Memasuki usia baligh, para remaja perlu menghadapi pelbagai cabaran dalam aspek fizikal juga mental. Remaja kemurungan merupakan masalah yang paling serius yang muncul pada usia muda.
Untuk mengatasi masalah ini, sokongan daripada ibu bapa amat penting. Bagaimana untuk menyokong mereka?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda juga boleh klik di sini.
Bina hubungan yang kuat antara ibu bapa dan anak-anak
Hubungan kekeluargaan yang rapat boleh membantu mencegah remaja kemurungan. Untuk usaha itu, ibu bapa boleh:
- Berbual setiap hari bersama anak-anak
- Berkongsi perasaan ataupun rahsia dengan mereka
- Memberikan galakan dan pujian
- Memberi maklum balas jika mereka berkelakuan tidak baik dengan cara yang positif
Galakkan remaja untuk meluaskan perhubungan
Persahabatan atau sokongan sosial juga memainkan peranan penting dalam mencegah dan mencegah anak kemurungan dalam usia muda.
Biarkan anak anda menggunakan masa bersama sahabat baik mereka, menyertai kelab-kelab, turut serta dalam pasukan sukan atau khidmat masyarakat.
Semua aktiviti ini boleh meningkatkan keyakinan diri mereka dan menajamkan kemahiran mereka.
Bagi hubungan percintaan pula, beri nasihat, bimbingan dan dorongan.
Tekanan yang dialami dari masalah percintaan juga boleh menjadi faktor penyumbang dalam masalah kemurungan di usia muda.
Biarkan remaja terikat dengan aktiviti fizikal
Aktiviti-aktiviti fizikal telah terbukti berkesan dalam mengurangkan kegelisahan dan kemurungan.
Sejam aktiviti setiap hari adalah sangat disyorkan.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bermula dari yang ringan seperti berjalan, berjoging, sehingga ke aktiviti berat seperti memanjat gunung atau mengangkat berat adalah sangat digalakkan.
Hadkan penggunaan alat elektronik
Waktu menghadap skrin boleh menjejaskan kualiti tidur dan juga mengambil masa dari aktiviti kehidupan sebenar yang lain.
Tambahan pula, jaringan sosial dan penggunaan internet membuatkan anak anda lebih cenderung kepada pembuli siber.
Selain itu, terlalu terdedah kepada karakter ideal dalam drama atau filem membuatkan mereka mudah kecewa dengan kehidupan realiti.
Keganasan atau kandungan negatif di internet juga adalah berisiko.
Ia boleh jadi contoh watak yang jahat atau ia boleh membina rasa takut kepada masyarakat yang jahat dalam pemikiran mereka.
Semua faktor ini boleh membawa atau memicu kepada masalah remaja kemurungan.
Bina rutin tidur yang sihat
Selepas seharian belajar, tidur malam yang lena membantu dalam memulihkan fizikal dan mental anak anda.
Kurang tidur boleh meningkatkan risiko kemurungannya.
Kajian menunjukkan bahawa mereka yang masuk tidur awal adalah kurang mendapat kemurungan.
Remaja wajar dapatkan rawatan dari pakar
Jika anak anda menunjukkan sebarang tanda tanda kemurungan, walau sekecil mana sekalipun, hubungi doktor anda secepat mungkin.
Jika sudah mendapatkan pertolongan profesional dan simptom yang ditunjukkan seperti berkurangan, kekalkan terapi yang dijalankan.
Terapi sikap kognitif adalah terapi berasaskan keluarga yang sangat bermanfaat untuk mereka yang mengalami kemurungan disebabkan perkara yang berkait dengan sejarah keluarga.
Sepanjang terapi ini, pakar mental akan memberikan maklumat tentang bagaimana untuk:
- Memahami sepenuhnya perihal remaja kemurungan
- Mengetahui kesan anak kemurungan dalam pelbagai aspek kehidupan
- Menghilangkan tekanan dengan cara yang paling berkesan
- Berkomunikasi atau berkongsi perasaan dengan orang lain
[embed-health-tool-child-growth-chart]