backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Beli Beras Dalam Talian Lebih Murah? Ini Perbandingan Harga Beras 5 Kilo

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/10/2023

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Beli Beras Dalam Talian Lebih Murah? Ini Perbandingan Harga Beras 5 Kilo

Isu kenaikan harga barang kini bukan lagi satu teka-teki tetapi kenyataan yang sangat pahit untuk diterima. Tidak terkecuali, harga beras 5kg yang turut meningkat sehingga menjejaskan kewangan kita.

Persoalannya, adakah urusan jual beli beras dalam talian jauh lebih murah? Atau sebenarnya ia sama sahaja?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Kenaikan harga barang, hasil padi tidak terkecuali?

Pada sekitar hujung tahun 2022 dan awal tahun 2023, kita telah diingatkan tentang peningkatan inflasi di dunia yang mungkin berlaku dan berulang angkara ketidaktentuan hala tuju ekonomi global.

Malaysia khususnya, pada awalnya dilihat mampu untuk mengekalkan tahap ekonomi yang agak bagus ditambah lagi dengan peningkatan nilai mata wang Ringgit kepada tahap lebih stabil dan kukuh.

Pun begitu, masalah mula timbul kini dengan kenaikan harga barang terutama keperluan runcit termasuk beras!

harga beras 5kg

Mengapa harga beras yang mahal itu masalah besar? Ya, ia merupakan makanan ruji dalam kalangan masyarakat kita yang paling utama. Tanpanya, bagaimana untuk kita menikmati bersama dengan menu-menu tradisional di Malaysia.

Jadi, sesuatu usaha perlu dilakukan dari pihak kerajaan, pengeluar, penjual dan pengguna itu sendiri. Ramai individu mencadangkan untuk beli beras secara online yang dikatakan jauh lebih murah.

Senarai harga beras 5kg pelbagai jenama dalam talian!

Tidak dinafikan, harga barang seperti keperluan runcit kini sudah semakin mahal di gedung dan pasar raya. Mungkin jika di pasaran dalam talian, harga-harga barang termasuk beras itu agak berbaloi. Benarkah?

Berikut adalah antara senarai harga beras 5kg paling murah pelbagai jenama popular di pasaran dalam talian:

#1. MEWAH Beras Putih 5kg

Pertama, ada jenama beras import dari Thailand iaitu Mewah yang popular hampir di seluruh dunia. Menariknya, ia dituai daripada padi bergred premium yang bukan cuma menyelerakan, malah menyihatkan.

Beras putih ini turut bebas kolesterol, bebas gluten, rendah lemak dan mengandungi pelbagai mineral seperti sodium, serat, protein serta karbohidrat selain mempunyai tekstur anjal, lembut dan boleh menyerap.

Perkara paling penting, harga beras 5kg ini juga murah kalau hendak dibandingkan dengan jenama popular lain!

#2. CAP UDANG Beras Wangi 5kg

Kedua, senarai ini juga ada beras wangi jenama Cap Udang yang diimport khas daripada negara seberang, Thailand.

Sesuai dengan namanya, perbezaan beras wangi dengan beras lain adalah aromanya yang sedikit lebih harum selepas dimasak. Ia juga tidak kurang bernutrisi berbanding dengan beras-beras lain.

Poin jualan beras ini di pasaran adalah ia mempunyai tahap wangian bertaraf AAA selain memiliki tekstur yang amat lembut. Dalam erti kata mudah, jenama ini wajar dipertimbangkan oleh anda.

#3. CAP UDANG Beras Huma 5kg

Ketiga, ada satu lagi beras import daripada Thailand dengan jenama sama Cap Udang, tetapi dengan versi beras lain.

Pernah dengar tentang beras jenis huma? Untuk pengetahuan anda semua, beras daripada padi huma atau padi bukit boleh berbuah tanpa perlunya air yang banyak berbanding dengan padi sawah.

Keistimewaannya, beras huma ini mempunyai tekstur lembut, sihat selain rendah dengan indeks glisemik sekali gus membuatkan ia sangat sesuai buat individu yang menghidap penyakit diabetes.

#4. MAHSURI Beras Rebus Cap Gajah 5kg

Senarai ini tidak akan lengkap tanpa beras rebus Cap Gajah keluaran Mahsuri yang merupakan jenama tempatan!

Beras rebus berbeza dengan yang lain kerana ia mempunyai tekstur sedikit kenyal. Dalam pada itu, ia rendah dengan kadar glisemik dan kalori serta sarat sumber prebiotik untuk kesihatan usus.

Selain itu juga, ia juga memiliki kandungan mineral yang tinggi dan padat dengan kalsium, magnesium, zat besi serta lain-lain lagi. Menariknya, ia turut boleh membantu mengawal paras glukosa.

#5. AGRA GOLD Beras Suci Ponni 5kg

Meskipun harga beras 5kg AGRA GOLD ini sedikit mahal berbanding jenama lain, ia mungkin berbaloi. Ini kerana ia dituai daripada padi bergred premium tinggi bernama ‘Ponni’ yang bermaksud emas.

Diimport khas dari India, beras ini rendah dengan lemak dan glisemik (bagus untuk kawal diabetes) di samping tinggi dengan protein dan potasium (bagus untuk sumber tenaga) selain manfaat yang lain.

#6. ECOBROWN Original Brown Rice 5kg

Telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama jenama-jenama di atas, beras perang keluaran ECOBROWN mungkin pilihan terbaik buat anda yang meminati beras ini.

Harga beras 5kg jenama ini juga tidaklah begitu tinggi jika dibandingkan dengan nutrisi yang terkandung di dalam beras perang ini; seperti 100% semula jadi, 0% bebas gluten dan macam-macam lagi.

Tidak perlu khuatir, kesemua beras di atas ini sesuai dimasak sebagai nasi, bubur atau variasi lain yang anda gemari!

Konklusinya, mungkin ada banyak lagi jenama dengan harga beras 5kg yang lebih berbaloi buat anda. Namun, senarai di atas diharapkan akan dapat membantu kalian untuk membuat keputusan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan