Ibu Bapa, Ini Cara Yang Betul Untuk Ukur BMI Anak Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/03/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sudah menjadi impian ibu bapa untuk memastikan anak mereka mempunyai berat badan yang ideal sesuai dengan umur, jantina dan tinggi mereka. Bagi memastikan impian ini tercapai, anda sebagai ibu bapa perlu lebih berhati-hati dan lebih prihatin terhadap perkara ini terutamanya perkara yang melibatkan Body Mass Index (BMI).

Apakah itu BMI?

Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan satu formula yang digunakan oleh doktor untuk mengira jumlah lemak yang terdapat dalam badan individu.

Formula ini menggunakan ukuran ketinggian dan berat badan individu untuk mendapatkan suatu jumlah tertentu yang menjadi ukuran sama ada anda kurang berat, normal atau terlebih berat.

Berikut merupakan kategori BMI:

  • Kurang berat badan: lebih daripada 18.5
  • Berat badan normal: di antara 18.5 sehingga 24.9
  • Terlebih berat badan: di antara 25 sehingga 30
  • Obesiti: 30 ke atas

Formula ini boleh diguna pakai oleh setiap individu sama ada lelaki atau wanita tetapi agak sedikit rumit untuk golongan kanak-kanak.

Formula untuk mengukur BMI anak

BMI

Formula yang digunakan untuk mengukur BMI kanak-kanak adalah berbeza bagi lelaki dan perempuan. Ini kerana kadar pertumbuhan dan amaun lemak dalam badan adalah berbeza bagi kanak-kanak mengikut jantina.

Berikut merupakan kategori BMI yang sangat perlu diberi perhatian oleh anda untuk memastikan berat badan yang ideal untuk anak anda.

  • Kurang berat badan: BMI berada di bawah 5 persentil untuk umur, jantina dan tinggi
  • Berat badan normal: BMI berada pada sama tahap atau lebih daripada 5 persentil dan kurang daripada 85 persentil untuk umur, jantina dan tinggi
  • Terlebih berat badan: BMI berada di atas 85 persentil dan kurang daripada 95 persentil untuk umur, jantina dan tinggi
  • Obesiti: BMI berada pada 95 persentil dan ke atas untuk umur, jantina dan tinggi

Sebelum anda mengukur BMI anak anda, pastikan anda mendapatkan ukuran tinggi dan berat badan yang setepatnya terlebih dahulu.

Ini boleh dipastikan dengan membawa anak anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai ukuran tinggi dan berat badan anak anda.

Apa ibu bapa perlu buat jika BMI anak anda tidak normal? 

anak

Jika anak anda kurang berat badan:

Jika anak anda terlalu kurus, anda tidak perlu risau kerana ini merupakan suatu perkara yang normal kerana mereka mungkin belum mencapai tahap akil baligh mereka.

Selain itu, tumbesaran setiap kanak-kanak juga berbeza mengikut individu. Ini mungkin membuktikan bahawa anak anda masih belum lagi mencapai potensi berat badan mereka yang sepatutnya.

Namun anda perlu berhati-hati dan melihat sekiranya anak anda mengalami simdrom-sindrom seperti batuk, demam, sakit perut, cirit-birit atau sebarang masalah kesihatan, segera bawa anak anda berjumpa doktor.

Ini kerana segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah kurang berat badan mungkin menghidapi gangguan pemakanan seperti anoreksia atau bulimia.

Jika anak anda terlebih berat badan atau obesiti:

Jika anda mendapati bahawa anak anda terlalu gemuk atau obesiti, anda perlu lebih memberikan perhatian terhadap tabiat pemakanan si manja anda ya?

Sebagai ibu bapa, anda perlu memastikan mereka mengambil diet yang sesuai dan seimbang bagi memastikan si manja ambil makanan yang tidak mempunyai terlalu banyak kalori yang menjadi punca utama kegemukan.

Pantau dan nasihat anak anda untuk menjauhi makanan ringan dan makanan segera. Sebaliknya, galakkan anak anda untuk mengambil makanan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar dan bernutrisi bagi menjamin kesihatan dan berat badan yang ideal.

Tuntasnya, perkara yang paling penting untuk dilakukan sekiranya anak anda tidak mempunyai berat badan yang ideal adalah membawa anak anda berjumpa dengan doktor. Ini dapat memberi kepastian kepada anda terhadap perkembangan sebenar anak anda sama ada normal atau tidak.

Minta pendapat doktor mengenai BMI anak

Berbincanglah dengan doktor anda mengenai tinggi, berat, BMI, keadaan kesihatan, aktiviti fizikal serta tabiat pemakanan mereka. Informasi ini sudah pasti akan membantu anda mengenalpasti punca sebenar berat badan tidak ideal anak anda!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

    Penyusuan susu ibu berikan banyak faedah untuk ibu. Ini termasuk potensi menurunkan berat badan dengan lebih cepat setelah melahirkan anak. Tapi betul ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Jika anda sedang mencari tip keibubapaan berkaitan cara mendidik anak hiperaktif atau ADHD, ini ada 11 kaedah yang boleh dijadikan sebagai panduan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

    Selepas bersalin, perkara apa paling difikirkan oleh ibu? Sudah tentulah mengenai kerja rumah yang bertimbun, keadaan rumah bersepah dan sebagainya, kan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

    Si kecil anda kerap menjulurkan lidah seakan mengejek dan mengajuk anda? Ibu bapa kena tahu 7 sebab bayi julur lidah ini! Jom klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tahun Pertama Bayi 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    diet rendah karbohidrat

    Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    pembedahan bariatrik

    Bukan Rawat Obesiti Saja, Pembedahan Bariatrik Juga Beri Manfaat Kepada Pesakit Diabetes!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/10/2020 . 4 minit bacaan
    cara mengatasi malas bersenam

    Rasa MALAS Melakukan Aktiviti Fizikal? Cuba Elakkan 5 Perkara Ini Jika Mahu RAJIN Bersenam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    sakit punggung ketika hamil

    Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan