Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Hari Guru Bukan Sekadar Bagi Hadiah, Ini Cara Ibu Bapa Boleh Bantu Guru Sepanjang Tahun
Setiap tahun pada 16 Mei, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Guru Malaysia sebagai tanda penghargaan kepada insan yang memainkan peranan besar dalam membentuk masa depan anak-anak. Dalam suasana penuh kasih dan hormat ini, ramai akan mengucapkan selamat hari guru, memberikan hadiah atau menulis ucapan hari guru yang menyentuh hati.
Namun, sambutan ini tidak hanya terhad kepada hari perayaan semata-mata.
Persoalannya, bagaimana pula ibu bapa boleh membantu guru sepanjang tahun?
Apakah bentuk sokongan yang paling bermakna untuk meringankan tugas mereka yang kian mencabar?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klikdi sini.
Fahami peranan guru dalam dunia pendidikan hari ini
Barisan guru sewaktu perhimpunan.
Zaman dahulu, guru hanya dilihat sebagai penyampai ilmu di dalam kelas.
Namun hari ini, guru juga berperanan sebagai kaunselor, pembimbing emosi, penganalisis data akademik, dan kadang kala ‘ibu bapa kedua’ di sekolah.
Menyedari skop kerja guru yang luas ini, adalah penting untuk ibu bapa memahami realiti pendidikan semasa.
Dalam semangat tema hari guru yang berubah saban tahun, satu perkara masih tetap kekal; komitmen guru terhadap masa depan anak bangsa tidak pernah berubah.
Apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk membantu guru?
Anak-anak diasuh dengan baik oleh guru di sekolah.
Berikut adalah antara beberapa cara yang ibu bapa boleh lakukan sebagai membantu atau menyokong barisan guru untuk anak-anak di sekolah:
#1. Selain ucapan selamat hari guru, libatkan diri secara aktif dalam pembelajaran anak
Sokongan ibu bapa bukan sekadar menghantar anak ke sekolah dan mengharapkan keputusan cemerlang.
Ia merangkumi penglibatan aktif dalam kehidupan akademik anak-anak seperti memantau kerja rumah, bertanya khabar tentang sesi persekolahan, serta berhubung dengan guru dari semasa ke semasa.
Tindakan mudah seperti hadir ke hari bertemu waris atau membalas mesej daripada guru di WhatsApp, boleh memberi kesan besar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin anak-anak di sekolah.
#2. Hormati dan percayai keputusan serta pendekatan guru
Dalam dunia pendidikan, tidak semua murid belajar dengan cara yang sama.
Oleh itu, guru sering mencuba pelbagai kaedah pengajaran untuk memenuhi keperluan individu.
Sebagai ibu bapa, elakkan terlalu cepat menyalahkan guru sekiranya anak menunjukkan prestasi kurang memuaskan.
Sebaliknya, bincang secara terbuka, hormati penilaian guru, dan cari penyelesaian bersama.
Ini menunjukkan bahawa ibu bapa bukan sekadar mengucapkan selamat hari guru, tetapi turut menyokong guru dari segi praktikal.
#3. Bantu sediakan persekitaran belajar yang kondusif di rumah
Guru mungkin hanya bertemu anak selama beberapa jam di sekolah, tetapi ibu bapa bertanggung jawab mencorak suasana rumah.
Pastikan anak-anak mempunyai tempat belajar yang selesa, masa yang cukup untuk menelaah, dan peranti yang diperlukan jika ada tugasan dalam talian.
Apabila ibu bapa dan guru bekerjasama menyediakan asas pembelajaran yang kukuh, peluang kejayaan anak-anak menjadi lebih tinggi.
Tunjukkan penghargaan secara konsisten, bukan hanya ucapan selamat hari guru
Walaupun ucapan hari guru pada 16 Mei sangat bermakna, guru lebih menghargai penghargaan kecil yang diberi sepanjang tahun.
Contohnya, mesej ringkas yang menyatakan terima kasih atas usaha mereka atau sokongan moral sewaktu guru menghadapi cabaran.
Menghargai guru bukan sahaja menyemarakkan semangat mereka, malah menjadi contoh kepada anak-anak untuk menghormati ilmu dan insan yang menyampaikannya.
Kesimpulan
Sambutan Hari Guru Malaysia pada 16 Mei adalah peluang terbaik untuk kita mengucapkan selamat hari guru dan merenung semula peranan guru dalam kehidupan anak-anak kita.
Namun, sambutan yang paling bermakna ialah apabila ibu bapa dan guru saling berganding bahu dalam memastikan pendidikan anak berjalan lancar.
Latih anak untuk bersedia ke sekolah.
Dengan memahami cabaran guru, melibatkan diri secara aktif, dan menunjukkan penghargaan secara konsisten, ibu bapa bukan sahaja membantu meringankan beban guru, malah menyumbang kepada kejayaan generasi masa hadapan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
10 Ways for Parents to Help Teachers. https://www.readingrockets.org/topics/parent-engagement/articles/10-ways-parents-help-teachers. Diakses pada April 30, 2025.
How Can Parents Best Support Teachers? We Asked. https://www.edweek.org/leadership/how-can-parents-best-support-educators-we-asked/2022/06. Diakses pada April 30, 2025.
Empowering Families Everywhere. https://parentsasteachers.org/. Diakses pada April 30, 2025.
11 Ways Parents Can Get Involved in Schools. https://parentandteen.com/school-involvement/. Diakses pada April 30, 2025.
Better together: building positive relationships between parents and teachers. https://www.educationsupport.org.uk/resources/for-individuals/articles/better-together-building-positive-relationships-between-parents-and-teachers/. Diakses pada April 30, 2025.
Versi Terbaru
15/05/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor