backup og meta

Hati-Hati Dengan 8 Tanda Kelahiran Pramatang Ini! Ramai Ibu Terlepas Pandang

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/07/2022

    Hati-Hati Dengan 8 Tanda Kelahiran Pramatang Ini! Ramai Ibu Terlepas Pandang

    Kelahiran pramatang berlaku apabila tubuh anda mula bersedia untuk melahirkan bayi tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin anda. Kehamilan cukup bulan sepatutnya berlangsung sehingga 40 minggu usia kehamilan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Apakah yang meningkatkan risiko kelahiran pramatang

    Risiko kelahiran tidak cukup bulan berbeza bergantung kepada keadaan. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko anda untuk bersalin pramatang, seperti:

    • Merokok
    • Berat badan berlebihan atau kurang berat badan sebelum hamil
    • Penjagaan pranatal yang tidak baik
    • Mengambil alkohol semasa hamil
    • Mengalami keadaan kesihatan, seperti tekanan darah tinggi, preeklampsia, diabetes, gangguan pembekuan darah, atau jangkitan
    • Mengandungkan bayi yang mempunyai kecacatan kelahiran tertentu
    • Hamil dari hasil persenyawaan in vitro (IVF)
    • Mengandung kembar dua atau lebih
    • Mempunyai sejarah keluarga yang bersalin pramatang
    • Mengandung terlalu awal selepas kelahiran terdahulu

    Simptom

    kelahiran pramatang

    Semasa kehamilan, anda perlu mengesan simptom berikut secepat mungkin:

    • Sakit belakang, selalunya pada bahagian bawah belakang (pinggang). Ini mungkin berlaku sekejap-sekejap atau berterusan, tetapi ia tidak akan lega sehingga anda menukar posisi atau melakukan sesuatu yang menyelesakan anda.
    • Kontraksi setiap 10 minit atau lebih kerap.
    • Kejang pada bawah abdomen atau seperti sakit senggugut. Ini boleh rasa seperti sakit angin yang boleh diikuti dengan cirit-birit.
    • Keluar cecair dari faraj.
    • Simptom seperti flu, contohnya loya, muntah, atau cirit-birit. Hubungi doktor anda walaupun jika anda mengalami kes ringan. Jika simptom berlanjutan selama lebih 8 jam, anda mesti berjumpa dengan doktor.
    • Tekanan dalam pelvis atau faraj meningkat.
    • Pengeluaran lendir faraj meningkat.
    • Pendarahan faraj, termasuklah pendarahan ringan.

    Bila anda perlu jumpa doktor

    Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom kelahiran pramatang, anda disarankan untuk menghubungi doktor anda dengan segera.

    Komplikasi

    kelahiran pramatang

    Jika kelahiran pramatang tidak boleh dihentikan, bayi anda akan lahir tidak cukup bulan. Ini boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan, seperti bayi lahir dengan rendah berat badan, mengalami kesukaran pernafasan, organ tidak terbentuk sempurna dan masalah penglihatan. Kanak-kanak yang lahir pramatang juga mempunyai risiko lebih tinggi dalam ketidakupayaan pembelajaran dan masalah tingkahlaku.

    Pencegahan

    Cuba tip berikut untuk membantu merendahkan peluang kelahiran pramatang:

    • Tepati jadual pemeriksaan penjagaan pranatal. Ini boleh membantu doktor untuk memantau kesihatan anda dan bayi dengan kerap.
    • Ikuti diet sihat. Semasa hamil, anda memerlukan lebih asid folik, kalsium, zat besi dan nutrien penting lain.
    • Elakkan bahan berisiko. Jika anda merokok, anda perlu berhenti dengan segera kerana merokok boleh menjadi pencetus kelahiran pramatang.
    • Pertimbangkan untuk menjarakkan kehamilan. Kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara jarak kehamilan yang kurang daripada enam bulan dengan peningkatan risiko lahir pramatang.
    • Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan ubat atau teknologi bantuan reproduktif (ART).

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan