backup og meta

Anak Selalu Main Gajet? Jom Cuba Aktiviti Luar & Dalam Rumah Yang Bermanfaat Untuk Anak!

Anak Selalu Main Gajet? Jom Cuba Aktiviti Luar & Dalam Rumah Yang Bermanfaat Untuk Anak!

Penggunaan gajet elektronik seperti telefon pintar dan tablet dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini semakin meningkat. 

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2017, hanya 48.2 peratus remaja Malaysia berumur 10 hingga 17 tahun memenuhi saranan masa skrin, iaitu tidak lebih daripada dua jam setiap hari

Tidak dinafikan, teknologi memberikan manfaat tertentu. Namun, pendedahan yang berlebihan boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan fizikal, mental dan sosial mereka. 

Dalam artikel kali ini, kami akan bincangkan mengenai aktiviti alternatif yang menyeronokkan, kreatif dan bermanfaat untuk mengurangkan waktu skrin kanak-kanak.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kesan negatif penggunaan gajet elektronik

Sebelum kami terangkan lebih lanjut mengenai alternatif penggunaan peranti pintar, penting untuk ibu bapa memahami risiko penggunaan gajet secara berlebihan. 

Antara masalah kesihatan yang mungkin berlaku kepada kanak-kanak yang terdedah kepada alat elektronik secara berlebihan ialah: 

  1. Masalah kesihatan fizikal: Anak mungkin mempunyai postur tubuh yang buruk, ketegangan mata dan obesiti.
  2. Kesihatan mental: Risiko kebimbangan, kemurungan dan kesunyian akan meningkat. 
  3. Kurangnya interaksi sosial: Kanak-kanak mungkin kurang berkomunikasi secara bersemuka dengan keluarga dan rakan.

Aktiviti luar rumah untuk kanak-kanak

Aktiviti luar rumah mempunyai banyak manfaat untuk kanak-kanak. Kanak-kanak perlu meluangkan masa di luar rumah untuk membesar secara sihat, baik dari segi fizikal mahupun mental.
Aktiviti luar rumah mempunyai banyak manfaat untuk kanak-kanak.

Kanak-kanak perlu meluangkan masa di luar rumah untuk membesar secara sihat, baik dari segi fizikal mahupun mental.

Aktiviti luar bukan sahaja dapat memberikan peluang untuk mereka bergerak aktif tetapi juga membolehkan kanak-kanak bebas berinteraksi dengan alam semula jadi dan orang sekeliling. 

Berikut adalah beberapa aktiviti luar rumah yang boleh menggantikan masa mereka dengan gajet moden:

1. Bermain di taman permainan 

Aktiviti luar rumah seperti bermain di taman, mendaki atau berbasikal sangat bermanfaat untuk kesihatan fizikal dan emosi kanak-kanak. 

Melalui aktiviti tersebut, mereka dapat meningkatkan kekuatan fizikal serta belajar bekerjasama dan bersosial dengan rakan sebaya.

2. Berkebun

Aktiviti berkebun merupakan hobi yang sangat bermanfaat untuk semua orang tanpa mengira usia. 

Anda boleh mengajak anak-anak menanam bunga, sayur-sayuran atau herba di halaman rumah.

Berkebun membantu mereka belajar memahami kepentingan menjaga alam sekitar dan memupuk nilai kesabaran serta tanggungjawab dalam diri mereka. 

3. Sukan bersama keluarga

Selain itu, anda juga boleh mengajak anak-anak bermain bola sepak, badminton atau frisbee bersama keluarga untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. 

Secara tidak langsung, aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kesukanan dalam diri anak-anak. 

Aktiviti dalam rumah untuk menggantikan gajet elektronik

Aktiviti dalam rumah juga dapat membantu membina keperibadian anak dan mendidik mereka mengenai kemahiran baharu.
Aktiviti dalam rumah juga dapat membantu membina keperibadian anak dan mendidik mereka mengenai kemahiran baharu.

Bagi kanak-kanak, aktiviti dalam rumah juga boleh menjadi peluang untuk mereka meneroka kreativiti diri dan belajar kemahiran baharu. 

Aktiviti ini bukan sahaja dapat menggantikan masa anak dengan telefon pintar, tetapi juga membantu anak belajar serta berkembang secara menyeluruh tanpa memerlukan ruang yang luas. 

Berikut adalah beberapa aktiviti yang menarik untuk dilakukan di dalam rumah selain bermain telefon pintar:

1. Ajak anak main permainan tradisional

Permainan tradisional seperti congkak, dam haji, atau batu seremban bukan sahaja menyeronokkan, ia juga dapat mendidik anak-anak tentang budaya dan sejarah.

2. Membaca buku cerita

Amalan membaca dapat memberi 1001 manfaat untuk kanak-kanak. Antaranya:

  • Meningkatkan kosa kata dan daya imaginasi
  • Mengurangkan kebergantungan kepada gajet elektronik untuk hiburan

Sebagai permulaan, galakkan anak-anak membaca buku cerita atau novel bergambar. 

3. Seni dan kraf

Berikan kanak-kanak bahan seni seperti kertas, cat air atau tanah liat supaya mereka dapat melukis atau mewarna. 

Aktiviti seni membantu anak mengekspresikan kreativiti serta meningkatkan kemahiran motor.

4. Memasak

Libatkan anak-anak dalam aktiviti memasak seperti membuat kek, biskut atau salad selain mendedahkan mereka pada gajet elektronik

Selain menyeronokkan, mereka juga dapat belajar mengenai pemakanan yang sihat

Malah, memasak juga merupakan satu skil kemahiran hidup yang sangat penting dan perlu dipelajari oleh semua orang. 

5.  Berlakon

Berlakon merupakan satu cara yang baik untuk meluangkan masa dengan anak-anak. Ketika berlakon, mereka boleh memainkan watak dalam cerita pendek atau drama ciptaan sendiri. 

Tidak dinafikan, ada kanak-kanak yang suka berlakon seperti apa yang mereka lihat pada kaca televisyen. 

Aktiviti tersebut boleh mengasah kreativiti anak. Secara tidak langsung, ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri dan membantu anak berkomunikasi dengan lebih baik. 

Cara hadkan waktu skrin anak

  1. Tetapkan masa: Contohnya, satu jam sehari menggunakan telefon pintar atau tablet.
  2. Berikan contoh yang baik: Kurangkan penggunaan gajet di hadapan anak-anak.
  3. Sediakan jadual aktiviti: Pastikan anak-anak mempunyai pelbagai pilihan aktiviti setiap hari.

Ibu bapa perlu cari alternatif gajet elektronik

Langkah-langkah bagi mengurangkan ketagihan anak pada gajet.
Langkah-langkah bagi mengurangkan ketagihan anak pada gajet.

Menggantikan waktu bermain alat elektronik dengan aktiviti yang lebih bermanfaat memerlukan usaha daripada ibu bapa dan penjaga. 

Dengan menggalakkan aktiviti luar rumah, seni, sukan dan membaca, kanak-kanak dapat menikmati gaya hidup yang lebih seimbang. 

Langkah ini bukan sahaja membantu mereka berkembang secara fizikal dan mental, tetapi juga membina hubungan sosial yang kukuh dengan keluarga dan rakan sebaya.

Dengan memberikan perhatian dan sokongan yang konsisten, ibu bapa boleh memastikan anak-anak mereka tumbuh sebagai individu yang sihat, gembira dan produktif tanpa terlalu bergantung pada gajet elektronik.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Effects of Screen Time on Children. https://www.aap.org/en/news-room/screen-time-and-children/. Diakses pada November 18, 2024.
  2. Physical Activity and Children: Why It’s Important. https://www.cdc.gov/physicalactivity/basics/children/index.htm. Diakses pada November 18, 2024.
  3. Benefits of Outdoor Play. https://www.nrpa.org/our-work/three-pillars/health-wellness/benefits-of-outdoor-play/. Diakses pada November 18, 2024.
  4. Arts and Crafts for Child Development. https://www.naeyc.org/resources/topics/arts-and-crafts. Diakses pada November 18, 2024.
  5. Promoting Social and Emotional Development in Children. https://www.cfchildren.org/what-is-social-emotional-learning/. Diakses pada November 18, 2024.

Versi Terbaru

21/11/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Anak 5 Tahun Hanya Dibenarkan 1 jam Masa Skrin Sehari? Ketahui Garis Panduan Penggunaan Gajet

Tidak Salah Untuk Biarkan Anak Anda Bermain Gajet, Namun Kena Kawal!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan