Muzik terhasil daripada bunyi yang wujud di sekeliling kita.
Kepelbagaian bunyi dari kicauan burung, gelombang ombak hinggalah ke bunyi bising dari kenderaan di jalan raya, jika diatur dan disusun dengan cara tertentu, ia boleh mewujudkan alunan bunyi yang tertentu.
Bagi kebanyakan individu, tidak mengira usia; dewasa mahupun kanak-kanak, ia boleh membawakan kegembiraan dan memotivasikan diri, menjadi peneman ketika menghadapi kesukaran dan dapat mengurangkan kemurungan, kebimbangan dan kegelisahan.
Apakah itu terapi muzik?
Terapi muzik adalah perkara yang melibatkan profesional terapi yang terlatih dan bertauliah bagi menggunakan muzik secara klinikal dan berasaskan bukti untuk mencapai objektif bagi setiap individu yang berbeza.
Ia digunakan untuk mengurangkan kesakitan kepada pesakit, menawarkan keupayaan untuk mengekspresikan diri mereka tanpa menggunakan kata-kata dan memudahkan proses untuk menenangkan diri melalui nyanyian, bermain instrumen, menulis lagu atau sekadar mendengarnya.
Ia dipercayai dapat mempengaruhi emosi dan mampu meningkatkan neurokimia dalam badan termasuk endorfin baik.
Terapi ini juga dikenali sebagai terapi muzik aktif atau terapi muzik pasif, menunjukkan keupayaan untuk memperbaiki kawalan motor dan fungsi emosi kepada pesakit yang mempunyai pelbagai penyakit atau ketidakupayaan.
Dari kes skizofrenia sehingga kepada penyakit Parkinson, penggunaannya seperti membantu mengurangkan simptom semula jadi bagi masalah kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan atau kegelisahan.
Selain itu, ia juga dapat membantu menaikkan kreativiti, dan mempertingkatkan komunikasi antara pesakit dengan penjaga dan pelbagai lagi manfaat yang lain.
Persatuan Terapi Muzik Amerika (The American Music Therapy Association, AMTA) mengatakan bentuk rawatan ini boleh membantu menggalakkan peningkatan kesejahteraan, menguruskan tekanan, mengurangkan kesakitan, mengekspresikan perasaan, meningkatkan memori, meningkatkan komunikasi dan mempromosikan pemulihan fizikal.
Kebanyakan masa, ia secara langsung langsung digunakan kerana ia lebih fleksibel dan menawarkan peluang yang lebih besar untuk interaksi antara ahli terapi dan pesakit.
Terapi ini adalah berbeza dengan proses penghasilan muzik atau sebarang pengajaran lain kerana ia bukan sesuatu yang berasaskan pendidikan.
Sebagai contoh, hasil daripada terapi ini bukanlah mengenai untuk mengajar pesakit cara atau kaedah memainkan instrumen atau membaca not muzik.
Sebaliknya, tumpuan terapi ini adalah lebih kepada untuk memfokuskan pesakit untuk bergerak ke arah mencapai potensi terbaik mereka.
Apa kesan terapi muzik?
Kesan kepada fizikal
Bagi kanak-kanak dan individu remaja yang mengalami kanser atau penyakit lain, kesakitan adalah sesuatu perkara yang sukar untuk dibayangkan dan ditanggung – walau berapa banyak ubatan yang diberikan, malahan ada masa, ubatan yang diberikan mungkin tidak mencukupi untuk menutup kesakitan yang dirasai.
Dengan mendengar dan bermain instrumen termasuk menulis lagu dan menyanyi, kesakitan mungkin dapat dikurangkan.
Terapi ini dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan tekanan serta kegelisahan kepada pesakit, yang membawa kepada perubahan fisiologi, seperti:
- Memperbaiki pernafasan
- Menjadi tekanan darah lebih rendah
- Memperbaiki fungsi jantung
- Memperbaiki kadar denyutan jantung
- Memberikan kelegaan kepada otot yang tegang
Terapi ini dipercayai memberikan kesan signifikan terdapat keberkesanan rawatan pesakit, termasuk mengurangkan kesakitan, memberi ketenangan, memperbaiki kadar penafasan, dan menjadikan tahap kegelisahan pada tahap yang lebih rendah.
Kesan kepada mental
Berada di hospital, khususnya kepada kanak-kanak, boleh memberikan pengalaman yang menakutkan dan mengerikan, lebih-lebih lagi melibatkan masalah kesihatan berkaitan kanser atau penyakit lain yang serius.
Salah satu impak berada di hospital adalah tekanan, yang dengan sendiri boleh mewujudkan masalah kesihatan.
Antara simptom tekanan yang biasa adalah:
- Sakit kepala
- Kesakitan atau ketegangan otot
- Sakit dada
- Kelesuan
- Gangguan pada perut
- Masalah tidur
Antara kesan tekanan kepada emosi:
- Kemurungan
- Kegelisahan
- Kebimbangan
- Kurang rehat
- Kurang motivasi untuk fokus
- Perasaan bercampur baur
- Kemarahan
Antara kesan tekanan kepada tingkah laku:
- Bereaksi secara berlebihan atau sebaliknya
- Kemarahan yang melampau
- Mengasingkan diri dari sosial
Secara kesimpulannya, terapi muzik ini akan dapat membantu seseorang individu itu terutamanya kanak-kanak untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran mengendalikan dan menguruskan kesakitan.
Selain itu, ia juga boleh membantu mengurangkan sebarang tekanan berkaitan yang timbul kerana keperluan yang wujud untuk berada di hospital disebabkan pelbagai faktor kesihatan.
[embed-health-tool-child-growth-chart]