backup og meta

Ujian Baru TB Boleh Menyelamatkan Beratus Ribu Kanak-kanak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/07/2020

    Ujian Baru TB Boleh Menyelamatkan Beratus Ribu Kanak-kanak

    Tuberkulosis (TB) adalah jangkitan berterusan (kronik) yang disebabkan oleh bakteria. Ia biasanya menjangkiti paru-paru. Tetapi organ-organ lain seperti buah pinggang, tulang belakang, atau otak juga boleh terjejas. TB paling sering tersebar melalui titisan pernafasan atau batuk. Seseorang kanak-kanak boleh dijangkiti bakteria TB dan tidak mempunyai penyakit aktif.

    Statistik Kanak-kanak Mempunyai TB

    Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan 1 juta kanak-kanak (<15 tahun) kini menderita TB di seluruh dunia, dan 239,000 orang mati pada setiap tahun. Ini adalah anggaran untuk kanak-kanak negatif HIV.

    Kanak-kanak yang mempunyai TB dan yang juga positif HIV apabila mereka mati (iaitu mereka mempunyai jangkitan TB/HIV), dikelaskan di peringkat antarabangsa kerana meninggal dunia akibat HIV.

    Kajian pada tahun 2016 menganggarkan bahawa 67 juta kanak-kanak mempunyai potensi TB.

    Kira-kira 70 hingga 80% kanak-kanak dengan TB mempunyai penyakit di paru-paru mereka (TB pulmonari). Selebihnya dipengaruhi oleh penyakit TB di bahagian lain tubuhnya (TB pulmonari ekstra) .

    Kematian Kanak-kanak Akibat TB

    Kematian kanak-kanak akibat TB boleh dicegah, namun dianggarkan 234,000 kanak-kanak mati akibat TB setiap tahun. Secara global pada tahun 2017, terdapat kira-kira 234,140 kematian daripada TB dalam kalangan kanak-kanak. Berikut anggaran WHO bagi kematian kanak-kanak akibat TB untuk tahun 2017.

    tuberkulosis
    Grafik: tbfacts

    Ujian Baru TB Boleh Menyelamatkan Kanak-kanak

    Para saintis melancarkan cara pemeriksaan kanak-kanak terhadap tuberkulosis yang revolusioner, yang dikatakan akan menghalang beratus-ratus ribu setiap tahun daripada mendapat penyakit berjangkit paling dahsyat di dunia.

    Sebuah pasukan multinasional yang berpusat di Yayasan Tuberkulosis KNCV di The Hague telah membangunkan cara yang mudah untuk menguji sampel najis kanak-kanak di bawah lima tahun.

    Penyelidik di Indonesia dan Ethiopia yang bekerjasama dengan yayasan itu menemui cara menguji najis anak-anak dengan cara yang sama, yang bermaksud tidak ada keperluan untuk mereka pergi ke kemudahan kesihatan yang besar.

    Kaedah ini boleh dijalankan dalam komuniti terpencil, akan menggantikan amalan semasa, yang merupakan invasif dan biasanya hanya terdapat di hospital-hospital besar.

    Ini kerana kanak-kanak berumur bawah lima tahun tidak dapat meludahkan kahak, menyebabkan doktor perlu melakukan prosedur invasif dan menyakitkan yang memerlukan kanak-kanak menginap di hospital.

    Pengarah Eksekutif Yayasan Tuberkulosis KNCV, Kitty van Weezenbeek berkata, potensi kaedah ini sangat besar dan bermakna kita mempunyai kaedah yang dapat mendiagnosis TB pada peringkat penjagaan kesihatan yang paling rendah dan membawa pengujian kepada ratusan ribu orang.

    Keputusan percubaan telah diumumkan di The Hague pada persidangan global mengenai kesihatan paru-paru. Perunding makmal di KNCV, Petra de Haas memberitahu AFP bahawa ujian boleh menyelamatkan kebanyakan daripada 650 orang kanak-kanak yang mati akibat tuberkulosis setiap hari.

    Menurutnya, itu adalah kejayaan sebenar kerana ia boleh dilakukan di makmal kecil. Setiap tahun satu perempat daripada satu juta kanak-kanak mati setiap tahun, sekiranya mereka mendapatkan ujian ini, berkemungkinan boleh menyelamatkan sekurang-kurangnya separuh daripada mereka.

    Sebanyak 90% kematian tuberkulosis pada kanak-kanak adalah kes yang tidak dirawat. Penyakit ini dapat disembuhkan dan jarang menyebabkan kematian bayi jika didiagnosis dan dirawat tepat pada waktunya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan