakter ideal dalam drama atau filem membuatkan mereka mudah kecewa dengan kehidupan realiti. Keganasan atau kandungan negatif di internet juga adalah berisiko. Ia boleh jadi contoh watak yang jahat atau ia boleh membina rasa takut kepada masyarakat yang jahat dalam pemikiran mereka. Semua faktor ini boleh membawa kepada kemurungan kepada remaja.

Bina rutin tidur yang sihat

Selepas seharian belajar, tidur malam yang lena membantu dalam memulihkan fizikal dan mental anak anda. Kurang tidur boleh meningkatkan risiko kemurungannya. Kajian menunjukkan bahawa remaja yang masuk tidur awal adalah kurang mendapat kemurungan.

Dapatkan rawatan yang sepatutnya

Jika anak anda menunjukkan sebarang tanda-tanda kemurungan, walau sekecil mana sekalipun, hubungi doktor anda secepat mungkin.

Jika sudah mendapatkan pertolongan profesional dan simptom yang ditunjukkan seperti berkurangan, kekalkan terapi yang dijalankan. Terapi sikap kognitif adalah terapi berasaskan keluarga yang sangat bermanfaat untuk mereka yang mengalami kemurungan disebabkan perkara yang berkait dengan sejarah keluarga.

Sepanjang terapi ini, pakar mental akan memberikan maklumat tentang bagaimana untuk:

  • Memahami sepenuhnya perihal kemurungan
  • Mengetahui kesan tekanan dan kemurungan dalam pelbagai aspek kehidupan
  • Menghilangkan tekanan dengan cara yang paling berkesan
  • Berkomunikasi atau berkongsi perasaan dengan orang lain

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

    Ramai yang percaya bahawa mandi pada waktu malam boleh menyebabkan penyakit paru paru berair. Benarkah? Jom klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

    Ekzema tidak hanya mempengaruhi bahagian tubuh, ia juga boleh mempengaruhi kulit kepala anda. Pernahkah anda terdengar mengenai ekzema kulit kepala?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

    Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

    Jika ada ahli keluarga anda yang pernah menghidap jenis penyakit diabetes, besar kemungkinan untuk anda turut mendapat kencing manis keturunan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jus buah-buahan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    gigit kuku

    Suka Gigit Kuku Petanda Sakit Jiwa? Bukan Budak Kecil Saja Yang Buat, Orang Dewasa Pun Ada!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit radang usus

    Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata atau kanta lekap

    Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan