HFMD Dan 5 Penyakit Kulit Biasa, Namun BAHAYA Jika Terjadi Pada Kanak-kanak!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kadangkala, akan timbul ruam yang berwarna kemerah-merahan pada kulit kanak-kanak. Ia mungkin menunjukkan bahawa anak anda mengalami penyakit kulit. Ia mungkin biasa, namun bahaya jika tidak dirawat dengan cepat!

Untuk pengetahuan para ibu bapa di luar sana, kebanyakan penyakit kulit sebenarnya boleh dirawat bergantung kepada jenis penyakit yang dialami oleh si manja anda.

Persoalannya, apa jenis penyakit yang biasa dan bahaya ini?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit kulit yang biasa namun bahaya jika terjadi kepada kanak-kanak.

Contoh penyakit kulit kanak-kanak yang biasa namun bahaya!

Sudah menjadi satu kepercayaan atau kebiasaan bagi ibu bapa, jika timbul apa-apa yang pelik pada kulit mesti mereka akan mengatakan ia adalah ruam yang normal dan boleh dirawat dengan menabur bedak sahaja.

Tidak! ibu bapa sewajarnya tidak menyangka kesemua penyakit kulit adalah ruam dengan sewenangnya. Ini kerana terdapat banyak lagi contoh penyakit kulit kanak-kanak yang biasa terjadi namun bahaya, antaranya:

#1. Cacar air

Cacar Air

Cacar air atau chicken pox adalah sejenis penyakit yang boleh berjangkit. Kebanyakan kanak-kanak sebenarnya akan mengalami penyakit ini sekali seumur hidup mereka.

Ia kebiasaannya akan bermula dengan bintik merah pada muka, telinga dan dada kemudian mula merebak ke keseluruhan badan. Sekali anak anda sudah mengalaminya, mereka akan mendapatkan imunisasi daripadanya dan selalunya tidak akan lagi dijangkiti.

Cacar air mungkin boleh dirawat di rumah sahaja. Rawatannya adalah bertujuan mengurangkan simptom seperti demam dan gatal-gatal pada badan.

Ini boleh dilakukan dengan bantuan ubat-ubatan seperti paracetamol dan losyen calamine. Ia juga adalah sejenis penyakit yang boleh dilawan dengan suntikan vaksin.

#2. Kurap

KURAP

Kurap atau ringworm adalah disebabkan oleh infeksi kuman yang hidup pada kulit mati, rambut dan kuku anda. Jika anak anda mengalaminya, anda akan lihat kurap tersebut berbentuk seakan-akan cincin dan berwarna kemerah-merahan.

Ia juga akan mendatangkan kegatalan dan kesakitan. Kurap selalunya akan tumbuh pada keseluruhan kulit badan. Kurap pada kepala pula boleh mengakibatkan keguguran rambut.

Anak anda mungkin akan dijangkiti kurap apabila bersentuhan dengan individu atau haiwan yang mempunyainya. Ia juga boleh berjangkit jika anda berkongsi tuala dengan individu yang mengalami kurap pada badan.

Kurap boleh dirawat dengan ubat melawan kuman. Jika mereka mengalami masalah keguguran rambut, syampu khas akan disyorkan.

#3. Penyakit dermatitis

penyakit kulit

Dermatitis akan berlaku jika anak anda bersentuhan dengan bahan kimia yang tertentu lalu menyebabkan reaksi kulit seperti alahan.

Mereka mungkin boleh mengalaminya jika mereka sebenarnya alah kepada sesuatu seperti sabun, losen, minyak wangi, besi, lateks, kosmetik atau ubat-ubatan.

Simptom dermatitis ini adalah berbeza mengikut individu namun yang paling biasa adalah kegatalan, kekeringan, kebengkakan, kesakitan dan pendarahan pada kulit terutamanya pada kawasan kulit yang terjangkiti.

Sekiranya ia berlaku pada anak anda, segera bawa mereka berjumpa doktor. Rawatan pula akan diberi bergantung kepada kondisi kesihatan dan usia anak anda.

Antara rawatan yang akan dilakukan adalah mencuci kulit anak anda dan menyapu krim atau ubat-ubatan pada kawasan yang dijangkiti menggunakan kain yang lembut untuk melegakan simptom-simptom dermatitis.

#4. Penyakit kaki, tangan dan mulut

HFMD

Penyakit yang berbahaya ini akan bermula dengan ulser dalam mulut dan bintik-bintik pada tapak tangan dan tapak kaki penderita. Anda juga boleh perasan kewujudan ketulan berair pada punggung dan kaki.

Kondisi ini kerap berlaku kepada kanak-kanak dan boleh merebak melalui batuk, bersin atau sentuhan terus kepada ketulan berair tersebut. Malangnya, masih tidak terdapat penawar bagi penyakit ini.

Jika anak anda disyaki dijangkiti penyakit ini, kuarantinkan mereka di rumah sehingga mereka sembuh. Ia mungkin mengambil masa sekitar 10 hari.

Antara rawatan di rumah yang boleh dilakukan adalah memberikan ubat-ubatan seperti paracetamol dan ibuprofen selain galakkan anak anda minum air dengan banyak.

#5. Penyakit ekzema

penyakit kulit

Antara penyakit kulit yang biasa dan popular dialami oleh kanak-kanak adalah ekzema. Ekzema adalah kondisi kulit yang kekal dalam jangka masa yang panjang.

Jika anak anda mengalaminya, kulit mereka akan berubah kemerah-merahan, gatal dan kering. Antara jenis ekzema yang biasa berlaku adalah ekzema atopik.

Ekzema jenis ini mampu untuk kekal menjangkiti kanak-kanak sehingga mereka meningkat dewasa. Pakar perubatan masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar ia berlaku.

Pun begitu, kajian terbaharu mengatakan ia adalah disebabkan oleh alahan sama seperti dermatitis.

Konklusi

Kesimpulannya, penyakit kulit memang banyak terjadi kepada kanak-kanak. Ia mungkin biasa namun bahaya jika tidak dirawat dengan kadar segera.

Jadi, sila rujuk kepada doktor bagi mendapatkan rawatan untuk si manja anda sekiranya tumbuh apa-apa yang pelik pada kulit mereka.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

Mata kuning adalah istilah perubatan dikenali sebagai jaundis. Penyakit kuning ini berlaku apabila tahap bilirubin menjadi terlalu tinggi di dalam darah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 20/01/2021 . 3 minit bacaan

Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

Perasan tak garisan hitam di perut? Garis hitam itu linea nigra yang selalu ada pada perut wanita hamil. Tapi anda tidak mengandung, jadi kenapa ia wujud?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 18/01/2021 . 3 minit bacaan

Boleh Cuba Rawatan Untuk Penyakit Kulit Sopak, Caranya Jaga Makan & Ambil Vitamin

Vitiligo, keadaan autoimun di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen kulit diserang dan dihancurkan. Mari kenali diet dan jenis rawatan bagi penyakit ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Kulit, Masalah Kulit Lain 07/01/2021 . 3 minit bacaan

Jangan Terkejut, SOPAK Bukan Hanya Di Badan, Tapi Juga Boleh Ada Pada ZAKAR!

Sopak atau bahasa perubatannya, vitiligo adalah penyakit kulit yang menyebabkan penghidapnya mempunyai kulit bertompok putih kerana tiada pigmen.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Kulit, Masalah Kulit Lain 04/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

batuk berdarah

Risaunya Jika Anak Batuk Keluar Darah, Cukupkah Sekadar Beri Air Kosong?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/02/2021 . 2 minit bacaan
kesihatan anak

8 Jenis Kanser Ini Berisiko Terjadi Kepada Si Kecil, Ibu Ayah Kena Ambil Tahu Simptomnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 12/02/2021 . 4 minit bacaan
otak kanak kanak

Ibu Bapa Lebih Suka Paksa Anak Semasa Mengajar? Ini 5 Teknik Berkesan Didik Si Manja

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 08/02/2021 . 3 minit bacaan
dermatitis atopik dan ekzema

Dua-Dua Gatal, Tapi Apa Beza Kulit Dermatitis Atopik Dan Ekzema? Ini Jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan