backup og meta

Bagaimana Sendawakan Bayi Yang Selalu Tertidur Masa Menyusu? Ini Caranya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/09/2023

    Bagaimana Sendawakan Bayi Yang Selalu Tertidur Masa Menyusu? Ini Caranya!

    Bayi tertidur ketika proses penyusuan berlangsung adalah satu keadaan biasa. Jadi apakah cara sendawakan bayi ketika tidur? Ini jawapannya…

    Sendawakan bayi yang sedang menyusu

    Tidak kira menyusu badan atau botol, situasi bayi tertidur ketika proses penyusuan adalah perkara normal.

    Apabila berasakan perut semakin kenyang, si manja akan menjadi lebih santai dan hisapan susu semakin perlahan. Kesannya? Bayi akan tertidur.

    Keadaan ini lebih cenderung untuk berlaku pada waktu malam ketika keinginan untuk bayi tertidur adalah tinggi. 

    Walaupun si kecil tampak nyenyak, namun bagi sesetengah bayi, mereka perlu disendawakan untuk mengeluarkan angin sebelum tidur. 

    Proses dan cara sendawakan bayi ketika tidur adalah sama dengan bayi yang masih berjaga. Cuma anda mungkin perlu memperlahankan pergerakan agar mereka tidak terjaga. 

    Jadi apakah cara sendawakan bayi ketika tidur?

    cara sendawakan bayi ketika tidur

    Cara sendawakan bayi ketika tidur

    Berikut terdapat beberapa posisi yang sesuai untuk membantu bayi tertidur sendawa, iaitu:

    1. Di tengah-tengah proses penyusuan

    Bayi yang mengantuk akan cenderung untuk menghisap susu dengan banyak. Anda boleh bantu untuk menyendawakan si manja untuk mengelakkan kehadiran gas.

    Cuba sendawakan anak ketika anda mengubah payudara untuk proses penyusuan. 

    Bagi bayi yang menyusu botol, hentikan sebentar proses penyusuan sebelum susu habis untuk menyendawakan mereka. 

    Ia bukan sahaja membantu memberikan lebih banyak ruang untuk susu tetapi ia juga mengelakkan daripada berlakunya muntah susu. 

    1. Meletakkan di bahu

    Posisi ini sesuai untuk cara sendawakan bayi ketika tidur nyenyak. Ibu boleh juga menggunakan kaedah ini untuk bangunkan bayi, meneruskan proses penyusuan. Caranya:

    • Sandar bahagian dada atas bayi pada bahu anda. Letakkan sebelah tangan di bawah punggung mereka sebagai sokongan
    • Pastikan kepala si manja berada di atas bahu
    • Secara perlahan, tepuk belakang bayi
    • Jika tepukan perlahan tidak berkesan untuk menyendawakan si manja, cuba gosokkan telapak tangan pada bahagian belakang dengan gerakan bulatan

    cara sendawakan bayi ketika tidur

    Jika anda mahukan bayi terjaga, lakukan henjutan ringan sewaktu mereka bersandar pada bahu. Tindakan anda ini juga boleh membantu menyendawakan si kecil.

    1. Cara sendawakan bayi ketika tidur, bersandar di dada

    Meletakkan bayi pada dada boleh memberikan lebih keselesaan. Posisi ini juga membantu mengekalkan bayi tidur selepas menyusu

  • Dengan perlahan, alihkan bayi ke bahagian dada. Pastikan sebelah tangan anda berada di belakang badan bayi, manakala sebelah tangan lagi menyokong punggung si manja
  • Elakkan daripada merenggangkan kaki bayi. Biarkan badan mereka dalam posisi melengkung
  • Lakukan gosokan dengan gerakan membulat menggunakan tangan yang berada di belakang badan bayi 
  • Jika tidak berjaya membuatkan si kecil sendawa, lakukan tepukan lembut antara bahu mereka
  • Berbaring di lengan
  • Posisi sendawakan bayi ini sesuai untuk bayi yang bersaiz kecil

    • Letakkan sebelah lengan pada bahagian punggung bayi. Ini membolehkan mereka bersandar pada lengan anda
    • Bayi mungkin sudah berada pada posisi ini ketika proses penyusuan
    • Secara perlahan-lahan, alihkan kedudukan bayi untuk berada dalam keadaan meniarap pada sebelah lagi lengan. Pastikan kedudukan kepala bayi pada hujung siku
    • Tentukan kedudukan bayi dalam keadaan seimbang 
    • Gosokkan atau tepuk secara perlahan bahagian belakang badan si manja
    • Apabila bayi sudah sendawa, alihkan bayi untuk kembali kepada posisi berbaring bagi meneruskan proses penyusuan atau tidur. 
    1. Posisi meriba

    Jika anda sudah berada dalam keadaan duduk ketika menyusukan si manja, posisi meriba ini sesuai untuk memastikan bayi tertidur tidak terjaga ketika cubaan menyendawakan mereka.

    • Secara perlahan, alihkan badan bayi agar perut mereka dapat dihalakan dan direhatkan pada bahagian paha anda
    • Letakkan sebelah tangan untuk menyokong bahagian dagu dan dada si kecil. Tindakan ini juga untuk memastikan bahagian kepala bayi diangkat sedikit daripada badan
    • Gunakan tangan yang lain untuk menepuk atau menggosok secara bulatan pada bahagian belakang badan si manja
    • Setelah berjaya membuatkan bayi sendawa, alihkan mereka untuk kembali kepada keadaan berbaring

    cara sendawakan bayi ketika tidur

    Tempoh untuk sendawakan bayi

    Umumnya, untuk membuatkan bayi sendawa hanya memerlukan masa antara 1 atau 2 minit. Ada kalanya bayi mungkin sendawa apabila anda mengalihkan kedudukan bayi.

    Kaedah lain yang membantu menyendawakan bayi yang sering tertidur ketika menyusu adalah dengan menghentikan proses penyusuan. Lakukannya apabila mereka tampak mengantuk.

    Cuba untuk sendawakan mereka sebelum meletakkan mereka di tempat tidur. 

    Kepentingan buat bayi sendawa

    Anda mungkin rasa sendawakan bayi tidak penting, tetapi ia sebenarnya boleh membantu bayi untuk berasa selesa dan mengelakkan kembung perut. 

    Walaupun bayi tertidur ketika menyusu, anda disarankan untuk tetap membantu mereka sendawa agar mereka dapat tidur dengan lebih lena

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan