Perlukah Saya Beri Anak Makanan Organik?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kesedaran tentang makanan organik semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. Malahan, makanan organik ini turut disarankan untuk diberi kepada bayi dan kanak-kanak, walaupun harganya yang sedikit mahal. Ibu bapa percaya bahawa makanan organik adalah lebih baik untuk kesihatan kerana ia bebas daripada racun serangga. Jika anda berhasrat ingin membeli makanan organik, berikut adalah perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Adakah saya perlu bimbang tentang racun serangga dalam makanan bayi saya?

Tidak perlu diperkatakan lagi, racun serangga ditemui dalam kebanyakan makanan, terutama buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Racun serangga melindungi tanaman daripada kulat, serangga, dan penyakit yang boleh merosakkan tanaman, menjadikan makanan boleh hidup subur. Selain itu, racun serangga juga adalah berbahaya kepada tubuh manusia. Bahan kimia yang ada padanya boleh menyebabkan kanser, penyakit paru-paru, masalah reproduktif, dan gangguan sistem imun dan endokrin. Tambahan pula, racun ini boleh membawa kepada gangguan tingkah laku, pembelajaran, dan juga untuk jangka panjang ia boleh merosakkan sistem saraf dan otak.

Pendedahan kepada racun serangga boleh menjejaskan kesihatan anak anda pada jangka pendek dan panjang. Hakikatnya, sesetengah kesan tidak dapat dilihat sekarang dan hanya muncul semasa dewasa.

Adakah kanak-kanak lebih terdedah kepada racun serangga berbanding dengan orang dewasa?

Jumlah pemakanan kanak-kanak adalah terhad, menjadikan mereka lebih banyak terdedah kepada racun serangga tertentu. Kanak-kanak juga makan lebih banyak makanan jika dibandingkan dengan orang dewasa.

Selain itu, kanak-kanak juga menyerap racun serangga dengan lebih mudah. Disebabkan saluran gastrousus mereka sedang berkembang, tubuh kanak-kanak tidak boleh memproses toksin lagi. Akhirnya, racun serangga boleh membuatkan kanak-kanak berhenti daripada menyerap nutrien yang penting untuk perkembangan dan tumbesaran yang sihat. Namun, anda perlu ingat bahawa pengambilan makanan bukan satu-satunya cara untuk anak anda terdedah dengan racun serangga. Ini kerana racun ini boleh juga masuk ke dalam tubuh melalui air yang diminum.

Jika anda ada menggunakan racun serangga di rumah atau di kebun anda, kebarangkalian adalah tinggi untuk anak anda terdedah kepada racun serangga. Anda juga mungkin secara tidak sengaja membawa balik racun serangga ke rumah pada kasut anda. Anak anda boleh menyerap bahan kimia tersebut jika dia bermain di lantai atau mengambil sesuatu yang terjatuh ke lantai dan memasukkannya di mulut.

Adakah berbaloi anda berbelanja untuk makanan organik?

Jawapannya bergantung kepada setiap individu. Dua kajian terbaru menunjukkan tiada bukti yang mengatakan makanan organik nutrisinya adalah lebih baik daripada makanan bukan-organik. Makan makanan organik boleh mengurangkan pendedahan anda kepada racun serangga, tetapi dari segi nilai nutrisinya adalah sama sahaja. Dan, sesetengah daging organik tidak mempunyai bahan antibakteria yang membuatkannya kurang cenderung untuk bakteria membiak. 

Dan, jika anda mempunyai ruang di luar rumah, anda boleh menanam buah-buahan dan sayur-sayuran organik sendiri. Berkebun juga adalah cara yang baik untuk mengajar anak anda tentang nutrisi.

Membesarkan anak bukanlah tugas yang mudah kerana ia melibatkan kesabaran, praktis, dan pengalaman. Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menimbang berat antara pelbagai pilihan yang ada bagi memilih yang terbaik untuk anak-anak. Oleh itu, apa salahnya, jika mampu anda boleh membeli atau juga menanam makanan organik sendiri untuk melindungi anak anda daripada racun serangga, memandangkan ia mempunyai toksik dan membahayakan tubuh anak kecil.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Bengkak kaki adalah antara perkara normal dilalui ibu hamil. Begitu juga dengan masalah urat simpul. Pastinya ia punca rasa perit bagi wanita mengandung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Cara Untuk Lambatkan Penuaan, Cubalah Jus Mengkudu, Tinggi Kandungan Antioksidan!

    Tahukah anda, jus mengkudu boleh membantu mengurangkan penuaan akibat daripada radikal bebas. Khasiat mengkudu yang tinggi antioksidan ini jadi penawarnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

    Pernahkah anda menghadapi masalah penglihatan seperti buta sebelah mata semasa diserang migrain? Ini mungkin tanda anda menghidap migrain okular!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

    Salah satu daripada punca gemuk adalah disebabkan oleh makan dengan gelojoh. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk elak jadi gemuk?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    minum kopi

    Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan tidur menghantar mesej

    Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    air besar

    Ini Sebab Mengapa Lelaki ‘LEPAK’ Lebih Lama Dalam Bilik Air, Ada Kaitan Dengan Psikologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan