backup og meta

Si Kecil Gemar Terjun Dalam Kolam Renang Mini? Awasinya, Ada 5 Bahaya Yang Menanti!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/08/2020

    Si Kecil Gemar Terjun Dalam Kolam Renang Mini? Awasinya, Ada 5 Bahaya Yang Menanti!

    Tiada perkara lebih penting buat individu yang bergelar ibu bapa melainkan kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan anak.

    Disebabkan itu, macam-macam ragam dilakukan oleh mereka dalam usaha melindungi si kecil dari segala bahaya yang menanti.

    Jika ia berlaku, apa tindakan anda? Relaks, jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu apa yang patut dibuat!

    Selamatkah anak mandi kolam?

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, wajarlah untuk kita tahu tentang perkara ini terlebih dahulu.

    Kami tidak kata perbuatan anak mandi kolam adalah selamat atau tidak kerana ia ada risiko yang tersendiri jika ibu bapa leka dan alpa daripada memerhatikan si kecil.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, anda sebagai ibu bapa perlu menggalas tanggungjawab sepenuhnya sekiranya anak anda ingin mandi kolam dengan pengawasan kalian.

    Jadi sila lebih berwaspada ya ibu bapa?

    kolam

    Apa bahaya anak mandi kolam?

    Hakikatnya, terdapat beberapa bahaya yang menanti tidak kira si manja anda mandi kolam mini, kolam renang dewasa, sungai, laut dan seumpamanya.

    Berikut adalah antaranya:

    #1. Lemas

    Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC), kes lemas dalam kalangan kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah adalah perkara yang membimbangkan di Amerika Syarikat.

    Menurut kajian itu lagi, hampir 70% kanak-kanak yang tidak dibenarkan berada dekat dengan kolam mini ditemui di dalam kolam itu ketika ibu bapa lalai.

    Lebih mengejutkan, 46% dari jumlah kanak-kanak terbabit kali terakhir dilihat berada di dalam rumah!

    Ini menunjukkan kelalaian dalam pengawasan ibu bapa merupakan punca utama kanak-kanak lemas di dalam kolam mini dan ia perlu diubah dengan kadar segera.

    #2. Klorin

    Kajian yang diterbitkan dalam European Respiratory Journal (ERS) menyatakan anak mandi kolam mengandungi klorin boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan.

    Kajian ini telah mengambil kira penelitian terhadap 430 kanak-kanak berusia 5 ke 7 tahun dan terbukti klorin dalam kolam memang berbahaya kepada anak anda.

    Kesannya, si kecil anda lebih berisiko terkena bronkitis, asma atau alahan lantas menjejaskan sistem pernafasan!

    Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan untuk tidak ambil mudah perkara ini dan sebaik-baiknya mengelakkan anak mandi di dalam kolam yang ada klorin.

    kolam

    #3. Kolam terbalik

    Selain lemas, ada satu lagi bahaya anak mandi kolam iaitu kolam tersebut boleh terbalik lantas memerangkap si kecil anda di dalam itu.

    Meskipun anda kata ia hanyalah sekadar kolam mini dan tidak akan mengakibatkan kecederaan kronik, langkah berjaga-jaga masih perlu.

    Cuba bayangkan ia terjadi dan anda tidak berada di situ untuk menyelamatkan si kecil anda?

    #4. Haiwan berbisa

    Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu peka dengan kewujudan dan kehadiran haiwan berbisa di dalam kolam mini yang anak anda sedang gunakan.

    Di Malaysia, terdapat banyak haiwan berbisa yang boleh terus hidup dalam air seperti ular kecil, labah-labah, kala jengking, lipan dan sebagainya.

    Walaupun haiwan seperti ini berada jauh dari si kecil anda, jangan ambil mudah ya?

    #5. Risiko penyakit

    Akhir sekali, kolam mini yang dibuat dari plastik dan bersaiz sekitar 3 ke 5 kaki per diameter serta pelbagai lapangan air dikaitkan dengan penyebaran recreational water illnesses (RWIs).

    Buat anda yang belum tahu, ia adalah penyakit bawaan kuman yang berbahaya seperti E.coli, Shigella dan Crypto (Cryptosporidium).

    Akibatnya, ia akan menyebabkan kondisi kesihatan kepada si kecil seperti sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah dan lain-lain simptom.

    anak mandi kolam

    Apa yang ibu bapa boleh buat?

    Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa swimming pool mini yang boleh diletakkan di sekitar kawasan lapang rumah anda itu adalah berbahaya buat si kecil.

    Kami tidak kata yang anak kalian tidak boleh berekreasi di situ namun langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

    Cuma kalian perlu pastikan terlebih dahulu jika air di dalam kolam itu selamat dan ditukar setiap kali ingin menggunakannya atau selepas habis mandi bagi mengelakkan risiko penyakit.

    Akhir kata, ibu bapa perlu sentiasa pastikan anak mandi kolam dalam pengawasan, okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan