backup og meta

Sebelum Beri Anak Essential Oil, Ini 7 Perkara Ibu Bapa Patut Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/07/2020

    Sebelum Beri Anak Essential Oil, Ini 7 Perkara Ibu Bapa Patut Tahu

    Sekarang ini, minyak pati semakin banyak digunakan secara meluas. Tetapi tidak bahaya ke minyak pati kepada anak? Haa…ada 7 perkara yang perlu ibu bapa ambil tahu sebelum beri anak pakai essential oil.

    Penggunaan minyak pati kepada anak

    Essential oil (EO) atau lebih mudah dikenali sebagai minyak pati merupakan antara pilihan yang popular dalam kalangan individu dewasa kerana dikatakan dapat membawa banyak manfaat dan kebaikan. 

    Namun adakah ia bermaksud penggunaan minyak pati juga sebagai 1 pilihan terbaik untuk si kecil, terutamanya mereka yang masih bayi?

    Pakar Kanak-kanak di Cook Children’s Health Care System di Fort Worth, Texas, Dr Justin Smith turut mengakui sejak kebelakangan ini ramai ibu bapa bertanyakan mengenai keberkesanaan minyak pati kepada anak.

    Kebanyakan ibu bapa menggunakan minyak pati kepada anak meliputi kaedah menyedut, memakan atau menggosok EO ke kulit bagi merawat keadaan seperti batuk, sesak nafas, demam dan sebagainya. Tapi, adakah ia berkesan?

    Dr Justin menjelaskan pada masa kini tidak banyak bukti untuk menyokong sifat penyembuhan dan keberkesanan penggunaan minyak pati ini dalam kegunaan harian.

    Malahan ia mungkin boleh mewujudkan kesan sampingan.

    Minyak pati kepada anak

    Menurut Persatuan Pakar Naturopatik Amerika, sekiranya ibu bapa ingin menggunakan EO kepada anak, pastikan ia hanya digunakan kepada bayi yang berusia 3 bulan dan ke atas sahaja. 

    Ini kerana terdapat 2 sebab yang perlu anda ketahui:

    • Merosakkan kulit – Sudah tentu kulit bayi baru lahir lebih halus dan sensitif berbanding individu dewasa. Disebabkan itu ibu bapa amat digalakkan untuk tidak sewenang-wenangnya menggunakan minyak pati kepada bayi.

    minyak pati kepada anak

    7 perkara penting sebelum penggunaan minyak pati

    Jika anda masih ingin menggunakan EO, berikut adalah 7 perkara yang perlu anda ketahui sebelum memberikan minyak pati kepada si manja, iaitu:

    1. Gunakan dengan berhati-hati

    Menurut Pakar Pediatrik di Toronto dan yang juga seorang ibu, Dr Dina Kulik, memandangkan kurang kajian untuk membuktikan manfaat dan keberkesanan penggunaan minyak pati serta usia yang sesuai untuk menggunakannya, maka langkah berjaga-jaga adalah penting.

    Pakar Kanak-kanak itu mencadangkan untuk terlebih dahulu mendapatkan pandangan daripada doktor sebelum memberikan minyak pati kepada anak.

    Ini kerana sesetengah minyak EO boleh mendatangkan tindak balas terhadap ubatan dan keadaan kesihatan individu.

    1. Jangan biarkan anak memakannya

    Walaupun sesetengah pengilang mendakwa EO yang dikeluarkan boleh dimakan, namun Dr Dina memberi amaran pengambilannya secara oral boleh menyebabkan keracunan kepada kanak-kanak.

    Antara komplikasi yang mungkin berlaku melibatkan pernafasan, sakit perut, muntah, sawan, koma dan juga kematian. Jadi tolong jangan memandang remeh perkara ini, okay?

    1. Sentuhan langsung dengan kulit

    Walaupun ramai pengeluar menyarankan untuk mencampur EO dengan carrier oil sebelum digunakan kepada kulit, namun ia adalah tidak digalakkan khususnya kepada kanak-kanak. 

    Penyerapan minyak yang pekat dalam jumlah yang tidak selamat boleh menjadi toksik kepada kanak-kanak.

    Ia berisiko menyebabkan keadaan sama seperti pengambilan secara oral.

    1. Menggunakan humidifier

    Penggunaan minyak EO dalam alat pelembap udara (humidifier) adalah cara yang paling selamat.

    Sebaiknya, alat pelembap udara digunakan dalam bilik yang besar berbanding bilik bersaiz kecil seperti bilik tidur kanak-kanak.

  • Simpan di tempat selamat
  • Minyak EO berisiko menyebabkan komplikasi jika diambil secara oral atau terkena pada kulit.

    Jadi ini bermakna anda perlu menyimpannya di tempat yang selamat dan jauh daripada capaian kanak-kanak.

    Ini kerana kanak-kanak adalah individu yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Jadi, sila berhati-hati ya!

    1. Perhatikan tindak balas

    Parents, tolong perhatikan sebarang reaksi alahan atau tindak balas daripada minyak pati, seperti saat anda memperkenalkan makanan baru kepada si kecil. 

    Cara terbaik adalah apabila si kecil menyatakan mereka tidak sukakan baunya. Jadi hentikan penggunaan minyak pati tersebut. 

    Jika berlaku keadaan kesihatan pada si kecil, hentikan penggunaannya dan rujuk doktor dengan segera.

    penggunaan-minyak-pati-7-perkara-penting

    1. Minyak pati tertentu

    Terdapat beberapa minyak pati yang mungkin tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak, antaranya peppermint, rosemary dan wintergreen.

    Ini kerana jenis minyak pati tersebut mengandungi dos kimia tinggi seperti 1,8-cineole dan methyl salicylate.

    Akhir kata

    Oleh sebab sesetengah minyak EO tidak patut digunakan sebagai kaedah perubatan, maka jalan terbaik adalah untuk mendapatkan rundingan daripada doktor terlebih dahulu.

    Jika anda mengandung, bincangkan dengan doktor sebelum menggunakannya, okay?

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan