backup og meta

Ruam Merah Pada Badan Anak? AWAS, Ia Mungkin Tanda Penyakit Kawasaki Ini!

Ruam Merah Pada Badan Anak? AWAS, Ia Mungkin Tanda Penyakit Kawasaki Ini!

Apa tanda penyakit Kawasaki pada anak ya? Kalau ingin tahu jawapannya, teruskan membaca perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Penyakit Kawasaki pada anak

Penyakit Kawasaki boleh menyebabkan bengkak (keradangan) di dinding saluran darah kecil hingga sederhana yang berfungsi membawa darah ke seluruh badan.

Keadaan ini biasanya mengakibatkan keradangan arteri koronari – yang membekalkan darah beroksigen kepada jantung.

Terdahulu, penyakit ini dikenali sebagai penyakit nodus mukokutaneus kerana ia juga menyebabkan bengkak pada kelenjar (nodus limfa) dan membran mukus dalam mulut, hidung, mata dan tekak.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Fakta menarik


  • Hampir 90% kes penyakit ini berlaku pada bayi usia lebih 6 bulan hingga 5 tahun
  • Penyakit ini tidak berjangkit
  • Ia lebih kerap terjadi pada kanak-kanak di Asia atau di Kepulauan Pasifik
  • Punca penyakit kawasaki kanak kanak masih tidak diketahui, tetapi dianggap sebagai tindak balas oleh sistem imun badan

Tanda penyakit Kawasaki pada anak

Untuk didiagnosis di bawah penyakit ini, anak biasanya akan mengalami demam lebih daripada 39℃ selama lima hari atau lebih dan sekurang-kurangnya empat daripada simptom berikut:

tanda penyakit kawasaki pada anak
Bintik merah kasar seperti strawberi pada lidah anak.
  • Ruam pada mana-mana anggota badan tetapi lebih teruk di kawasan lampin
  • Mata merah tanpa nanah, lelehan atau crusting
  • Bengkak kelenjar (nodus limfa) pada sebelah leher
  • Tangan dan kaki bengkak, kemerahan pada tapak tangan dan kaki
  • Bibir sangat merah, bengkak dan merekah, lidah alami bintik merah kasar seperti strawberi
  • Mudah meragam
  • Mengelupas pada jari tangan dan kaki – biasanya 2-3 minggu selepas demam

Simptom dan tanda penyakit Kawasaki pada anak yang lain juga adalah:

Jika anak mengalami demam panas selama lima hari atau lebih, serta kurang daripada empat gejala di atas, mereka mungkin mengalami penyakit Kawasaki tidak lengkap. 

Walau bagaimanapun, mereka masih berisiko mengalami kecederaan arteri koronari dan masih memerlukan rawatan dalam tempoh 10 hari dari permulaan simptom.

tanda penyakit kawasaki pada anak
Simptom penyakit kawasaki pada anak.

Pemeriksaan doktor

Jika anak mengalami demam yang berlarutan lebih daripada tiga hari, lakukan pemeriksaan doktor. Sekiranya bayi berusia kurang daripada setahun, bawa mereka untuk berjumpa doktor segera!

Merawat penyakit ini dalam tempoh 10 hari selepas ia bermula boleh mengurangkan risiko kerosakan berpanjangan pada arteri koronari yang membekalkan oksigen ke otot jantung.

Gejala dan kesan penyakit Kawasaki ini boleh menyamai keadaan lain yang mengakibatkan demam. 

Penyakit ini tidak boleh dicegah. Namun anak boleh pulih sepenuhnya dalam tempoh 6-8 minggu jika didiagnosis dan dirawat segera. Namun wujud risiko untuk terjadinya komplikasi.

Tanda penyakit Kawasaki pada anak: Risiko komplikasi

Berikut beberapa komplikasi melibatkan jantung yang boleh terjadi:

  • Salah satu arteri jantung menjadi lemah (coronary artery aneurysm)
  • Otot jantung tidak berfungsi dengan baik atau serangan jantung
  • Keradangan otot jantung (miokarditis), lapisan jantung (endokarditis), atau penutup jantung (pericarditis)
  • Injap jantung tidak berfungsi dengan baik
  • Kegagalan jantung

Penyakit ini juga boleh menjejaskan sistem badan lain termasuk sistem saraf, imun, pencernaan dan kencing.

Kaedah rawatan

Amnya, penyakit Kawasaki perlu mendapat rawatan di hospital dan sebaiknya ia dimulakan secepat mungkin.

Lebih cepat rawatan dimulakan, masa pemulihan dapat dipendekkan dan risiko komplikasi semakin berkurangan.

Imunoglobulin intravena (IVIG) dengan larutan antibodi dan aspirin – adalah 2 ubat utama yang digunakan untuk merawat penyakit ini.

tanda penyakit kawasaki pada anak
Kulit mengelupas pada jari kaki anak.

Selepas keluar hospital

Biasanya apabila anak dibenarkan pulang, mereka akan diberikan dos aspirin rendah yang perlu diambil secara oral setiap hari untuk tempoh 6-8 minggu. Pastikan anak mendapat rehat secukupnya.

Pengelupasan kulit tangan serta kaki dijangka akan berlaku dan ia tidak perlu dirisaukan.

Lakukan pemeriksaan doktor segera jika wujud tanda penyakit Kawasaki pada anak berulang dan penilaian lanjut perlu dilakukan untuk menentukan mereka memerlukan rawatan hospital atau tidak.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Kawasaki Disease in Children. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions—pediatrics/k/kawasaki-disease.html, Accessed on Jan 11, 2023
  2. Kawasaki Disease in Infants & Young Children. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/heart/Pages/Kawasaki-Disease.aspx, Accessed on Jan 11, 2023
  3. Kawasaki disease. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kawasaki-disease/symptoms-causes/syc-20354598#, Accessed on Jan 11, 2023
  4. Kawasaki disease. https://www.nhs.uk/conditions/kawasaki-disease/, Accessed on Jan 11, 2023
  5. Kawasaki Disease. https://kidshealth.org/en/parents/kawasaki.html, Accessed on Jan 11, 2023

 

Versi Terbaru

15/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Hati-Hati Jika Anak Sakit Tekak Lebih 3 Hari Dan Demam Melebihi 38.3°C, Ini Sebabnya!

Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada seminggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan