backup og meta

Titik Perkembangan Anak Dari Umur 6 Hingga 12 Tahun, Mana Satu Sudah Dicapai?

Titik Perkembangan Anak Dari Umur 6 Hingga 12 Tahun, Mana Satu Sudah Dicapai?

Apabila anak bersekolah, pastinya ada ibu bapa yang risau mengenai perkembangan diri mereka. Ini antara titik pencapaian anak bermula daripada pra sekolah hingga 12 tahun.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Anak mula melangkah ke pra sekolah

Membesarkan anak bersekolah boleh menjadi satu pengalaman yang hebat dan menyeronokkan.

Melihat mereka mencuba aktiviti baharu, bersukan dan berada di pentas anugerah kecemerlangan adalah antara impian kebanyakan ibu bapa.

Namun, sebelum tangga kejayaan itu digapai, sudah tentu akan ada halangan yang harus dilalui.

Adakalanya, ia turut disertai dengan kekecewaan dan air mata.

Hakikatnya, pengalaman itu akan membuatkan anda belajar menerima kelemahan dan meraikan kekuatan anak.

Titik pencapaian anak pra sekolah – 12 tahun

Umumnya, titik pencapaian setiap anak adalah berbeza. Mereka mempunyai minat, kebolehan dan personaliti yang berlainan antara satu sama lain.

Pun begitu, berikut antara pencapaian umum yang sering dicapai oleh kanak-kanak prasekolah bermula usia 6 hingga 12 tahun.

anak bersekolah

Fizikal

6 – 8 tahun

  • Tahap tumbesaran anak bersekolah adalah perlahan
  • Perlukan tidur 11 jam setiap malam
  • Kanak-kanak perempuan biasanya lebih matang berbanding lelaki
  • Berlari, melompat, memanjat, mengelongsor dan menari
  • Pandai bermain bola – membaling dan menangkap
  • Kemahiran menulis semakin meningkat
  • Terlibat dalam aktiviti seni
  • Boleh berpakaian dan menanggalkannya dengan sendiri

9 – 12 tahun

  • Kurang jatuh sakit
  • Sangat aktif
  • Mula mengembangkan ciri seks sekunder
  • Berlaku lonjakan pertumbuhan (growth spurt)
  • Peningkatan minat terhadap kemahiran motor lebih spesifik seperti gimnastik atau berbasikal
  • Perkembangan sepenuhnya otot-otot kecil
  • Memperhalusi penulisan
  • Mencuba makanan baharu; mempunyai makanan kegemaran
  • Mampu makan dengan baik tanpa berselerak
Bahasa 

6 – 7 tahun

  • Mampu membezakan analogi berlawanan dengan mudah: gadis-lelaki, lelaki-wanita, terbang-berenang, tajam-tumpul, panjang-pendek, masam-masin dan sebagainya
  • Memahami istilah seperti serupa, perbezaan, permulaan, pengakhiran dan sebagainya
  • Sudah boleh memberitahu masa
  • Anak pra sekolah sudah mampu membaca dan menulis perkataan mudah

8 – 9 tahun

  • Mula menggunakan buku rujukan
  • Selesa membaca dengan kuat
  • Dapat menyesuaikan bahasa dan kosa kata mengikut khalayak, topik atau tujuan
  • Mengembangkan perbendaharaan kata daripada buku teks dan bacaan peribadi
  • Menunjukkan kemahiran mendengar dan mempamerkan bahasa badan 
  • Mahir menggunakan pelbagai ayat mudah dan majmuk dalam kepanjangan berbeza
Intelektual – Kognitif

6 – 8 tahun

  • Bertanyakan soalan lebih kompleks
  • Mahukan jawapan terperinci
  • Menunjukkan minat luar biasa dalam angka
  • Boleh menerima dan memahami peraturan
  • Boleh memberikan tumpuan lebih lama
  • Gemar permainan kad
  • Memahami nilai duit
  • Suka bereksperimen
  • Gemar bermain anak patung, blok dan peralatan

pra sekolah

9 – 12 tahun 

  • Menyedari masalah dan dapat menyelesaikannya
  • Belajar membuat kesimpulan daripada pemerhatian
  • Berminat dengan fakta
  • Menyukai projek berkumpulan seperti sains dan seni
  • Suka membina sesuatu
  • Mengaplikasikan konsep matematik dalam kehidupan seharian
  • Meningkatkan daya ingatan dan pemikiran
  • Menjadi lebih abstrak
Sosial – Emosi

6 – 7 tahun

  • Boleh bekerjasama dan teliti
  • Meminta kebenaran dan mengikut arahan
  • Anak prasekolah suka bermain dalam kumpulan
  • Lebih gemar bermain dengan rakan seusia, biasanya sama jantina
  • Keinginan kuat untuk membantu ibu bapa
  • Dapat menyatakan kemarahan secara lisan berbanding fizikal
  • Kanak-kanak lelaki lebih banyak bergaduh secara fizikal berbanding perempuan

8 – 9 tahun 

  • Lebih tenang dan senyap
  • Bimbang tentang banyak perkara
  • Tidak suka diberitahu apa yang perlu dilakukan
  • Ingin kebebasan
  • Boleh membezakan betul dan salah
  • Memberikan alasan atas kesalahan
  • Mengeluh atas perkara tidak menyenangkan
  • Mula berkawan antara lelaki dan perempuan

10 – 12 tahun

  • Kurang mementingkan diri
  • Menjadi terlalu murung jika mula akil baligh
  • Kerap bertengkar
  • Mudah sensitif
  • Boleh bergaul dengan individu lain
  • Menunjukkan kesetiaan dalam berkawan
  • Ingin berpakaian dan bertingkah laku seperti rakan sebaya
  • Malu menunjukkan rasa kasih sayang pada keluarga secara terbuka
  • Menyedari perkembangan seksual

anak bersekolah

Perkembangan anak bersekolah

Tidak kira baru memulakan alam pra sekolah atau di sekolah rendah, anda akan melihat tahap kemajuan luar biasa daripada aspek pembelajaran. 

Mereka akan berasa gembira ketika pulang daripada sekolah dan menunjukkan apa yang dipelajari, walaupun mungkin hanya seketika.

Perkembangan sosial anak bersekolah juga akan semakin meningkat. 

Jalinan persahabatan yang terjalin lebih utuh dan mula mengembangkan minat serta hobi baharu.

Pun begitu, anda mungkin akan mendengar keluhan daripada anak apabila perlu menyiapkan tugasan sekolah atau saat meminta membersihkan bilik.

Adakalanya, mereka mungkin menonjolkan tingkah laku yang akan menguji kesabaran anda.

Jadi anda harus kekal bertenang ya. 

Keperluan nutrisi

Kanak-kanak sama ada prasekolah atau anak bersekolah rendah memerlukan pengambilan makanan sihat dan snek ringan berkhasiat.

Pada tahap usia 6 hingga 12 tahun, kadar pertumbuhan adalah stabil tetapi perlahan. Biasanya mereka perlu mengambil hidangan yang lebih kerap antara 4 hingga 5 kali sehari, termasuklah snek.

Pada tempoh ini, anak akan mula menetapkan apa yang disukai dan sebaliknya. Ia biasanya dipengaruhi oleh keluarga, rakan serta media elektronik juga internet. 

Pengambilan snek makanan ringan berkhasiat juga penting untuk mendapatkan 1/4 daripada jumlah pengambilan kalori.

Untuk menggalakkan anak pra sekolah makan, mungkin anda boleh mengajak mereka membantu dalam penyediaan makanan.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on Feb 24, 2021 from

https://www.mountsinai.org/health-library/special-topic/school-age-children-development#

https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=the-growing-child-school-age-6-to-12-years-90-P02278

https://www.cde.ca.gov/sp/cd/re/caqdevelopment.asp

https://www.choc.org/primary-care/ages-stages/6-to-12-years/

https://www.cdc.gov/ncbddd/childdevelopment/positiveparenting/middle.html

https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=school-aged-child-nutrition–90-P02280 

https://medlineplus.gov/ency/article/002017.htm

https://www.ccrcca.org/parents/your-childs-growth-and-development 

Versi Terbaru

27/05/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Mengapa Perlu Memperkenalkan Muzik kepada Kanak-kanak Prasekolah?

Kencing Malam Dalam Kalangan Anak Prasekolah: Apa Punca & Tandanya?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/05/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan