backup og meta

Mama Risau Anak Dah Start Bercouple? Tenang, Cuba Ikut Petua Ini

Mama Risau Anak Dah Start Bercouple? Tenang, Cuba Ikut Petua Ini

Apabila anak bercinta, pastinya anda akan berasa bimbang, bukan? Ini kerana bagi ibu bapa, anak akan sentiasa dianggap seperti si kecil yang perlu dilindungi.

Jadi bagaimana untuk ibu bapa berdepan dengan situasi anak ingin bersama seseorang?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Anak bercinta?

Sebagai ibu bapa, kita pastinya mahukan anak untuk sentiasa berada dekat di hati

Kita akan sentiasa mahu melindungi mereka dengan apa jua cara bagi memastikan mereka tetap sihat dan bahagia, betul tak?

Memikirkan ada individu yang mungkin menyakiti mereka secara fizikal atau emosional pastinya agak menakutkan.

Namun pada hakikatnya, kita tidak akan boleh sentiasa melindungi mereka.

Hati yang kecewa dan terluka semasa fasa percintaan atau couple adalah sesuatu tidak mungkin dapat dielakkan.

Bahkan, ia adalah proses perkembangan yang perlu dilalui oleh anak bagi mendewasa dan mematangkan diri mereka.

Kebanyakan ibu bapa pasti tidak bersetuju apabila memikirkan anak bercinta dan mungkin melarangnya. Namun berhati-hatilah.

Pada fasa ini, anak remaja anda yang akan bercinta akan menjadi lebih sensitif.

Jika anda tidak mengizinkan anak untuk bersama dengan seseorang, ia perlu dilakukan dengan cara yang berhikmah atau kesannya akan menyebabkan hubungan kalian terjejas.

Anak bercinta: Tip untuk ibu ayah

Kawal tingkah laku anak ketika bercinta.
Kawal tingkah laku anak ketika bercinta.

Hello Doktor ada 6 panduan yang boleh membantu ibu bapa mendepani situasi tersebut.

#1. Terbuka dengan perkembangan anak

Sama seperti memulakan fasa kehidupan baharu, memasuki dunia percintaan adalah sesuatu yang menarik dan juga menakutkan – sama ada untuk anak mahupun ibu bapa.

Seperkara yang perlu anda fahami, percintaan ini atau lebih dikenali sebagai cinta monyet adalah peluang untuk anak lebih mendalami tentang kehidupan. 

#2. Menetapkan peraturan bersama

Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tugas anda untuk menjaga keselamatan anak dan membantu mereka mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menjalani hubungan sihat.

Apabila anak bercinta, mereka memerlukan sedikit peraturan. 

Ia perlulah berdasarkan kesesuaian tingkah laku mereka dan bukannya bergantung pada usia semata-mata.

Berikut antara beberapa peraturan berkaitan aspek keselamatan yang boleh ditetapkan kepada anak yang akan bercinta:

  • Berkenalan dengan mana-mana individu yang akan bercinta dengan anak remaja anda
  • Jadikan janji temu tanpa pengawasan sebagai 1 keistimewaan
  • Mengetahui jadual/perancangan anak 
  • Menetapkan beberapa had yang jelas. Pastikan anak faham bahawa anda perlu mengetahui perincian dengan siapa mereka akan bersama, ke mana hala tujuan dan individu lain yang akan turut berada di sana
  • Tetapkan had umur. Ini penting kerana pastinya anda tidak mahu anak remaja bersama dengan seseorang yang terlalu tua usianya, bukan?
#3. Sentiasa berbual dengan anak

Penting untuk ibu bapa bercakap dengan anak remaja mereka mengenai pelbagai topik berkaitan percintaan, seperti nilai diri, harapan dan tekanan rakan sebaya.

Walaupun mungkin perspektif anda agak ketinggalan, namun sekurang-kurangnya perkongsian itu dapat memulakan perbualan.

Tanyakan kepada anak tentang pandangan mengenai temu janji dan berikan mereka peluang untuk bertanyakan soalan sekiranya ada.

Anda juga boleh berkongsikan pengalaman diri sendiri.

Berbual dan tanya perkembangan semasa anak.
Berbual dan tanya perkembangan semasa anak.
Anak bercinta #4. Penggunaan media sosial

Anda perlu memantau penggunaan teknologi anak.

Walaupun ia merupakan alat penghubung, namun terdapat kemungkinan untuk digunakan dengan cara yang salah.

Perkenalan melalui platform media sosial adalah perkara biasa. Pun begitu, wujud risiko untuk anak berkenalan dengan individu yang tidak sepatutnya. 

Ambil peluang untuk bercakap dengan anak mengenai kesan penyalahgunaan menghantar mesej seperti sexting, media sosial dan aplikasi percintaan lain.

Pastikan anak menyedari bahawa gambar yang dibuang setelah dihantar, mungkin disimpan oleh penerima dan disebarkan. 

#5. Bertemu dengan pasangan anak

Cari peluang untuk bertemu dengan pasangan anak, sama ada lelaki mahupun perempuan. 

Walaupun anak bercinta dengan kawannya yang telah anda kenali bertahun-tahun, tetapi jangan ambil mudah.

Ambil maklum mengenai rancangan mereka untuk keluar: ke mana destinasinya, had waktu dan sebagainya.

Pastikan anak faham apa yang dilakukan bukanlah tanda anda mengongkong, tetapi menunjukkan keprihatinan sebagai ibu bapa.

Berjumpalah dengan pasangan anak.
Berjumpalah dengan pasangan anak.
#6. Bercakap mengenai persetujuan diri

Anak mungkin menolak untuk bercakap mengenai perkara ini, tetapi hakikatnya ia adalah penting untuk dibincangkan apabila mereka ingin bercinta. 

Perkara sebegini tidak akan menjadi topik perbualan yang akan anak borakkan dengan rakan-rakannya. Jadi anda adalah individu sewajarnya untuk memberikan peringatan ini.

Pastikan anak mengetahui bahawa mereka tidak boleh membuat andaian tentang apa yang difikirkan pasangan.

Jika berada dalam keadaan ragu-ragu, minta anak untuk bertanya pada diri sendiri mengenai pilihan yang terbaik.

Pastikan juga anak mengetahui bahawa keadaan dimanipulasi, dijatuhkan secara lisan, serangan seksual atau dijauhkan daripada ahli keluarga atau rakan-rakan adalah petanda hubungan tidak sihat.

Kesimpulannya 

Walaupun anda berasakan diri bersedia apabila anak menyatakan mereka akan bercinta dengan seseorang, namun kegusaran di hati tetap takkan dapat disingkirkan sepenuhnya. 

Paling penting, anda harus sentiasa bertenang terutama jika tiba fasa anak putus cinta. 

Pada masa anda remaja dahulu pun, pastinya pernah melalui fasa cinta monyet juga, betul tak?

Anda pastinya mahu menjadi individu pertama yang dicari anak apabila berdepan masalah, bukan? 

Jadi, cubalah untuk bersikap terbuka dan menyokong anak selagi apa yang dilakukan mereka tidak melampaui batasan. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

When Your Teenage Should Date. https://www.lifehack.org/526968/when-should-your-teenager-start-dating. Diakses November 18, 2024.

Teens and Romantic Relationships. https://childmind.org/article/how-to-help-kids-have-good-romantic-relationships/. Diakses November 18, 2024.

Teen Love. https://kidshealth.org/en/teens/love.html. Diakses November 18, 2024.

Teens: Relationship Development. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=relationship-development-90-P01642. Diakses November 18, 2024.

When To Let Your Teenager Start Dating. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/teen/dating-sex/Pages/When-To-Let-Your-Teenager-Start-Dating.aspx. Diakses November 18, 2024.

Versi Terbaru

18/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Remaja Perempuan Lebih Ramai Dirawat Di Hospital Selepas Cubaan Mencederakan Diri

Remaja Pun Ada Masalah Kesihatan, Jangan Ambil Ringan! Ibu Ayah Sila Alert Terutama No. 5!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan