backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

4 Sebab Kita Perlu Amal Gaya Hidup Sihat, Yang Pertama Paling Ramai Suka!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 22/11/2022

    4 Sebab Kita Perlu Amal Gaya Hidup Sihat, Yang Pertama Paling Ramai Suka!

    Kita sering mendengar tentang kepentingan gaya hidup sihat kepada remaja, belia, remaja dan semua lapisan atau golongan masyarakat di kaca televisyen, majalah mahupun corong radio.

    Ada yang berkata amalan hidup sihat ini adalah pemakanan sihat.

    Ada juga menyentuh soal senaman dan aktiviti fizikal.

    Tidak kurang juga menyarankan kita mengelakkan diri daripada tabiat dan pemakanan yang kurang sihat.

    Ia seolah-olah sudah menjadi satu rutin untuk mendengar istilah tersebut.

    Tetapi, pemahaman mengenai kenapa gaya hidup sihat itu penting tidak begitu bagus.

    Buktinya, rakyat Malaysia masih lagi mencatatkan angka obesiti yang tinggi dan aktiviti fizikal yang rendah.

    Pernahkah anda terfikir mengapa kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat? Ikuti artikel ini sehingga akhir.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

    Apa kepentingan gaya hidup sihat dalam kehidupan?

    1. Mengawal berat badan agar terkawal

    kepentingan gaya hidup sihat

    Berat badan adalah salah satu parameter penting untuk menilai kesihatan seseorang secara am.

    Dalam bahasa mudahnya, berat yang sihat atau normal bermakna kesihatan anda lebih baik.

    Sebaliknya, berat badan berlebihan membawa kepada lebih banyak risiko kesihatan.

    Piramid makanan adalah panduan asas yang baik dalam merancang diet yang seimbang dan sihat. Jangan melangkau waktu makan terutamanya sarapan kerana ia akan membuatkan anda makan lebih kerap dan banyak.

    Dalam masa yang sama, amalkan aktiviti fizikal sederhana selama 150 minit seminggu.

    Pemakanan dan aktiviti fizikal adalah kunci untuk mengawal berat badan.

    2. Memberikan mood yang lebih baik

    Apabila badan dalam keadaan yang sihat, sistem badan secara automatik akan berfungsi dengan lebih baik termasuklah emosi dan juga mood.

    Sejenis hormon bernama endorfin dilepaskan semasa aktiviti fizikal.

    Hormon ini membuatkan seseorang berasa gembira dan tenang.

    Selain itu, keadaan fizikal yang sihat tentunya akan menambah keyakinan diri.

    Bersosial juga merupakan gaya hidup sihat yang membantu menjadikan kehidupan lebih sempurna dan bermakna.

    Kepentingan gaya hidup sihat 3. Mencegah diri dari penyakit

    Menurut Hippocrates, “Semua penyakit bermula daripada perut.”

    Meskipun kata-kata Bapa Perubatan itu tidak sepenuhnya tepat, namun ia sangat masuk akal.

    Pemakanan yang tidak dijaga secara jelas meningkatkan risiko penyakit-penyakit utama.

    Ini termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

    Daripada semua penyakit ini, semua organ di dalam badan boleh terjejas termasuk keadaan mental.

    Pastikan anda menjalani pemeriksaan kesihatan berkala setiap tahun.

    Percayalah, mencegah lebih baik daripada merawat.

    4. Memanjangkan usia dan kekal sihat

    kepentingan gaya hidup sihat

    Ajal di tangan Tuhan. Dalam masa yang sama, Tuhan juga memerintahkan agar kita hidup dalam keadaan yang sihat.

    Jika badan dalam keadaan sihat dan tiada penyakit kronik yang serius, sudah pasti, dari sudut sains, jangka hayat akan meningkat.

    Diabetes misalnya, mengurangkan jangka hayat selama 6 tahun menurut Journal of American Medical Association (JAMA) dan jika terkait dengan penyakit jantung, jangka hayat berkurang sebanyak 12 tahun.

    Gaya hidup yang sihat adalah langkah terbaik dalam menjalani kehidupan bebas penyakit.

    Bukan sahaja kesihatan akan meningkat, produktiviti, ekonomi dan kemakmuran negara juga turut berkembang.

    Jadi, anda kini sudah tahu akan kepentingan gaya hidup sihat! Mulakan langkah hari ini. Biar sedikit asalkan ada.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 22/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan