Ibu Bapa, Jom Kenali 8 Faktor UTAMA Tumbesaran Si Manja Anda Itu Terbantut!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda membawa anak anda bermain di taman permainan dan mendapati bahawa saiz mereka agak berbeza berbanding kanak-kanak lain? Perbezaan saiz ini sudah pasti akan mendatangkan kebimbangan buat anda. Ikuti artikel ini untuk mengetahui faktor tumbesaran terbantut dalam kalangan kanak-kanak.

Apa faktor tumbesaran terbantut dalam kalangan kanak-kanak?

tumbesaran

Sebenarnya, terdapat 4 pecahan utama yang perlu diambil kira untuk mengukur faktor kadar tumbesaran si manja iaitu:

Faktor persekitaran: Kediaman, pendapatan, pekerjaan, pelajaran dan nutrisi.

Faktor biologi: Keturunan, bangsa, jantina, kesihatan umum, kesihatan mental dan pelbagai kondisi kesihatan kanak-kanak seperti hormon.

Hubungan interpersonal: hubungan antara anak dengan individu lain, gaya penjagaan ibu bapa dan rangkaian sosial.

Pendedahan awal: ini merujuk kepada berapa banyak anak anda terdedah kepada stimulasi ketika awal usia mereka. Ini kebiasaannya melibatkan pelbagai pembelajaran deria seperti sentuh, bau, lihat dan dengar.

Namun, terdapat beberapa faktor tumbesaran terbantut dalam kalangan kanak-kanak, termasuklah:

#1. Keturunan

Genetik memainkan peranan yang penting ketika transmisi karakteristik fizikal dan sosial daripada ibu bapa kepada anak mereka.

Faktor keturunan mendatangkan impak yang besar kepada tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak dari segi kecenderungan, kepandaian, struktur tubuh badan, berat, tinggi serta warna mata dan rambut.

Saintis mendapati bahawa terdapat 7 hingga 20 gen yang akan memberi kesan kepada tumbesaran kanak-kanak. Jadi ternyatalah keturunan merupakan faktor utama yang menjejaskan tumbesaran si manja.

#2. Sosioekonomi

Kanak-kanak yang berbeza taraf sosioekonomi akan mengalami kadar tumbesaran yang berlainan. Mereka yang berada dalam keluarga yang lebih bagus taraf sosioekonomi mungkin akan mengalami kadar tumbesaran yang lebih baik berbanding yang kurang bernasib baik.

Ini mungkin disebabkan oleh fasiliti, nutrisi serta aktiviti yang lebih bagus. Sementara itu, mereka yang berada dalam keluarga yang lebih besar dengan pendapatan yang lebih sedikit pula mungkin akan mengalami tumbesaran yang kurang baik.

#3. Hormon tumbesaran kanak-kanak

Kelenjar endokrin akan merembeskan pelbagai jenis hormon ke dalam saluran darah yang mampu meningkatkan atau mengurangkan aktiviti yang berlaku dalam badan atau organ.

Setiap perubahan yang berlaku pada hormon-hormon ini akan memberi impak kepada tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Jika sesuatu jenis hormon tiada, badan tidak akan mampu untuk meneruskan proses tumbesaran dan perkembangan badan. Ini menunjukkan bahawa hormon adalah faktor yang sememangnya memberi kesan kepada tumbesaran badan.

#4. Nutrisi

Tanpa bekalan kalori dan nutrisi yang berterusan, badan kanak-kanak tidak akan mampu untuk membesar pada kadar yang normal.

Kebanyakan negara membangun masih berdepan masalah malnutrisi yang sangat membimbangkan bagi mereka. Penduduk di kawasan ini juga lebih cenderung mengalami kekurangan berat badan serta kurang ketinggian daripada yang sepatutnya.

Ini disebabkan oleh kekurangan nutrisi yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak terutamanya 9 asid amino yang berlainan. Selain itu, kekurangan iodin, zink, fosforus, kalsium dan vitamin juga akan merencatkan tumbesaran kanak-kanak.

tumbesaran

#5. Pencemaran

Pencemaran udara akan mendatangkan kesan negatif kepada organ pernafasan yang turut memberi kesan kepada pembantutan tumbesaran si manja.

Pencemaran ini juga akan memberi kesan kepada pelbagai kondisi kesihatan lain yang juga akan mengakibatkan kesan negatif kepada tumbesaran mereka.

Pendedahan kepada plumbum juga adalah berbahaya buat kanak-kanak kerana ia boleh masuk ke dalam badan dan merencatkan tumbesaran normal otak dan organ dalam badan mereka.

#6. Bangsa

Faktor bangsa juga akan memberi impak terhadap berat, tinggi, fitur, warna kulit serta bentuk tubuh badan sesorang individu. Ini merupakan punca mengapa setiap kanak-kanak akan mempunyai perbezaan daripada segenap aspek mengikut bangsa keturunan mereka.

#7. Tumor pituitari

Ada individu yang mempunyai tumor pituitari sejak kelahiran lagi dan ada juga yang akan mempunyainya kelak. Tumor ini akan memperlahankan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, kesan tumor ini terhadap tumbesaran bergantung kepada bagaimana tumor tersebut merosakkan kelenjar.

Sebagai contoh, kondisi ‘gigantism’ mungkin boleh berlaku sekiranya tumor tersebut merangsang hormon tumbesaran seseorang individu.

#8. Perubatan yang akan jejaskan tumbesaran

Ada beberapa jenis ubat-ubatan yang akan menjejaskan pertumbuhan. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang sedang mengambil Ritalin iaitu sejenis ubat untuk merawat hiperaktif, akan mengalami tumbesaran yang perlahan.

Kanak-kanak yang mengambil beberapa jenis ubat-ubatan mungkin akan menjadi lebih ringan dan pendek berbanding kanak-kanak seusia mereka.

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor tumbesaran terbantut dalam kalangan kanak-kanak. Sebagai ibu bapa, sila lebih peka terhadap faktor-faktor ini ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Si Manja Sudah Setahun Tapi Tak Cukup Berat? Ibu Boleh Cuba 8 Tip Ini, Pasti Berkesan!

Si manja kurang berat merupakan masalah dalam aspek penjagaan anak. Ada beberapa cara menaikkan berat badan bayi yang boleh diamalkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Wah! Rupa-rupanya Ada Banyak Manfaat Jika Berenang Pada Waktu Malam

Kita semua tahu akan manfaat berenang, ia adalah senaman sihat yang menguatkan otot seluruh badan. Namun, apakah kesan berenang di waktu malam pada tubuh?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Badan Sihat, Senaman Kardio & Ketahanan 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Ada 6 Masalah Gigi Kanak-kanak Yang Ibu Bapa Perlu Waspada! Awas Dengan #4 Ya?

Terdapat banyak masalah gigi kanak kanak yang ibu bapa perlu waspada untuk mereka senyum cantik dewasa kelak. Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Gigi Anak Hitam & Rongak? Mak Ayah Usah Biarkan, Ini Bukan Hal Biasa Walaupun Gigi Susu

Perasankah anda bahawa kanak-kanak selalu mempunyai gigi rongak bukan? Jom klik artikel ini untuk tahu punca, tanda dan rawatannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 03/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sumber karbohidrat untuk diet

Tak Perlu Lagi Tahan Nafsu Makan, 5 Jenis Makanan Tinggi Karbohidrat Ini Bagus Untuk KURUS!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
sumber karbohidrat punca berat badan

Elak Makan Makanan Ada Karbohidrat Sebab Takut Gemuk, Efektif Ke Cara Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
warna air mani

7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
kalori per hari untuk diet

Psssttt.. Ini Rahsia Nak Kurus! Jaga Pengambilan KALORI Harian, Ikut Cara Ini Pasti Jadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan