backup og meta

Si Kecil Sembelit? Ini Cara Ubatinya, Rawatan Sesuai Untuk Anak 3-5 Tahun

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/12/2022

    Si Kecil Sembelit? Ini Cara Ubatinya, Rawatan Sesuai Untuk Anak 3-5 Tahun

    Pening memikirkan apakah ubat sembelit kanak kanak di farmasi sesuai untuk diberikan kepada si kecil berusia 3-5 tahun?

    Bagi individu dewasa yang pernah mengalami sembelit, pastinya anda menyedari betapa keadaan itu amat tidak menyelesakan. 

    Bagi merawat keadaan yang tidak menyelesakan ini, anda harus mengenal pasti terlebih dahulu apakah tanda-tanda masalah sembelit pada anak.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Masalah sembelit pada anak usia 3-5 tahun

    Sebelum kita mengetahui apakah jenis ubat sembelit kanak kanak di farmasi yang boleh dibeli, berikut adalah penerangan ringkas dan simptom pada anak untuk anda kenal pasti.

    Kanak-kanak yang mengalami sembelit akan mempunyai pergerakan usus yang jarang, kesukaran untuk berak atau najis keras.

    Punca keadaan ini biasanya disebabkan latihan tandas pada peringkat permulaan dan perubahan dalam diet. 

    Simptom masalah sembelit

    Tanda dan gejala sembelit pada kanak-kanak mungkin termasuk:

    • Pergerakan usus kurang 3x seminggu
    • Najis yang keras, kering dan sukar untuk dikeluarkan
    • Mengalami kesakitan semasa membuang air besar
    • Sakit perut
    • Darah pada permukaan najis keras

    ubat sembelit kanak kanak di farmasi

    Anak mungkin mengelak untuk membuang air besar kerana bimbang akan berasa sakit. Si kecil juga mungkin akan menyilangkan kaki, memegang punggung atau mengerutkan muka apabila membuang air besar.

    Punca sembelit

    Punca yang menyebabkan sembelit juga perlu diketahui sebelum anda membeli sebarang ubat sembelit kanak kanak di farmasi. Antara puncanya:

    Ada kalanya sembelit yang dialami merupakan gejala kepada masalah kesihatan lain seperti:

    Baca juga:

    Rawatan dan ubat sembelit kanak kanak di farmasi

    Berikut antara rawatan dan ubat yang boleh diberikan:

    Diet makanan harian

    Lakukan perubahan terhadap diet harian anak mungkin dapat menjadikan najis mereka lebih lembut dan memudahkan pergerakan usus, seperti:

    • Makan lebih banyak makanan tinggi serat
    • Perbanyakkan pengambilan air dan cecair jika anak mengambil lebih serat
    • Berikan makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt

    Pastikan anda memasukkan lebih banyak pilihan makanan kaya serat dalam diet seperti buah-buahan, sayuran dan bijirin penuh.

    Untuk mengetahui jumlah keperluan serat harian anak, gunakan umur mereka dan ditambah dengan 5. Sebagai contoh, jika usia anak adalah 5 tahun, mereka memerlukan 10 gram serat setiap hari.

    Urutan bantu atasi masalah sembelit anak

    Urut perut anak secara perlahan boleh membantu mengendurkan otot yang menyokong pundi kencing dan usus – sekali gus menggalakkan aktiviti usus.

    Meningkatkan aktiviti fizikal

    Gaya hidup tidak aktif juga boleh mendorong kepada masalah sembelit. Jadi galakkan anak untuk melakukan lebih banyak aktiviti fizikal bagi membantu merangsang pengecutan dan pergerakan usus.

    ubat sembelit kanak kanak di farmasi

    Suplemen serat atau pelembut najis

    Penambahan suplemen serat tanpa preskripsi seperti Metamucil atau Citrucel (boleh dibeli di farmasi, over-the-counter) juga dapat membantu.

    Namun anak perlu dipastikan untuk mengambil air secukupnya – sekurang-kurangnya 1 liter setiap hari agar produk suplemen ini dapat berfungsi dengan baik.

    Suppositori (ubat punggung) Gliserin boleh digunakan untuk melembutkan najis pada kanak-kanak yang sukar menelan ubat atau pil. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sebelum memberikan kepada anak.

    Anda juga boleh memberikan ubat sembelit kanak kanak di farmasi, Lactulose bagi membantu merawat masalah anak sukar membuang air besar.

    Ubat sembelit kanak kanak di farmasi: Langkah pencegahan

    Sebaik sahaja sembelit anak anda telah ditangani, adalah penting untuk mencegahnya daripada kembali. 

    Anda boleh membantu mencegah sembelit pada anak dengan perkara yang sama untuk merawatnya, iaitu:

    • Ajar anak anda untuk tidak berlengah membuang air besar
    • Biasakan anak dengan rutin untuk ke tandas, selepas makan atau sebelum tidur. Ini amat penting untuk kanak-kanak lelaki selepas latihan tandas, kerana mereka mungkin terlupa membuang air besar apabila kencing berdiri
    • Galakkan anak anda untuk aktif secara fizikal. Aktiviti fizikal yang kerap boleh menggalakkan pergerakan usus
    • Beri anak anda pelbagai makanan, termasuk makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, yang merupakan sumber serat yang baik

    ubat sembelit kanak kanak di farmasi

    Kesimpulan 

    Kini anda sudah mengetahui apakah jenis rawatan serta ubat sembelit kanak kanak di farmasi yang boleh diberikan kepada si kecil.

    Biasanya sembelit pada kanak-kanak berlaku untuk tempoh jangka pendek dan tidak berkaitan dengan masalah kesihatan lain.

    Pun begitu, dalam sesetengah kes masalah sembelit ini boleh menjadi gejala bagi sesuatu keadaan kesihatan lain. 

    Jadi, sekiranya sembelit yang dialami anak tidak pulih walaupun setelah mencuba kaedah rawatan di atas atau menjadi semakin kronik, lakukan pemeriksaan dengan pakar pediatrik segera.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan