Insomnia boleh diklasifikasikan kepada jangka masa panjang dan jangka masa pendek selain boleh juga dikelaskan mengikut keterukan dan kekerapan kondisi ini berlaku. Insomnia jangka masa pendek selalunya berlaku dalam tempoh beberapa hari ke beberapa minggu dan akan hilang dengan sendirinya. Manakala, insomnia jangka masa panjang pula akan berlarutan sehingga beberapa bulan atau lebih lama.
Apakah simptom insomnia dalam kalangan kanak-kanak?
Simptom insomnia termasuklah:
- Kesukaran untuk tidur, berjaga sepanjang malam atau mudah terjaga daripada tidur yang hanya sebentar sahaja
- Gelisah apabila memikirkan tentang tidur
- Kerap mengantuk pada waktu siang
- Kerap mempunyai masalah di sekolah
- Emosi tidak stabil
- Depresi
- Hiperaktif
- Sukar menumpukan perhatian
- Agresif
- Mempunyai masalah memori
- Kerap melakukan kesilapan atau sering terlibat denga kemalangan
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen