10 Tabiat Baik Perlu Diajar Kepada Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/12/2018 . 3 minit bacaan
Share now

Sebagai ibu bapa, lebih banyak genetik yang akan diturunkan kepada anak anda. Malah tabiat yang sering anda lakukan juga, pasti akan menjadi ikutan – baik dan buruk.

Tunjukkan kepada anak anda bahawa anda mengambil berat tentang mereka dengan menunjukkan contoh teladan, ikutan dan tabiat yang baik buat mereka.

Berwarna-warni

Makan makanan yang bukan sahaja menarik untuk dilihat – ia juga mempunyai manfaat kesihatan. Berwarna-warni tidak semestinya memerlukan bahan pewarna. Sebagai ibu bapa anda harus berusaha untuk memasuki buah-buahan dan sayur-sayuran dari pelbagai warna ke dalam hidangan harian untuk mereka.

Sarapan pagi

Tanamkan rutin waktu makan biasa di zaman kanak-kanak dapat membantu menjadikannya satu kebiasaan yang baik apabila mereka dewasa. Ajarkan mereka tentang kepentingan sarapan pagi membantu:

  • Mengaktifkan otak dan tenaga
  • Membantu menjadikan mereka kuat
  • Menghalang penyebaran penyakit kronik

Tanpa bersarapan, anak anda akan berdepan dengan 4 kali kemungkinan menjadi obesiti. Serat tinggi yang terdapat dalam kebanyakan bijirin sarapan pagi dapat membantu mengurangkan risiko diabetes dan penyakit jantung, namun tetap perhatikan kandungan gulanya.

Aktiviti fizikal

Bukan semua kanak-kanak gemarkan aktiviti fizikal. Tetapi jika anak anda melihat anda aktif, mereka juga pasti akan berminat untuk menjadi aktif dan mencari aktiviti yang menyeronokkan.
Jika anak anda tidak menemui aktiviti yang mereka gemari, dorong dan berikan semangat buat mereka untuk terus mencuba dan cuba untuk aktif bersama mereka. Tunjukkan pelbagai aktiviti seperti berenang, memanah, atau gimnastik.

Sentiasa aktif

Cuba pastikan anak anda dan anda tidak hanya membuang masa melepak dan menonton televisyen semata. Kanak-kanak yang menonton televisyen lebih 1-2 jam sehari berdepan risiko untuk mendapat pelbagai masalah kesihatan, termasuk:

  • Prestasi tidak memberangsangkan di sekolah
  • Masalah tingkah laku, termasuk gangguan emosi, sosial dan perhatian
  • Berat badan berlebihan
  • Waktu tidur tidak teratur
  • Kurang bermain.

Membaca buku

Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran yang penting untuk anak anak di sekolah nanti dan untuk bekerja kemudian hari. Membaca dapat membantu membina keyakinan diri dan hubungan sosial anak anda dengan individu lain. Disarankan untuk menjadikan tabiat membaca sebagai aktiviti rutin anak anda. Ia boleh dimulakan seawal anak anda berusia 6 bulan.

Minum air

Sentiasa menyampaikan mesej, “Air adalah baik dan sihat, minuman berkarbonat tidak sihat”. Walaupun anak anda mungkin tidak memahami alasan mengapa minuman berkarbonat atau air yang terlalu banyak gula tidak baik untuk kesihatan, anda sebagai ibu bapa boleh mencuba untuk membantu anak anda memahaminya dengan menerangkan sebab mengapa gula yang banyak berbahaya untuk kesihatan.

Perhatikan label

Anak anda, kebiasaannya yang sudah remaja, pasti akan mementingkan label pada pakaian mereka. Ajarkan kepada mereka bahawa melihat label nutrisi makanan adalah lebih penting untuk kesihatan. Tunjukkan kepada mereka beberapa bahagian penting dalam label makanan seperti:

  • Kalori
  • Lemak tepu dan lemak trans
  • Kandungan gula

Makan malam keluarga

Walaupun dengan jadual kerja yang sibuk, pastikan anda tetap mencuba untuk meluangkan masa untuk menikmati makan malam keluarga bersama. Keluarga yang dapat makan malam bersama akan dapat merasai beberapa kelebihan, seperti:

  • Ikatan kekeluargaan semakin erat
  • Tingkah laku anak anda lebih mudah dikawal
  • Dapat makan makanan berkhasiat bersama
  • Kurang potensi untuk anak anda obesiti atau berlebihan berat badan
  • Kurang potensi untuk anak anda terlibat dengan penyalahgunaan dadah, alkohol

Memiliki rakan

Mempunyai rakan atau teman adalah sangat penting untuk perkembangan kanak-kanak. Bermain akan mengajar anak anda kemahiran komunikasi, kerjasama, dan penyelesaian masalah. Malah ia turut dapat mempengaruhi prestasi mereka di sekolah. Galakkan anda anda untuk membina persahabatan dan berikannya ruang untuk bermain bersama rakan-rakannya.

Kekal positif

Kanak-kanak sememangnya mudah untuk patah semangat apabila ada perkara yang tidak menjadi atau tidak mendapat apa yang dikehendaki. Bantu mereka untuk belajar kekal positif serta menjadi lebih tabah, sabar dan tidak mudah putus asa, tidak kira apa cabaran yang mereka hadapi.

Anda mungkin berminat pada topik:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apa yang Patut Anda Tahu Tentang Susu Ibu Perahan

    Susu ibu perahan ialah susu yang dikeluarkan daripada payudara anda sama ada melalui perahan tangan atau alat pengepam. Setelah susu anda diperah, ia boleh disimpan ke dalam peti sejuk untuk bayi anda minum kemudian ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 05/04/2018 . 2 minit bacaan

    Bagaimana Untuk Berjaya Menyusu Badan

    Tahukan anda manfaat susu ibu? Susu ibu bukan sahaja mempunyai nutrisi yang mencukupi tetapi juga lebih mudah dihadam bayi anda. Apa yang lebih penting lagi, ia dapat meningkatkan sistem imun anak anda dengan baik ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 05/04/2018 . 3 minit bacaan

    4 Ways to Help You Get Pregnant Faster

    While some pregnancies come by surprise, some may take a lot of time and effort. If you are having difficulty conceiving, have a look at these 5 tips

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Phuong Tran
    English 16/11/2016 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    marah

    Anger Management Tips

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 28/03/2019 . 3 minit bacaan
    keluarga bahagia

    Jangan Marah Anak. Ini 7 Cara Agar Anak Mendengar Kata

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/11/2018 . 2 minit bacaan
    bayi baru lahir

    Pantang Larang Sewaktu Menziarahi Bayi Baru Lahir

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 17/07/2018 . 4 minit bacaan
    marah

    Petua Mengawal Marah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh JX Chan
    Diterbitkan pada 06/04/2018 . 2 minit bacaan