Gigi Anak Berkarat Dan Rongak, Ini 5 Cara Mencegah Kerosakan Gigi Kanak-Kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Masalah gigi rongak, gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada kanak-kanak.

Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang. Masalah kerosakan gigi pada kanak-kanak ini berlaku disebabkan banyak faktor seperti pemakanan dan cara menggosok gigi yang salah.

Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi, ibu bapa mesti memastikan penjagaan gigi dan mulut dilakukan secara berterusan setiap hari.

Bagaimana kerosakan gigi berlaku?

gigi kanak-kanak

Faktor gigi anak rosak

Faktor utama kerosakan gigi berpunca daripada cecair, minuman atau makanan bergula yang diberikan kepada anak.

Minuman dan makanan ini mengandungi gula tersembunyi yang akan menyebabkan plak terbentuk sekali gus menyebabkan gigi rosak.

Selain itu,tabiat bayi dan kanak-kanak yang gemar menghisap botol juga boleh menyebabkan kerosakan gigi berlaku. Apatah lagi jika si kecil menghisap botol yang berisi minuman manis ataupun minuman jus bergula.

Langkah pencegahan

gigi kanak-kanak

Ibu bapa disarankan untuk mengehadkan pengambilan minuman bergula terutama di dalam botol untuk kanak-kanak.

Selain itu, elakkan daripada memberikan anak menyusu botol sebelum waktu tidurnya.

Pilih ubat gigi bagi golongan ini yang mengandungi fluorida, iaitu sejenis bahan mineral yang membantu menghalang kerosakan gigi dan menguatkan lapisan enamel gigi.

Fungsi fluorida juga adalah untuk membuatkan gigi bertahan daripada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria.

Elakkan meletakkan madu ataupun manisan pada pacifier atau puting kanak-kanak. Selain itu, minimakan penggunaan puting kerana penggunaan yang kerap akan menyebabkan susunan gigi kekalnya nanti tidak cantik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kebersihan Mulut Anak Bukan Setakat Berus Gigi, Si Kecil Pun Dah Kena Mula Flos Gigi Ye, Mama!

Mungkin ramai yang sudah faham maksud flos gigi namun tidak melakukannya. Kalian perlu tahu bahawa ia penting untuk anda dan juga si kecil. Jom klik ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 12/08/2020 . 3 minit bacaan

Takut Sakit Puting, Perlu Ke Hentikan Penyusuan Jika Si Manja Dah Tumbuh Gigi?

Ramai ibu yang berhenti menyusukan anak yang tumbuh gigi kerana takut digigit oleh mereka. Ini cara untuk berikan susu badan tanpa bimbang akan digigit.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Keibubapaan, Penyusuan Badan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Kenapa Kalau Sakit Gigi Boleh Demam? Ini Punca Sebenarnya! Jangan Dibiarkan, Bahaya!

Hampir setiap orang pernah mengalami demam ketika sakit gigi. Apakah punca sakit gigi sampai demam? Normalkah kalau kita demam? Jawapan anda semua di sini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Nana Muhammad
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 24/07/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Air Garam Saja, Banyak Lagi Cara Untuk Legakan Sakit Gigi, Semuanya Di Rumah

Penjagaan oral perlu ditekankan kerana ia boleh mempengaruhi kualiti hidup. Jika anda alami sakit gigi, boleh gunakan 7 bahan ini untuk redakan simptom.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 21/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cara cuci berus gigi

Ini 7 Tip Jaga Berus Gigi, Salah Satunya Kena Rendam Dalam Cecair Pengkumur Mulut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
puting kosong

Puting Kosong, Objek Ajaib Menenangkan Si Manja! Tapi Ia Boleh Buat Gigi Bayi Jongang?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
sebab gigi ngilu

Rasa Ngilu Apabila Minum Air Sejuk? Ini 10 Punca Yang Mungkin Sebabkan Gigi Jadi Ngilu Tiba-tiba

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
gigi geraham

Sakit Tumbuh Gigi Bongsu, Lagi-lagi Bila Anak Remaja Yang Alaminya, Ini Cara Nak Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan