Terapi ini dipercayai memberikan kesan signifikan terdapat keberkesanan rawatan pesakit, termasuk mengurangkan kesakitan, memberi ketenangan, memperbaiki kadar penafasan, dan menjadikan tahap kegelisahan pada tahap yang lebih rendah.
Kesan kepada mental
Berada di hospital, khususnya kepada kanak-kanak, boleh memberikan pengalaman yang menakutkan dan mengerikan, lebih-lebih lagi melibatkan masalah kesihatan berkaitan kanser atau penyakit lain yang serius. Salah satu impak berada di hospital adalah tekanan, yang dengan sendiri boleh mewujudkan masalah kesihatan.
Antara simptom tekanan yang biasa adalah:
- Sakit kepala
- Kesakitan atau ketegangan otot
- Sakit dada
- Kelesuan
- Gangguan pada perut
- Masalah tidur
Antara kesan tekanan kepada emosi:
- Kegelisahan
- Kurang rehat
- Kurang motivasi untuk fokus
- Perasaan bercampur baur
- Kemarahan
- Kemurungan atau kesedihan
Antara kesan tekanan kepada tingkah laku:
- Bereaksi secara berlebihan atau sebaliknya
- Kemarahan yang melampau
- Mengasingkan diri dari sosial
Manfaat terapi muzik
- Mengurangkan kegelisahan, tekanan
Walaupun mungkin terdapat pelbagai variasi pilihan muzik, tetapi secara amnya, ia memberikan kesan fisiologi langsung melalui sistem saraf autonomi. Muzik berkeupayaan untuk mewujudkan response motor dan emosi secara langsung, terutama apabila digabungkan dengan pergerakan dan rangsangan laluan deria yang berbeza.
- Memperbaiki simptom autisme
Minat yang ditunjukkan oleh kebanyakan individu yang mengalami autisme terhadap muzik, memperlihatkan perubahan dalam komunikasi nonverbal dan lisan melalui terapi muzik – yang kini dipercayai antara satu rawatan alternatif untuk merawat autisme. Kajian menunjukkan terapi muzik yang dapat memperbaiki tingkah laku sosial, tumpuan, perhatian, komunikasi, kegelisahan dan tahap kewaspadaan diri pesakit autisme.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen