backup og meta

Kopi Tidak Bagus Untuk Kanak-kanak? Ini Punca Sebenar Yang Ibu Bapa WAJIB Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/07/2022

    Kopi Tidak Bagus Untuk Kanak-kanak? Ini Punca Sebenar Yang Ibu Bapa WAJIB Tahu!

    Ramai orang yang berpendapat bahawa kopi adalah minuman yang boleh membuat seseorang itu lebih cergas, cerdas dan bertenaga. Pun begitu, tahukah ibu bapa bahawa kopi tidak bagus untuk kanak-kanak?

    Di kebanyakan negara, kopi adalah minuman yang terlarang untuk kanak-kanak. Selain menyebabkan mereka terlebih aktif, kopi serta minuman kafein yang lain mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada mereka!

    Ayuh sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.

    Mengapa kopi tidak bagus untuk kanak-kanak?

    kanak-kanak

    #1. Ia boleh sebabkan kaviti

    Minum kopi dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan kaviti pada kanak-kanak akibat daripada tahap keasidan kopi tersebut.

    Gigi kanak-kanak adalah lemah berbanding dengan gigi individu dewasa. Ini menyebabkan asid pada kopi lebih mudah untuk merosakkan enamel gigi lantas meningkatkan risiko berlakunya kaviti.

    Enamel baharu pula akan makan masa bertahun-tahun untuk kembali seperti keadaan asal sejurus kanak-kanak berganti gigi susu dengan gigi kapak.

    Kanak-kanak yang minum kopi lebih cenderung menghidapi masalah kesihatan oral seperti kaviti dan kehilangan enamel berbanding individu dewasa.

    #2. Ia boleh sebabkan hiperaktif

    Kopi sememangnya akan menyebabkan anak anda menjadi hiperaktif. Selain itu juga, kanak-kanak yang minum kopi akan mengalami kesukaran dalam memberi perhatian dan sering gelisah.

    Tindak balas ini mungkin diperlukan oleh individu dewasa yang memerlukannya untuk meningkatkan tenaga dan daya tumpuan. Namun, tindak balas ini mungkin terlebih buat kanak-kanak yang mengambilnya.

    Kesan kafein ini akan bertahan berjam-jam lamanya. Ini menyebabkan kanak-kanak yang minum kopi ketika berada di sekolah akan mengalami kesan negatif terhadap pembelajarannya.  

    #3. Kopi boleh jadi punca insomnia

    Kanak-kanak yang berusia 5 hingga 12 tahun memerlukan sekurang-kurangnya 11 jam sehari untuk tidur. Apabila menginjak remaja, mereka akan memerlukan 10 jam sehari untuk tidur!

    Namun begitu, tidak ramai kanak-kanak moden kini yang dapat tidur secukupnya akibat kepadatan jadual seharian mereka. Ini akan mengundang gejala kurang tidur dan mereka cenderung menggunakan kopi sebagai alternatif kononnya untuk mendapatkan tenaga.

    Perbuatan ini hanya akan mengakibatkan mereka lebih sukar untuk tidur. Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan kafein oleh kanak-kanak yang mengalami kecelaruan keresahan hanya akan menyebabkannya menjadi lebih teruk.

    kopi

    #4. Ia akan buat kanak-kanak hilang selera makan

    Ibu bapa perlu tahu bahawa otak kanak-kanak adalah jauh lebih sensitif terhadap kafein berbanding otak individu dewasa!

    Kafein akan bertindak balas dengan sistem saraf pusat lalu menyebabkan kehilangan selera makan. Berat badan individu dewasa juga dipengaruhi ketika mereka berada di usia remaja.

    Sekiranya mereka sudah mula ketagih kafein pada usia remaja mereka lagi, ini mungkin akan menjejaskan tumbesaran mereka kelak.

    #5. Ia boleh sebabkan tekanan darah menjadi tinggi

    Umum mengetahui bahawa kopi mengandungi kafein. Jika diambil pada amaun yang sedikit, kopi dapat meningkatkan daya tumpuan anda. Namun jika diambil terlebih banyak, kafein akan menyebabkan ketegangan, kegelisahan, pening kepala serta peningkatan tekanan darah.

    #6. Kopi adalah antara faktor kemerosotan tulang kanak-kanak

    Minum berkafein tidak mempunyai sebarang kalori yang mendatangkan apa-apa nutrien. Kanak-kanak yang minum minuman ini tidak akan mendapat vitamin dan mineral yang diperlukan untuk tumbesaran mereka. Ini menyebabkan mereka lebih berisiko mengalami kondisi kekurangan nutrien.

    Bukan itu sahaja, kopi juga bersifat diuretik yang bermaksud kopi akan melajukan proses urinasi. Peningkatan urinasi ini akan menyebabkan kehilangan kalsium daripada badan yang akan menyebabkan kemerosotan pada tulang.

    Tambahan itu, kafein yang mengandungi kandungan kafein tinggi akan meluluhkan kalsium daripada badan individu. Bagi setiap 100 mg kafein yang dicernakan, kalsium yang sangat penting untuk pertumbuhan tulang kanak-kanak akan hilang sebanyak 6 mg.

    Berapakah kewajaran pengambilan kopi yang sepatutnya?

    Walaupun tidak terdapat larangan yang sewajarnya, anda sebagai ibu bapa perlu lebih berhati-hati dan mengawal pengambilan kopi oleh anak anda.

    Toleransi terhadap pengambilan kopi ini berbeza-beza mengikut individu. Bagi individu dewasa, pengambilan kafein perlu dihadkan kepada 200 ke 300 mg sahaja sehari.

    Bagi kanak-kanak pula, separuh daripada jumlah pengambilan kafein individu dewasa juga sudah memadai buat mereka. Ini seharusnya diamalkan oleh setiap individu bagi menjamin kesihatan ahli keluarga yang lebih baik!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan