Minggu demi minggu

Jangka Hayat Bayi Pramatang Kini Meningkat. Ibu Dan Ayah Tidak Perlu Bimbang!

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Bayi kelahiran pramatang mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi berbanding bayi yang dilahirkan pada masanya.

Bagi para ibu yang melahirkan bayi pramatang, mereka bukan sahaja bergelut dengan kepenatan proses kelahiran, malah dengan tekanan emosi dan psikologi menghadapi bayi yang memerlukan bantuan khusus di hospital.

Dan timbul juga pertanyaan, bagaimana dengan jangka hayat mereka?

Adakah bayi yang dilahirkan pramatang dijangkakan akan hidup dengan jangka hayat yang lebih pendek atau sama sahaja seperti kelahiran biasa?

Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jangka hayat bayi pramatang.

Apa itu kelahiran pramatang?

Kehamilan ideal biasanya berlangsung sehingga 40 minggu.

Kelahiran antara 37 dan 42 minggu masih dikategorikan kelahiran cukup bulan sementara kelahiran pramatang ialah kelahiran sebelum usia 37 minggu.

Seramai 15 juta bayi dilahirkan pramatang setiap tahun, iaitu lebih kurang 1 daripada 10 bayi di seluruh dunia dengan 60% daripadanya di Afrika Selatan dan Asia Tenggara.

Bayi dianggap mampu hidup di luar rahim antara usia 22-24 minggu.

Pun begitu, bayi yang dilahirkan seawal 24 minggu pada umumnya memerlukan banyak bantuan perubatan termasuklah pengudaraan mekanikal dan rawatan invasif yang lain disamping perlu menetap dalam unit rawatan intensif neonatal (NICU).

kelahiran pramatang

Anda mungkin berminat:

Di tangan pakar yang berpengalaman, bayi yang dilahirkan lebih awal mungkin mempunyai peluang untuk hidup.

Bayi yang dilahirkan pada usia 23 minggu dapat bertahan dalam NICU yang canggih, tetapi kemungkinan hidup lebih rendah.

Kemungkinan hidup bertambah dengan usia kehamilan.

Oleh itu, bayi pramatang yang dilahirkan lebih kurang 37 minggu akan lebih baik daripada yang dilahirkan sebelum 28 minggu.

Jangka hayat bayi pramatang

Dalam sebuah penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association, kajian mendapati mereka yang dilahirkan pramatang mempunyai risiko kematian 38% lebih tinggi berbanding mereka yang dilahirkan normal sewaktu usia awal dewasa.

Penyelidik di Universiti Stanford mengkaji 674,000 bayi Sweden yang lahir daripada tahun 1973 hingga 1979, dan mendapati bahawa 5% dilahirkan pramatang.

Para penyelidik kemudian mengawasi kanak-kanak ini sehingga mereka berusia 29 hingga 36 tahun.

Peningkatan risiko kematian pada usia awal kanak-kanak telah pun diketahui daripada penyelidikan terdahulu.

Iaitu dengan risiko kematian sebanyak 59% pada usia awal kanak-kanak (antara umur 1 dan 5), berbanding dengan bayi yang dilahirkan normal.

Mereka juga mungkin mempunyai masalah kecacatan jantung, masalah pernafasan dan endokrin.

bayi

Tetapi kajian Stanford ini merupakan yang pertama untuk mengesan risiko kematian pada peringkat awal dewasa.

Ini berikutan tiada peningkatan risiko yang ketara antara umur 18 hingga 36 tahun. Jangka hayat mereka dijangkakan tidak terkesan setelah dewasa.

Risiko kematian dipercayai berkurang dari masa ke masa. Namun begitu, hasil kajian terbaru ini menunjukkan bahawa peningkatan risiko kematian muncul semula pada usia awal dewasa.

Walaupun penemuan ini mungkin merisaukan,  jangka hayat bayi pramatang adalah lebih lama jika mereka menjalani hidup yang sihat.

Walaupun terdapat peningkatan relatif terhadap risiko kematian awal, penemuan menunjukkan bahawa risiko mutlak kematian pada masa awal dewasa masih rendah: kurang daripada satu dalam 1000 orang.

Apa yang lebih penting adalah untuk mereka yang dilahirkan pramatang atau ibu bapa mereka menyedari faktor risiko ini dan melakukan langkah praktikal.

Penemuan ini menunjukkan bahawa mereka yang dilahirkan pramatang perlu terus diawasi pakar kesihatan sehingga usia dewasa.

Mereka juga harus mengekalkan gaya hidup sihat, makan dengan baik, bersenam secara teratur dan mengelakkan obesiti dan merokok.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Share now :

Tarikh Reviu: 04/06/2018 | Kali terakhir kemaskini: 24/07/2020

Artikel lain untuk anda

penyakit mata kuning jaundis

Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
garis hitam

Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
masalah menstruasi wanita

Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
warna air mani

7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Mahu Anak Yang Bijak? Ibu Cuba Lakukan 9 Rangsangan Ini Pada Si Manja, Baik Untuk Otak

Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak bijak, kan? Ada cara yang boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan otak bayi, confirm cerdik selepas ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 14/01/2021 . 3 minit bacaan

Tanpa Ubat, Atasi Sakit Belakang Semasa Mengandung Dengan 3 Teknik Regangan Ini!

Anda kerap mengalami sakit belakang semasa mengandung? Tenang, apa kata kalian cuba 3 teknik regangan yang boleh membantu melegakannya ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kehamilan, Penjagaan Ibu 07/01/2021 . 3 minit bacaan

Bayi Kerap Menangis Kerana Ada Gangguan? Ini Penjelasan Saintifik & 17 Cara Pujuk Si Manja

Bayi kerap meragam selalu dikaitkan dengan ‘gangguan’ tapi benarkah? Pakar kata bayi menangis kerana masalah kolik bayi. Ikuti penjelasannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 30/12/2020 . 3 minit bacaan

Periksa Rahim Melalui Faraj, Ini Cara Doktor Lakukan Scan TVS Ultrasound Transvaginal

Apa itu ujian ultrasound transvaginal? Bunyi seperti menyakitkan. Artikel akan perjelaskan keperluan scan melalui faraj yang melibatkan masalah kesihatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/12/2020 . 3 minit bacaan