Manfaat Minyak Kelapa Terhadap Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Minyak kelapa boleh dikategorikan sebagai minyak yang bagus untuk bayi kerana sifatnya yang antibakteria, antivirus serta antikulat. Minyak ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang anda malahan membantu penjagaan kulit bayi anda. Kelapa merupakan produk semulajadi yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Berikut merupakan beberapa cadangan penggunaan minyak kelapa:

Mengurangkan ruam bayi

Minyak kelapa merupakan cara paling natural dan berkesan merawat ruam. Tidak terdapat sebarang kemungkinan ruam tersebut akan bertambah teruk kerana minyak kelapa tidak mempunyai bahan kimia yang mampu mengakibatkan reaksi alahan sepertimana yang disebabkan oleh krim ruam yang lain.

Apa yang anda perlu lakukan adalah menyapu minyak ini pada kawasan yang dikehendaki. Minyak ini akan menjadi pelindung kepada kulit, mengehadkan kerengsaan kulit yang lain serta merawatnya. Minyak ini juga dapat berfungsi menyembuhkan infeksi yis. Selain itu, minyak ini tidak akan merosakkan pakaian sepertimana yang disebabkan oleh rawatan ruam yang lain.

Melembutkan kulit badan bayi

Kulit bayi anda sememangnya sudah semulajadi lembut tanpa penggunaan sebarang losyen atau krim. Namun jika bayi anda memerlukan sedikit bantuan, minyak kelapa merupakan pilihan semulajadi yang terbaik. Kawasan kulit kering pada bayi seperti pada lehernya dapat dirawat menggunakan minyak ini sekaligus membantu menghalang kulit daripada kerengsaan yang lain.

Membersihkan kotoran pada bayi

Bayi gemar membuat sepah terutamanya ketika makan. Minyak kelapa boleh digunakan sebagai agen pembersihan semulajadi untuk membersihkan kotoran yang terdapat pada anak anda. Apa yang anda perlukan hanyalah campuran minyak kelapa, sabun organik dan air. Anda tidak perlu tambahkan sebarang wangian kerana minyak kelapa itu sendiri sudah berbau wangi. Tambahan itu, anda juga boleh menggunakan minyak ini sebagai sabun mandian bayi anda.

Merawat kerak kepala bayi

Minyak kelapa merupakan rawatan semulajadi untuk kerak kepala. Anda hanya perlu sapukan minyak ini pada kawasan tersebut dan biarkannya sekitar 20 minit. Minyak kelapa ini akan bertindak sebagai pelembap kulit lalu menanggalkannya. Selepas 20 minit, bilas minyak kelapa ini dan gunakan berus yang lembut untuk menyikat rambut untuk menyingkirkan kepingan kerak kepala pada bayi ini.

Mengurut bayi

Umum mengetahui bahawa terdapat banyak kebaikan mengurut bayi. Selain mengeratkan hubungan sesama anda dan bayi, urutan bayi juga dapat membantu bayi anda untuk lebih relaks ketika waktu tidur mereka. Kebanyakan minyak untuk mengurut bayi sebenarnya diperbuat daripada petroleum iaitu satu bahan berbahaya yang perlu dijauhi daripada kulit bayi anda.

Bagi menghasilkan krim urutan semulajadi buatan sendiri, anda hanya perlu mencampurkan sedikit minyak kelapa dengan minyak zaitun dan tambahkan sedikit minyak pati jika perlu. Lavender juga merupakan pilihan yang bagus kerana ia dapat membantu bayi anda relaks. pastikan anda memilih minyak kelapa yang suci dan tidak dicemari oleh sebarang bahan kimia atau bahan peluntur bagi menjaga keasliannya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Cara Untuk Lambatkan Penuaan, Cubalah Jus Mengkudu, Tinggi Kandungan Antioksidan!

    Tahukah anda, jus mengkudu boleh membantu mengurangkan penuaan akibat daripada radikal bebas. Khasiat mengkudu yang tinggi antioksidan ini jadi penawarnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

    Pernahkah anda menghadapi masalah penglihatan seperti buta sebelah mata semasa diserang migrain? Ini mungkin tanda anda menghidap migrain okular!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

    Salah satu daripada punca gemuk adalah disebabkan oleh makan dengan gelojoh. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk elak jadi gemuk?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Ada sebab mengapa menopaus disebut sebagai 'perubahan hidup,' ia boleh mempengaruhi hampir semua bahagian badan, termasuk berasa sakit pada payudara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan tidur menghantar mesej

    Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    air besar

    Ini Sebab Mengapa Lelaki ‘LEPAK’ Lebih Lama Dalam Bilik Air, Ada Kaitan Dengan Psikologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    urat simpul

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan