Minggu demi minggu

Penjagaan Bayi Minggu ke-41

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Perkembangan & Pelakuan

Perkembangan bayi anda

Bayi anda baru sahaja mula memahami banyak perkataan dan frasa mudah, jadi adalah sangat penting bercakap dengannya. Berikan bayi anda dorongan dengan pola percakapan yang baik dengan mengulangi perkataan mereka kembali dengan menggunakan bahasa orang dewasa. Jika mereka meminta “bah-bah” sebagai contoh, anda perlahan-lahan boleh mengukuhkan sebutan yang betul dengan bertanya, “Sayang nak botol?”. Pada peringkat ini, adalah lebih baik untuk mengelakkan  kecenderungan menggunakan percakapan bayi – ia mungkin menyeronokkan, tetapi mendengar perkataan yang betul adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda.

Walaupun anda mungkin merasa bodoh, berbual dengan bayi anda adalah cara yang baik untuk menggalakkan kemahiran bahasa mereka. Apabila mereka mengucapkan perkataan yang meraban, anda perlu bertindak balas dengan “Ya, betulkah? Menariknya “. Mereka mungkin akan tersenyum dan menyambung bebelan.

Pada minggu pertama bulan kesepuluh, bayi anda mampu untuk:

  • Berdiri sambil berpegang pada seseorang atau sesuatu;
  • Berdiri daripada kedudukan duduk;
  • Membantah jika anda cuba mengambil mainannya;
  • Mengatakan “mama” atau “dada” tanpa membezakannya;
  • Bermain acah-acah;
  • Bertukar gerak isyaratdengan anda.

Sokongan untuk bayi anda

Komunikasi dengan bayi anda adalah cara yang terbaik untuk membantu perkembangan mereka. Adalah penting untuk menamakan objek yang mereka tunjukkan – atau anda sendiri menunding nama objek – untuk membantu mereka belajar nama-nama benda.

Terangkan pada bayi anda langkah demi langkah tentang apa yang anda lakukan. Sewaktu anda memasukan mereka ke dalam kereta sorong, anda boleh mengatakan “Nah, masuk dalam kereta sorong. Sekarang, pakai tali pinggang. Okay, jom pergi ke taman”. Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak, menunjukkan tindakan yang berkait dengan perkataan seperti melambai tangan apabila mengatakan selamat tinggal dan bermain mainan untuk mengenal pasti kata kunci dan frasa.

Pada peringkat ini adalah lebih baik untuk cuba mengelakkan kecenderungan menggunakan percakapan bayi – ia mungkin menyeronokkan, tetapi mendengar perkataan yang betul adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda.

Kesihatan & Keselamatan

Apa yang perlu saya bincangkan dengan doktor saya?

Kebanyakan doktor tidak menjadualkan pemeriksaan yang kerap untuk bayi anda bulan ini. Hubungi doktor jika terdapat sebarang kebimbangan yang tidak boleh anda tunggu sehingga temu janji seterusnya.

Apakah yang perlu saya tahu?

Anda perlu mengambil perhatian terhadap apnea tidur pada peringkat ini. Apnea tidur adalah gangguan tidur di mana bayi anda terhenti pernafasan buat sementara waktu dan secara berkali-kali semasa mereka sedang tidur. Ia berpunca daripada apa sahaja yanga boleh menyekat saluran pernafasan atas mereka atau menghalang mereka daripada bernafas dengan betul. Sama ada adenoids dan tonsil, kerap jatuh sakit, alahan, dagu surut, lelangit sumbing, atau masalah sistem saraf. Bayi pramatang dan bayi dengan keadaan seperti cerebral palsy dan sindrom Down mempunyai risiko yang lebih tinggi. Semasa tidur, bayi dengan apnea tidur mungkin berdengkur dengan kuat, termegah-megah, atau batuk, mereka juga mungkin mempunyai masalah pernafasan atau mengambil jeda panjang antara nafas, kelihatan resah atau banyak berpeluh. Kanak-kanak dengan apnea juga mungkin terbangun sekejap beberapa kali sepanjang malam dan seperti kekurangan tidur pada siang hari.

Disebabkan apnea tidur yang tidak dirawat boleh membawa kepada komplikasi kardiovaskular dan masalah dengan pembelajaran dan tingkah laku, anda perlu berbincang dengan doktor bayi anda. Jika tonsil atau adenoids yang menyebabkan masalah, pembedahan kadangkala disyorkan. Doktor anda mungkin mengesyorkan kajian tidur semalaman untuk membantu mendiagnosis punca masalah.

Kerisauan Saya

Apa yang saya risaukan?

Pada minggu pertama bulan kesepuluh, bayi anda akan mempunyai beberapa tabiat termasuk menghantuk kepala, mengayunkan kaki dan berguling. Anda tidak boleh memaksa bayi untuk melepaskan salah satu tabiat ini sebelum mereka bersedia, tetapi tip berikut mungkin boleh memudahkan anda dan bayi anda hidup dengan tabiat tersebut dan akhirnya memudahkan mereka meninggalkannya:

  • Anda boleh mendokong dan mendodoi bayi anda lebih kerap
  • Berikan aktiviti rutin lain yang lebih sesuai seperti: mendukung mereka di kerusi goyang atau menunjukkan mereka bagaimana untuk menggunakan kerusi goyang saiz mereka; memberikan mereka satu atau lebih alat mainan yang boleh menghasilkan bunyi  atau bermain permainan tangan dengan bayi
  • Banyakkan masa bayi anda bermain secara aktif di siang hari.
  • Wujudkan rutin tidur yang menenangkan termasuklah dengan pelukan, urutan, dan mungkin dengan mendodoi sedikit walaupun bukan sehingga tertidur).
  • Jika bayi anda biasanya menghantuk kepala dalam katil bayi mereka, letakkan mereka di bawah sehingga mereka tenang
  • Jika bayi anda menghantuk kepala dalam katil bayi mereka, kurangkan bahaya dengan meletakkan kotak katil tersebut di atas permaidani tebal dan keluarkan roda penggerak katil. Periksa kotak katil bayi untuk sebarang kelonggaran skru.

Bagaimanakah perkembangan bayi anda pada minggu 42?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Share now :

Tarikh Reviu: 13/04/2018 | Kali terakhir kemaskini: 26/07/2019

Rujukan

Artikel lain untuk anda

penyusuan susu ibu

Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
kesan gigitan pepijat

Badan Gatal-gatal Kena Gigit Pepijat? Macam Mana Nak Atasi Masalah Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 29/09/2020 . 4 minit bacaan
tidak hamil

5 Sebab Mengapa Tak Hamil Walaupun Ada Ovulasi, Para Wanita WAJIB Ambil Tahu Jika Nak Anak!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
bakteria dalam perut

Kanak-kanak 11 Tahun Maut Akibat Alahan Makanan, Bakteria Dalam Perut Adalah Puncanya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Usah Risau, Pesakit Talasemia Boleh Kekal Sihat! Ikuti 5 Tip Ini Untuk Kawal Penyakit Anda!

Individu yang menghidap penyakit talasemia mungkin sukar untuk kekal sihat. Namun, tidak mustahil untuk mereka jalani hidup yang berkualiti.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Pusat Kesihatan, Anemia 29/09/2020 . 3 minit bacaan

Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

Apa yang menarik dengan minuman kopi? Tahukah anda, jika datuk dan nenek anda minum kopi, ia mungkin membantu mengurangkan risiko nyanyuk dan parkinson!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

Buat anda yang belum tahu, teknik cosplay dan roleplay adalah antara tip hubungan seks yang terbaik! Jom klik untuk tahu mengenainya lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

Rutin harian kini merangkumi banyak penggunaan telefon seperti menghantar mesej dan lain-lain. Tapi, jika sampai menyebabkan gangguan tidur, bagaimana?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Tidur 28/09/2020 . 3 minit bacaan