backup og meta

Elak Batuk Anak Jadi Lebih Teruk, Ini 8 Pilihan Ubat Batuk Di Farmasi Tanpa Preskripsi Doktor!

Elak Batuk Anak Jadi Lebih Teruk, Ini 8 Pilihan Ubat Batuk Di Farmasi Tanpa Preskripsi Doktor!

Apabila anak mengalami batuk, kebanyakan ibu bapa akan memilih untuk memberikan si kecil ubat. Jadi adakah ubat batuk Bena sesuai untuk diberikan kepada si kecil?

Untuk mengetahui apakah yang boleh diberikan, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Ubat batuk Bena: Fahami jenis batuk yang dialami anak 

Sebelum membeli sebarang ubat batuk, anda perlu mengetahui apakah jenis batuk yang terjadi pada anak. Ini kerana jika tersalah membeli ubat, ia tidak akan memberi kesan kepada anak.

Batuk berkahak

Kahak adalah lendiran pekat yang dihasilkan oleh mukosa dalam hidung, mulut dan tekak. Umumnya, lendiran ini sentiasa ada walaupun semasa kita sihat, cuma ia cair. 

Walau bagaimanapun, apabila berlaku iritasi pada mukosa, seperti terdapat bendasing, perengsa atau jangkitan tertentu pada tekak atau paru-paru, lendiran ini akan dihasilkan lebih banyak atau pekat dan ia dikenali sebagai kahak.

Kewujudan kahak ini akan menyebabkan tekak berasa tidak selesa dan secara tidak langsung mencetuskan refleks batuk untuk menyingkirkannya dan memberikan keselesaan pada tekak.

Batuk kering

Jenis batuk ini adalah tidak berkahak. Selalunya ia disebabkan oleh rasa gatal pada tekak atau kering yang berpunca daripada jangkitan tekak seperti laryngitis, pharingitis atau tonilitis.

Masalah batuk kering juga boleh terjadi kerana saluran pernafasan menjadi sempit, seperti semasa serangan asma atau terdedah kepada persekitaran berhabuk, jerebu, bahan kimia mahupun asap rokok.

Kini anda sudah mengetahui apakah jenis batuk yang boleh terjadi pada anak, jadi persoalannya sekarang adakah ubat batuk Bena, sesuai untuk diberikan? Ayuh kita ketahui jawapannya.

Baca juga:

Ubat batuk Bena & berasaskan herba, antara ubat farmasi boleh diberikan pada anak

Berikut antara jenis-jenis ubat yang boleh dibeli di farmasi tanpa perlu mendapatkan preskripsi doktor.

Ekspektoran 

Sesuai untuk diberikan pada anak yang mengalami masalah batuk berkahak kerana ia berkesan dalam menyingkirkan lendir pada tekak ini.

Ia bertindak dengan mencairkan mukus nipis pada bahagian saluran pernafasan dan memudahkan kahak untuk dikeluarkan ketika batuk. Antara contoh ubat seperti Rhinathiol, Bisolvon dan Mucolix.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Antibatuk 

Ubat yang berfungsi sebagai penghenti batuk ini boleh diberikan jika anak mengalami batuk kering tanpa kahak.

Ia akan membantu mengurangkan batuk dengan menghalang refleks untuk terbatuk. Apabila kurang rangsangan batuk ini, ia secara tidak langsung akan menghentikan batuk. Contoh ubat yang boleh diberikan adalah seperti Dextromethorphan, Pholcodine dan Syrup Tussidex Forte.

ubat batuk bena

Ubat batuk Bena #Mukolitik

Ubat ini boleh diberikan pada anak dengan masalah batuk berkahak pekat. Ia dapat mencairkan kahak pekat supaya ia senang disingkirkan, sekali gus melegakan masalah batuk yang dialami. Antara jenis ubat yang boleh dijadikan pilihan adalah Ambroxol dan Acetylcysteine.

Anti-asthmatic

Sekiranya anak mengalami asma, mereka berisiko mengembangkan batuk lelah, selalunya kerap berlaku pada sebelah malam. 

Ubat ini akan melegakan kesempitan saluran pernafasan, mengurangkan bengkak pada mukosa dan menghentikan penghasilan lendir yang berlebihan.

Anda boleh mendapatkan ubat seperti Salbutamol, Bricanyl dan Salmodil.

Dekongestan 

Ubat jenis ini boleh melegakan batuk yang disebabkan oleh hingus yang mengalir ke belakang tekak (post-nasal drip), selesema dan hidung tersumbat.

Ia memainkan peranan dengan mengurangkan pembengkakan membran mukus hidung. Jenis ubat yang boleh anda pilih untuk diberikan kepada anak adalah seperti Iliadin dan Pseudoephedrine.

ubat batuk bena

Ubat batuk Bena #Antihistamin

Ubat di bawah kategori ini sesuai diberikan untuk membantu mengurangkan penghasilan hingus dan batuk tidak berkahak pada anak.

Ia bertindak dengan merencatkan penghasilan histamin – punca saluran darah menjadi kembang pada bahagian hidung – kesannya mukus (hingus) dikeluarkan lebih banyak. Ubat ini juga dapat menembusi penghalang otak (blood brain barrier) dan merencatkan pusat batuk (cough centre).

Anak boleh diberikan ubat seperti Diphenhydramine, Promethazine dan Chlorpheniramine

Berasaskan herba

Ubat ini biasanya dihasilkan secara tradisional untuk memberikan kelegaan disebabkan ketidakselesaan yang berpunca daripada selesema, batuk, sakit tekak, iritasi tekak dan mengurangkan kahak.

Antara jenis ubat yang terjual di farmasi adalah Prospan, Cap Ibu dan Anak, Hurix dan Woods.

Ubat batuk Bena #Ubat gabungan

Menggabungkan 2 jenis ubat dalam 1 botol pastinya akan memberikan kesan yang lebih bagus lagi.

Antara jenis ubat yang boleh dibeli di farmasi adalah seperti:

  • Mucoprom – kombinasi antihistamin (Promethazine) + ekspektoran (Carbocysteine)
  • Cough-en – kombinasi antibatuk (Dextromethorphan) + dekongestan  (Pseudoephedrine)

ubat batuk bena

Kesesuaian usia anak

Sebelum memberikan sebarang ubat kepada anak, anda harus membaca label ubat dengan teliti dan faham mengenai dos yang perlu diberikan kepada anak.

Berikan anak ubat yang disukat menggunakan alat penyukat tepat seperti picagari dan elakkan penggunaan sudu kerana wujud risiko pemberian dos yang berlebihan.

Seperkara yang harus diingatkan adalah ubat batuk tidak boleh diberikan kepada anak di bawah usia 6 tahun. Sekiranya anak mengalami simptom batuk, bawalah mereka untuk pemeriksaan doktor bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

Sekiranya terdapat sebarang keraguan, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Relieving A Cough. https://www.uofmhealth.org/health-library/ug1887, Accessed on June 21, 2022 
  2. Doktor Kongsi Jenis Ubat Batuk Yang Sesuai Untuk Anak, Jangan Salah Bagi! https://harianpost.my/jenis-ubat-batuk-yang-sesuai-untuk-anak/, Accessed on June 21, 2022
  3. Medicines for Cough and Common Cold in Children. https://www.drugoffice.gov.hk/eps/do/en/consumer/news_informations/dm_36.html#f, Accessed on June 21, 2022
  4. Kenali Jenis-jenis Batuk Dan Ubat Yang Sesuai Untuk Korang Cari. https://www.remaja.my/kenali-jenis-jenis-batuk-dan-ubat-yang-sesuai-untuk-korang-cari/, Accessed on June 21, 2022
  5. Susan M Smith, Knut Schroeder dan Tom Fahey (2014). Over‐the‐counter (OTC) medications for acute cough in children and adults in community settings. https://doi.org/10.1002/14651858.CD001831.pub5, Accessed on June 21, 2022
  6. OTC Cough and Cold Medicines and My Child. https://familydoctor.org/otc-cough-and-cold-medicines-and-my-child/, Accessed on June 21, 2022 

Versi Terbaru

23/06/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel berkaitan

Kasihan Tengok Anak Batuk Tak Henti-Henti, Cuba 10 Ramuan Ubat Semulajadi Dari Rumah Ini, Berkesan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan