home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Sebelum Beri Anak Minum Jus, Ingat 6 Perkara Ini Dahulu

Sebelum Beri Anak Minum Jus, Ingat 6 Perkara Ini Dahulu

Ramai ibu bapa menganggap air jus adalah sebahagian penting dalam hidangan sarapan pagi anak mereka. Meskipun rasa jus sedap dan mudah disediakan, namun terdapat beberapa perkara yang ibu bapa perlu tahu mengenai pemberian jus kepada kanak-kanak.

Jus mengandungi kurang serat.

Jus mengandungi kurang serat berbanding keseluruhan buah. Proses membuat jus, tidak kiralah di rumah ataupun di restoran, melibatkan membuang kulit buah dan mencuci buah untuk menghilangkan kotoran. Ini membuatkan amaun serat dalam jus berkurang berbanding jika makan buah itu sendiri. Apatah lagi, pempasteuran diperlukan untuk membuat jus, bagi membunuh semua bakteria – termasuklah bakteria baik yang boleh membantu penghadaman anda. Pempasteuran juga memusnahkan sejumlah besar vitamin dan mineral. Anak anda akan mendapat lebih nutrien dan serat, dan juga banyak kurang gula, dengan makan buah itu sendiri. Jadi, adalah lebih baik untuk membiarkan anak anda makan buah dan minum air.

Jus mengandungi gula tidak sihat.

Kebanyakan jenama jus meletakkan terlalu banyak pemanis tiruan untuk memberikan rasa jus. Tambahan pemanis ini boleh mendatangkan karies gigi dalam kalangan kanak-kanak. Malahan, terdapat banyak kajian yang menghubungkan antara karies gigi dan pengambilan jus. Bagi kanak-kanak, gigi mula tumbuh pada kira-kira usia 6 bulan. Jika anda berikan anak banyak jus, gigi mereka terdedah kepada gula yang ada dalam jus dan seterusnya meningkatkan risiko mereka untuk mendapat kaviti gigi.

Perhatikan berat anak anda.

Jus juga boleh menyebabkan obesiti kerana kanak-kanak sudah ‘penuh’ dengan jus, jadi mereka tidak mengambil makanan sihat. Dan, pengambilan jus yang banyak juga boleh menyebabkan cirit-birit. Kajian di Baylor College of Medicine menemukan bahawa tiada kaitan antara 100 peratus pengambilan jus buah dan kenaikan berat badan, tetapi kajian tersebut mendapati kenaikan paras gula darah dan tekanan darah serta kenaikan trigliserida. Lonjakan mendadak asid gula boleh menyebabkan radang pada arteri, dan keradangan yang terlalu banyak dalam badan membawa kepada penyakit arteri.

Pilih produk yang mengandungi 100% jus.

Jika anda beri anak jus, pilih produk yang mengandungi 100 peratus jus. Jus yang kaya dengan vitamin dan antioksidan termasuklah tomato, sayuran, delima, anggur, beri, dan oren.

Berhati-hati apabila memberi jus kepada kanak-kanak.

Sistem penghadaman bayi adalah lebih rapuh berbanding orang dewasa. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati apabila memberikan bayi minum jus. Pemberian jus homemade kepada bayi adalah tidak digalakkan kerana anda tidak boleh mempasteur jus dan kemungkinan ada bakteria atau benda yang tidak perlu masuk ke dalam jus tersebut. Berikan bayi anda hirisan kecil buah-buahan selepas anda membersih dan mengupasnya.

Tip apabila memberi anak anda jus.

Jika anda ingin berikan anak jus, anda boleh cuba tips di bawah:

  • Berbanding terus meletakkan buah di dalam pengisar, didihkan air dan guna ‘jus’ yang telah meresap ke dalam air daripada buah yang anda masak.
  • Campurkan jus dengan air (contohnya, setengah jus dan setengah air).
  • Elakkan membiarkan anak anda mengamalkan tabiat menyisip jus sepanjang hari dengan cara menyediakannya dalam cawan terbuka, berbanding menawarkan anak anda jus dalam botol, kotak, atau cawan hirup.

Bagi memastikan kanak-kanak tidak minum terlalu banyak jus, ikuti batas di bawah yang disediakan oleh American Academy of Pediatrics:

  • 0 hingga 6 bulan. Jangan berikan jus buah, melainkan ia digunakan untuk melegakan sembelit.
  • 6 hingga 12 bulan. Jika jus diberikan, hadkan pemberian kepada 118 hingga 177ml dan sediakan dalam cawan (bukannya dalam botol) untuk mengelakkan kerosakan gigi.
  • 1 hingga 6 tahun. Had sehingga 177ml sehari.
  • 7 tahun dan ke atas. Had sehingga 355ml sehari.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Why Fruit Juice Isn’t That Good for You. http://www.huffingtonpost.com/linda-larrowe-bergersen/why-fruit-juice-emisntem_b_677830.html. Accessed September 21, 2016.

Giving Your Baby Fruit Juice – When Should Your Baby Have Fruit Juice? http://wholesomebabyfood.momtastic.com/juiceforbaby.htm. Accessed September 21, 2016.

Is juice good for kids? http://www.babycenter.com/404_is-juice-good-for-kids_10345293.bc. Accessed September 21, 2016.

Children’s health. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/childrens-health/expert-answers/fruit-juice/faq-20058024. Accessed September 21, 2016.

Guidelines for offering juice to babies. http://kellymom.com/nutrition/starting-solids/baby-juice/. Accessed September 21, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 15/11/2018
x