backup og meta

Apakah Yang Perlu Dilakukan Jika Anak Anda Muntah?

Bagi kebanyakan kanak-kanak, rasa loya dan muntah-muntah adalah kondisi normal yang terjadi kepada mereka dan tidak perlu dibimbangkan. Namun begitu, anda sebagai ibu bapa masih perlu memberi perhatian kepada mereka jika anak anda muntah untuk mengelak terjadinya sebarang kemudaratan yang lain.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.

Kenapa budak tiba tiba muntah?

Sebelum anda mengetahui perkara yang perlu dilakukan, ketahui terlebih dahulu sebab si comel ini sering muntah.

  • Gastroenteritis virus.  Sakit yang paling biasa terjadi dan hingga menyebabkan kanak-kanak.
  • Keracunan makanan atau alahan makanan.
  • Batuk yang kuat , terutamanya jika kanak-kanak mengalami refluks.
  • Cirit-birit, demam.
  • Alami mabuk dan muntah apabila berada di dalam kereta.
  • Barangkali mengalami apendiks.

Jika anak anda muntah, lakukan perkara berikut:

Lihat jika berlaku tanda-tanda dehidrasi

jika anak anda muntah
Cegah anak daripada mengalami dehidrasi.

Tidak seperti individu dewasa, kanak-kanak sangat mudah mengalami dehidrasi. Antara tanda-tanda dehidrasi adalah keletihan, kegusaran, menangis tetapi tidak keluar air mata, kulit bersuhu rendah, mata tenggelam, kurang kencing serta air kencing berwarna keruh.

Jika anak anda muntah, mereka cenderung mengalami dehidrasi. Oleh itu, galakkan mereka untuk minum air putih meskipun mereka akan memuntahkannya kembali. Jika air putih tidak berkesan, anda boleh memberikan mereka larutan oral rehidration salt.

Tawarkan diet cecair

Jika anak anda sudah berhenti muntah untuk tempoh beberapa jam, anda boleh memberi mereka diet cecair seperti jus buah-buahan atau sup. Ini kerana makanan seperti ini sangat bernutrisi dan mudah untuk dihadam. Elakkan memberi makanan keras ia hanya akan menerukkan kondisi anak anda.

Ubat-ubatan

Kebanyakan kes kanak-kanak muntah tidak memerlukan rawatan perubatan. Anda cuma perlu tunggu sehingga ia sembuh sendiri. Anda ditegah untuk memberi anak anda OTC kerana ubat ini tidak berkesan jika muntah berlaku disebabkan virus, yang sememangnya punca utama kepada masalah ini.

Penggunaan ubat-ubatan yang salah hanya akan menerukkan keadaan. Selagi tidak mendapatkan saranan doktor, jangan beri anak anda sebarang bentuk ubat-ubatan.

Bila perlu berjumpa doktor?

Anda perlu bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya mereka:
  • Muntah dengan teruk
  • Tidak mampu menahan cecair keluar daripada badan
  • Dehidrasi
  • Sangat mudah tertidur
  • Muntah darah
  • Muntah berterusan lebih daripada sehari
  • Mengalami sakit perut yang sangat teruk
  • Sangat mudah marah

Segera hubungi ambulan jika anak anda muntah dan mengalami sakit kepala, ketegangan pada leher serta ruam pada kulit.

Paling penting, anda perlu sentiasa ada di sisi jika anak anda muntah. Percayai naluri anda dan segera berjumpa doktor jika anda lihat ada sesuatu yang tidak kena dengan anak anda.

Bila anak boleh ke sekolah?

jika anak anda muntah
Si manja yang sudah boleh kembali ke sekolah.

Parents boleh hantar anak ke sekolah semula apabila:

  • Anak tidak lagi muntah dan cirit-birit sekurang-kurangnya 24 jam tanpa bantuan ubat.
  • Anak kelihatan cergas dan boleh makan dan minum seperti kebiasaan.
  • Tidak mempunyai tanda demam atau keletihan melampau.

Jika ia hanya keracunan makanan yang tidak serius, anak anda sepatutnya tidak akan mempunyai masalah untuk makan dan bermain seperti biasa. Anda cuma perlu memastikan mereka kekal berhidrasi sahaja. Namun jika kondisi mereka semakin teruk, segera dapatkan bantuan atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Vomiting in children and babies. http://www.nhs.uk/conditions/vomiting-children-babies/Pages/Introduction.aspx. Accessed July 3, 2017.

Remedies for Nausea and Vomiting. http://www.webmd.com/children/ss/nausea-vomiting-remedies-treatment. Accessed July 3, 2017.

Vomiting in children https://www.pregnancybirthbaby.org.au/vomiting-in-children . Accessed May 21, 2025

Versi Terbaru

21/05/2025

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

5 Car Seat Newborn Terbaik Untuk Dipilih, Pakai Sampai Anak 4 Tahun!

Hari Guru Bukan Sekadar Bagi Hadiah, Ini Cara Ibu Bapa Boleh Bantu Guru Sepanjang Tahun


Disemak oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Ahmad Farid · Dikemas kini 21/05/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan