home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Sarapan Pagi Anak Anda: 6 Tip Menaikkan Selera

Sarapan Pagi Anak Anda: 6 Tip Menaikkan Selera

Umum mengetahui sarapan adalah hidangan yang paling penting dalam seharian. Sarapan dapat membantu membekalkan tenaga untuk anak anda seharian. Lagipun sarapan yang sihat boleh membantu anak anda mengelakkan obesiti, menstabilkan emosi dan membolehkan anak anda fokus di dalam kelas. Tapi bagaimana anda boleh menerapkan kefahaman tentang kepentingan sarapan ini kepada anak anda? Berikut merupakan 6 idea untuk menarik minat anak anda untuk bersarapan.

Pelbagaikan sarapan setiap hari

Sarapan yang sama setiap hari akan membuatkan anak anda merasa jemu. Kanak-kanak lebih gemar makan sesuatu yang ringkas tetapi sedap. Sebagai contoh, anda boleh menyediakan mereka semangkuk bijirin pada hari ini, semangkuk sup pada hari esok dan sepinggan lempeng pada hari berikutnya. Kadangkala anda juga boleh berikan anak anda makanan luar negara untuk mereka cuba. Luangkan masa bersama anak anda untuk meneroka aneka sarapan di seluruh dunia dan buat satu senarai sarapan yang anak anda ingini. Mempelbagaikan sarapan membuatkan anak anda ternanti-nanti dan tertanya-tanya menu sarapan.

Kejutkan anak anda sedikit awal

Kanak-kanak kebiasaannya tidak berselera untuk makan sejurus selepas bangun tidur kerana mereka belum merasa lapar. Dinasihatkan untuk mengejutkan anak anda 15 ke 20 minit sebelum bersarapan dan membuat rutin pagi. Selepas menyediakan sarapan, anda boleh meminta mereka untuk mengemaskan bilik tidur mereka atau berjoging 5 hingga 10 minit sementara anda menyediakan sarapan. Aktiviti ini akan menyedarkan badan mereka sepenuhnya.

Mengikut selera anak anda

Hakikatnya, kanak-kanak sangat tidak suka bersarapan. Anda boleh bertanya kepada anak anda apa yang mereka inginkan untuk sarapan. Namun anda perlu mengingatkan mereka untuk mengawal pengambilan gula pada waktu pagi agar mereka tidak meminta coklat atau biskut yang penuh gula pada waktu pagi.

Meminta mereka makan bersama ahli keluarga yang lain

Ramai ibu bapa yang membiarkan anak mereka bersarapan berasingan dengan ahli keluarga yang lain. Waktu bersarapan harus dijadikan sebagai waktu untuk beramah mesra bersama ahli keluarga. Dengan mempelawa kanak-kanak untuk bersarapan bersama ahli keluarga yang lain, mereka akan lebih tertarik kerana di samping bersarapan, mereka juga dapat bergurau senda dengan ahli keluarga mereka.

Jadi lebih kreatif

Kadangkala, anak anda tidak berselera untuk bersarapan. Oleh itu, anda boleh menarik perhatian mereka dengan memberi mereka sesuatu yang lebih ringan dan senang dijadikan sarapan contohnya segelas susu tak kira susu lembu atau susu soya dan selitkan potongan buah-buahan segar di dalamnya. Resepi ini adalah lebih mudah untuk dibuat dan tidak memerlukan anda untuk memaksa anak anda untuk bersarapan.

Longgarkan peraturan

Bersarapan sambil menonton televisyen atau bermain permainan adalah cara yang baik untuk menarik minat anak anda bersarapan. Anda boleh mengehadkan waktu mereka untuk menonton jika mereka mengambil masa terlalu lama untuk menghabiskan sarapan mereka.

Menyediakan sarapan sebenarnya mudah asalkan anda membuat pilihan yang tepat. Sarapan sepatutnya bergantung kepada kondisi anak, status kewangan serta pendekatan yang digunakan. Jelas sekali anda perlu menyediakan kombo sarapan yang mengandungi serat, protein, kalsium serta lain-lain nutrisi asalkan kurang kuantiti gula. Melihat anak anda menikmati sarapan dengan gembira membuatkan anda lebih menghargai usaha anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Should I insist that my child eat breakfast? (ages 5 to 8). http://www.babycenter.com/404_should-i-insist-that-my-child-eat-breakfast-ages-5-to-8_71196.bc. Accessed November 15, 2016.

15 Ways to Get Your Kids to Eat Better.http://www.parents.com/kids/nutrition/healthy-eating/get-your-kids-to-eat-better/. Accessed November 15, 2016.

Breakfast Ideas for Kids: Best Ways to Start the Day. http://www.whattoexpect.com/toddler-nutrition/breakfast-ideas-for-kids.aspx. Accessed November 15, 2016.

How to Make Vegetable Smoothies Your Kids Will Love! https://easyhealthysmoothie.com/kids-healthy-smoothies/. Accessed 2 Mar 2017.

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 27/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x