“Betul Ke Punca Sindrom Down Kerana Ibu Ayah?”, Ini Kami Jawabkan Untuk Ibu Bapa Yang Resah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sindrom Down dianggarkan berlaku sebanyak 1 dalam setiap 950 kelahiran di Malaysia, sekitar 0.1%.

Angka ini adalah jauh lebih rendah berbanding rekod yang dilaporkan di negara-negara Eropah.

Pun begitu, angka ini tidak wajar membuat ibu bapa lega kerana masih terdapat risiko bayi dalam kandungan anda mungkin mengalami sindrom yang sangat membimbangkan ini.

Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui punca sindrom Down yang sebenarnya.

Apakah punca sindrom Down berlaku?

Keadaan ini adalah disebabkan kelainan yang berlaku pada bahagian kromosom, iaitu kumpulan DNA yang dipadatkan di dalam bentuk seperti benang.

Kromosom terletak di dalam nukleus setiap sel di dalam badan.

Setiap spesies mempunyai bilangan kromosom yang berbeza.

DNA pada kromosom ini menentukan karakter seseorang itu termasuk ketinggian, jenis rambut dan warna kulit serta mata.

Manusia mempunyai sebanyak 46 kromosom.

Setiap kromosom dipasangkan antara satu sama lain dan membentuk sebanyak 23 pasangan dengan angka 1 hingga 22, ditambah dengan kromosom seks X dan Y.

Contoh kariotipe (bilangan dan visual kromosom) manusia normal

Dalam kes sindrom Down, kelainan yang berlaku adalah pada kromosom nombor 21 di mana terdapat lebihan satu kromosom.

Ini menjadikan keseluruhan bilangan kromosom bagi penghidap sindrom ini adalah sebanyak 47.

Contoh kariotipe (bilangan dan visual kromosom) sindrom Down

Pertambahan ini memberikan karakter khusus bagi orang yang mengalami sindrom Down.

Ini termasuklah:

  • Leher pendek dengan lebihan kulit di bahagian belakang tengkuk
  • Hidung penyek
  • Telinga, kepala dan mulut kecil
  • Mata sepet dan condong ke atas, kebiasaannya terdapat lipatan kulit daripada kelopak mata atas yang menutup sudut dalam mata
  • Tangan pendek dan lebar serta jari yang pendek
  • Lekuk yang dalam antara ibu jari dan jari telunjuk kaki
  • Otot lemah

Di samping karakter fizikal, perkembangan kognitif dan intelektual juga sedikit berbeza dan perlahan berbanding kanak-kanak biasa.

Bergantung kepada tahap berbeza, ada yang boleh berdikari dan hidup sendiri, ada juga yang memerlukan sokongan seumur hidup.

Bagaimana kelainan kromosom ini boleh berlaku?

sindrom down

Ia berlaku apabila bilangan kromosom gagal dikurangkan semasa proses pembahagian sel berlaku.

Secara normal, sel daripada ibu (ovum) dan bapa (sperma) masing-masing membawa 23 kromosom.

Apabila bergabung, ia akan membentuk 46.

Kadangkala, terdapat lebihan pada salah satu sel, kebiasaannya daripada ovum, menyebabkan lebihan berlaku.

Antara faktor risikonya adalah:

  • Ibu mengandung lanjut usia – Semakin berumur, semakin tinggi risiko mendapat anak sindrom Down.
  • Ibu atau ayah mempunyai genetik – Ada sebilangan kecil kes di mana terdapat bahagian kecil daripada lebihan kromosom 21, bukan keseluruhannya. Ini dinamakan sebagai translokasi. Sesetengah ibu atau bapa menjadi pembawa kepada jenis ini.
  • Pernah mendapat anak sindrom Down – Ini bermakna ada risiko adik kepada abang yang menghidapi sindrom ini juga mungkin akan mengalaminya.

Walau bagaimanapun, anak sindrom Down atau yang lahir dalam keadaan istimewa tetap merupakan anugerah dari tuhan.

Oleh itu, wajarlah untuk kita menjaga serta memberi mereka kasih sayang yang secukupnya dan seadilnya buat mereka ini.

Sekiranya mempunyai sebarang persoalan, sila berjumpa dengan doktor pediatrik untuk berkonsultasi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

    Si kecil anda kerap menjulurkan lidah seakan mengejek dan mengajuk anda? Ibu bapa kena tahu 7 sebab bayi julur lidah ini! Jom klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Tahukah anda, kanak-kanak yang minum susu penuh krim kurang berpotensi mengalami obesiti berbanding kanak-kanak yang minum susu rendah lemak! Ini buktinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    TIKTOK Trend Terbaru Kanak-kanak, Ibu Ayah Kena Tahu 5 BAHAYA Jika Anak ‘Gila’ Berdansa

    Aplikasi TikTok boleh dikatakan sebagai platform media sosial yang popular masa kini. Namun adakah ia selamat untuk kanak-kanak atau sebaliknya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

    Anda mungkin pernah mendengar istilah 'jam biologi wanita' yang dikaitkan dengan telur wanita, tetapi apakah maksudnya dan pada usia berapa ia bermula?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tulisan tangan

    Periksa Tulisan Anak Anda! Kalau Kurang Cantik, Ia Mungkin Tanda Awal Si Kecil Alami ADHD

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    kerja rumah

    Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan